Friday, January 27, 2012

PART 2.0


UNTUK TATAPAN KTA BERSAMA-BAHAGIAN 1


Thursday, January 26, 2012




Wednesday, January 25, 2012

Pra-Postmortem Hari Keluarga 2012

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita..
Apa khabar semua..Semoga dirahmati Allah S.W.T
Sebenarnya balik dari Al Sakinah Resort tempoh hari, hati ini tak sabar-sabar nak menulis, tetapi tiada kesempatan terluang..hari ini kugagahkan juga walaupun begitu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Entahlah tugas sebagai suri rumah dan ibu kepada 5 orang cahaya mata yang 'bijak, baik, cerdik' serta sangat aktifnya membuatkan tak cukup tangan...barangkali inilah cobaan..bukan cubaan...

Seperti kata MG, Hari Keluarga 2012 dikira berjaya dilaksanakan dengan cemerlang..komitmen semua ahli menjadikan Hari Keluarga kali ini meninggalkan kenangan manis yang apabila dikenang rasa nak ketawa sorang-sorang pun ada...
Apa yang best?... banyak...antaranya..

1. Penginapan
Walaupun pada awalnya saya selalu tak sependapat dengan emi, tapi akhirnya emi akur juga dengan pilihan saya. Ada sesuatu yang menarik tentang Al Sakinah..saujana mata memandang, sejuk di jiwa...dingin, nyaman, tenang..sesuai dengan namanya al Sakinah. Yang paling menarik, apabila penat melayan kerenah anak, boleh melepaskan lelah sambil melihat kolam ikan. Tapi kekurangannya..kalau resort penuh, kita rasa agak sempit kurang privacy...Walau apapun rasanya, semua dalam keadaan memuaskan.

2. Makanan
Alhamdulillah rezeki kita murah hari tu. Pada mulanya saya risau juga nak cari katering yang sanggup memenuhi permintaan kita dengan budget yang kita tetapkan. Risau pasal sarapan pagi, mana nak order..akhirnya semuanya selesai. Walaupun menu agak biasa-biasa saja, tetapi kita semua kenyang. Malahan kita tak order sarapan pun..makanan berlebihan apatah lagi apabila ramai yang bawa 'potluck'. Lain kali kita perlu rancang lebih teliti agar tidak berlaku pembaziran..kita tentukan menu 'potluck' agar tak membazir. Lagi satu rasanya tak perlulah buat barbekiu banyak-banyak..memadai satay sahaja. Rasanya RM 10.00 untuk makan tengah hari tempoh hari agak mahal dengan menu demikian..tapi tak apalah sebab tuan punya katerer sanggup memenuhi permintaan kita walaupun jadual mereka agak padat.

3. Kemudahan dan peralatan
Syukur, tahniah dan terima kasih kepada semua AJK yang cuba bertungkus-lumus menjayakan program kita. Walau sitem siaraya kita agak tak berapa ok pada malam pertama kita di resort tu, tapi kesungguhan KTS wajar diberi kredit. AJK makanan dan AJK Barbekiu juga telah berjaya..atas kerjasama semua sebenarnya..

4. Aktiviti Sukaneka dan Permainan
Sehingga hari ini apabila saya terkenang program tersebut, saya akan tersenyum sendiri. Paling best, main futsal pakai kain pelikat dan kain batik..kelakar habis..tak kiralah wak yang sambut birthday ke 59 pun sanggup turun padang main...sampai Wak Mah siap ingatkan Wak, jangan sampai semput@darah tingginya naik. Tak kurang juga Shahri kena warning oleh Balqis masa main...ha..ha..ha..permainan sukaneka yang lain pun kelakar juga. Ramai yang bengang dengan paman emi...suka main cengkelat@ Mat licik....(apa nak buat laki aku jugak...) game Serasi Bersama turut meninggalkan kenangan manis...pecah rahsia....

5. Tazkirah dan pengisian rohani
Saya amat tertarik dengan tazkirah yang sampaikan oleh Kakang Pasir Panjang. Walaupun isunya simple tapi itulah hakikat yang perlu diambil berat. Hati saya turut tersentuh dan butir-butir bicara itu menyebabkan saya memuhasabah diri saya sendiri...Dunia ini tanam-tanaman, akhirat kita tuai hasilnya.Terima kasih kakang...Nasihat dan peringatan dari KTS juga menyentuh hati iaitu Tanah Suci adalah kampung halaman iman yang terletak di hati...syahdunya..rindu semakin membuak untuk ke Tanah Suci..Ya Allah terimalah hambamu, berkatilah kunjunganku kelak..ampuni dosaku.Alhamdulillah juga kita berjaya menunaikan sembahyang secara berjemaah...

6. Mandi sungai
Bab ni tak boleh cakaplah..memang best...tapi sejuk gila...Cuma biasalah dugaan, anak-anak saya memang beri peluang kepada saya untuk menguji kesabaran agar ditambahkan kekuatan iman...

7. Posing @ sesi fotografi
Agak kelam kabut dan tak berapa tak tersusun kerana kita kesuntukan masa..lain kali kita rancang lebih baik ya...


Ok..sambung lain kali..ada urusan yang perlu diselesaikan..cadangan penambahbaikan dialu-alukan..oh ya..rasanya perlu nlantik setiausaha yang lain..memandangkan anak-anak saudara ramai yang dah'dewasa' dan mampu kebdalikan tugas lebih efisyen...

Tuesday, January 24, 2012

SYABAS - HARI KELUARGA 2012


Assalamualaikum Semoga di rahmati ALLAH
Alhamdulillah hari keluarga kita telah berjaya dilaksanakan dengan berjaya dan cemerlang.
Tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik dan semua ahli keluarga yang hadir walaupun ada yang lambat sampai namun semua nya dapat bersama kecuali keluarga Kak Niah dan Osman yang tidak dapat bersama kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Insyaallah lain kali kita dapat bersama semua sekali tanpa ada aral yang melintang.

Hari keluarga kali ini dirasakan sangat meriah dan memberi kesan yang mendalam disanubari kita semua. Ia telah mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Semua AJK telah memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang. Tiada yang kurang makan malah berlebihan, AJK BBQ juga berjaya melaksanakan tugas dengan baik, AJK permainan juga sangat baik kerana berjaya melaksanakan aktiviti dengan sempurna. AJk penempatan juga telah mengagihkan ruang bermalam dengan baik dan selesa untuk semua ahli dan semua keluarga. AJK kerohanian pun telah membawa slot yang sangat berkesan di hati, alhamdulillah kita telah berjaya membaca almaksurat dan mengadakan tahlil serta bacaan yasin.

Sekalung tahniah dan setinggi tinggi ucapan syabas sudah pasti ditujukan kepada Setiausaha persatuan kita iaitu Cekgu Syamsiah Bt Sobar kerana pemilihan tempat yang sangat sesuai sekali untuk hari keluarga kali ini. Dan Cek Selly Bendahari kita yang sangat cerewet dan berkira dalam tuntutan yuran kita..tanpa usaha gigih mereka dan tidak ambil hati Cek Sally sudah pasti hari keluarga kita kali ini tidak berjalan dengan lancar terutama dari segi kos. Mereka inilah yang berkerja keras disebalik kejayaan hari keluarga kita tempohari.

Untuk Tuan Hj Nasir juga di saat saat akhir telah menunjukkan keperihatinan dalam memastikan majlis kita berjalan lancar..Malah 2 malam terakhir sebelum majlis diadakan dia sanggup ke rumah saya untuk mengadakan mesyuarat dan Chek List program serta agenda....terima kasih dengan PA sistem dan LCD serta menjadi MC sepanjang majlis diadakan..

Dan pemilihan tempat Al Sakinah resort membawa rezeki juga kepada kita. Tuan punya resort EN Ariffin rupa nya bukan orang lain tetapi orang Kg Bik Idah sendiri..atas dasar Kenalan rapat Keluarga sesama kg telah bermurah hati memberi diskaun kepada kita...senilai sebuah bilik percuma untuk 2 malam..Alhamdulillah...

Disini saya upload kan gambar-gambar yang sempat saya ambil dengan kamera saya. Di harap up loadkan lah gambar-gambar dari kamera masing-masing untuk tatapan semua. Semoga semua berpuas hati terutama keluarga Kak Ita Morey dan keluarga yang pulang jauh dari USA untuk bersama kita semua. Tiada apa sumbangan besar yang  dapat saya berikan sepanjang kita bersama hanya inilah sahaja tatapan buat kita semua.
Di bawah ni ada petikan fb kak Oya dengan pemilik Al Sakinah.......
Semoga berjumpa lagi dilain kali.





Tuesday, January 10, 2012

T Shirt Design Kite ?

Design untuk wanita -Di hadapan
Design untuk lelaki- Di Belakang

Monday, January 9, 2012

Banner hari Keluarga


Thursday, January 5, 2012

Selamat tahun Baru Masihi 2012

Selamat tahun baru.

Belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ahli persatuan sakijan dan saamah meskipun sudah 4 hari berlalu. Semesti nya banyak kenangan manis dan tidak kurang juga yang pahit telah kita alami sepanjang tahun lalu. Ada kejayaan dan ada kegagalan. Ada kegembiraan dan kesedihan. Ada yang berbekas di hati dan ada juga yang tak merasa apa-apa lantaran kehidupan seharian yang mendatar. Segala nya kita tinggalkan sebagai kenangan. Berlalu bersama waktu. Beberapa tahun akan datang apa yang kita alami tahun lalu pasti akan diceritakan semula dalam perjumpaan - perjumpaan kita.

Marilah kita sambut tahun baru masihi ini dengan azam baru. Lazim nya begitulah yang disebut oleh orang apabila berjumpa. Namun mengikut perkiraan saya azam perlu dilafazkan setiap hari bertukar ke hari baru. Hanya azam-azam yang besar untuk jangka masa setahun yang hendak dicapai bolehlah dilafazkan diawal tahun. Apa yang penting kita perlu berazam untuk memperbaiki diri sendiri. Dari saorang yang malas kepada saorang yang rajin. Rajin berusaha, rajin beribadah, rajin bekerja, rajin belajar, rajin berpuasa, rajin bersedekah, rajin menulis rajin membaca, rajin mengaji malah konklusi nya kita perlu rajin segala-gala nya. Bila kita rajin dan tidak putus asa insyaallah kita akan berjaya di dunia dan di akhirat.

Begitulah ketentuan Allah

Selepas solat maghrib sedang saya menonton berita jam 8 malam saorang diri di ruang tamu tiba-tiba kedengaran orang memberi salam diluar pintu rumah. Dengan rasa kurang pasti saya menyambut salam tersebut dan membuka pintu sambil menghidupkan lampu dianjung. Saorang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tegap berdiri dihadapan pintu rumah saya.
"Cekgu kenal saya tak? siapa ya ..saya menjawab.."Nanti kejap balas nya dan berjalan  kearah motorsikal yang diletakkan di luar pagar untuk mengambil sesuatu. Dia mengambil bungkusan plastik dan berjalan masuk semula ke halaman rumah saya..."Amin ye" saya meneka. Dengan rasa sebak dia menjawab "alhamdulillah cekgu ingat saya lagi"..Cekgu apa kabar sambil memeluk saya dengan erat..saya tergamam seketika...

"Saya lah anak murid cekgu dulu yang selalu cekgu rotan kerana buat hal masa kat sekolah 19. Saya nak ucapkan terima kasih kepada cekgu..kalau cekgu tak rotan saya dulu saya tak jadi macam sekarang..." Seingat saya dia merupakan antara murid yang nakal semasa di sekoah dahulu..pernah dilokap, bergaduh dan sebagai nya...selepas pmr dia mengikut keluarga nya berpindah ke sabah kerana bapa bertugas sebagai polis. Sejak itu saya tidak pernah mengetahui dimana beliau berada sehingga malam tadi dia datang menziarahi saya di rumah.

Kini beliau bertugas sebagai pegawai polis di bukit aman dalam unit tindakan khas. Sering mengiringi PM dalam lawatan rasmi dalam dan luar negara. Sudah mendirikan rumahtangga dengan saorang Doktor tapi belum dikurniakan zuriat katanya. Kami berbual agak lama di anjung rumah. Dia banyak bercerita mengenai kesah zaman persekolahan nya, berulangkali menyesali perbuatan yang telah dilakukan semasa dialam persekolahan lantaran terpengaruh dengan kawan-kawan. Dan berulangkali juga dia mengucapkan terimakasih kerana telah mendidik dan menyedarkan dia. Saya terharu dengan kata-kata ikhlas beliau.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT..saya katakan kepada beliau semua itu ketentuan Allah. Dia yang lebih mengetahui jalan mana yang hamba nya akan tempuhi di dunia ini. Saya hanya menunjukkan lorong yang sepatut nya beliau ikuti. Saya katakan saya cukup gembira apabila mengetahui anak murid saya berjaya dalam kehidupan.

Murid yang sering kita rotan, kita marah suatu hari dia lah anak murid yang pertama datang menziarahi bekas guru nya. Dia kata pernah nampak saya di halaman rumah 2 hari lalu ketika balik kerumah orang tuanya di SS 19. Hari ini dia mengunjungi saya dengan membawa buah tangan 3 ikat  buah mata kuching yang manis. Semoga semua bekas anak-murid saya yang pernah saya didik dahulu berjaya menjadi insan yang mulia dan cemerlang dalam kehidupan . Dia akhir perbualan "Cekgu kalau ada masaalah di KL ke tel saya" Kalau turun KL saya nak belanja cekgu makan nasi kari kepala ikan"......Insyaallah..Jumpa lagi.

Jumpa lagi
Selamat tahun baru
Wassalam







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification