Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

Hari ini 16 Mei 2011 adalah hari memperingati jasa guru - guru yang disambut di negara kita.
Guru merupakan orang yang paling penting berperanan dalam mencorakkan kerjaya masa depan kita. Tak kira samaada kita saorang ahli politik, doktor, jurutera, arkitek, pegawai, juru tol, kerani, peon, pak gad, kontraktor, usahawan malah mat rempit serta penganggur sekalipun pasti kita telah menempuh alam persekolahan dimana kita semua diajar membaca, menulis dan mengira.

Selain dari diajar kemahiran 3 M kita semua juga dididik supaya menjadi insan yang berbudi pekerti mulia, tahu menghormati orang yang lebih tua. Kita juga diajar supaya berdesiplin dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan. Kita diajar untuk menjaga kebersihan, samaada kebersihan diri, serta kebersihan persekitaran dimana kita tinggal. Kita juga diajar untuk menjaga kesihatan, bersenam dan bersukan.

Guru - guru juga berperanan mendidik kita cara untuk bersosial dengan sehat, Berinteraksi sesama rakan sebaya samaada sesama gender atau berlainan gender.Kita juga dilatih untuk menjadi saorang juara dan nenerima kekalahan secara terbuka dalam persaingan yang sehat. Kita juga dilatih untuk menjadi pemimpin terutama dalam memimpin persatuan, kelab dan pasukan.

Guru juga berperanan untuk mendidik kita menjadi insan yang kamil. Baik dari segi sahsiah, pegangan agama nya, emosi nya supaya ia menjadi warga yang sehat dan berketerampilan.
Guru guru juga merupakan orang yang bertanggung jawab nelaksanakan polisi dan aspirasi kerajaan untuk menyediakan sumber manusia yang boleh menguntungkan pembangunan bangsa dan negara. Sebut sahaja segala kempen yang ada di negara kita pasti pelaksanaan nya akan terarah ke sekolah dan akhir nya guru guru yang terpaksa melaksanakan nya.

Setelah kita berjaya menjadi sesaorang yang bergelar, berpangkat, berjawatan, atau tak punya apa apa gelaran, jawatan dan pangkat sekalipun masih kah kita mengingati jasa-mereka yang bergelar guru yang telah mendidik dan mengajar kita mengenal ABC, ALIF BA TA dan 1,2,3.
Sesungguh nya kejaya guru sangat mulia. Yang tak mulia nya kita tak mengenang jasa mereka dan tak mengamalkan apa yang telah diajarkan kepada kita. Ana pun sepanjang hari ini hanya ada satu mesej sahaja yang mengucapkan selamat hari guru dari bekas anak murid ana. Itu pun dia baru sahaja menamatkan pengajian nya di Universiti tempat ana mengajar sekarang. Yang lama-lama dahulu tak lah ana terima apa-apa ucapan dari mereka.

Walauapapun ana percaya mereka tetap mengingati guru-guru mereka sebagaimana ana mengingati guru-guru ana meskipun ana sendiri tak menghantar kad ucapan atau sms kepada mereka. Kepada guru-guru yang menjadi ahli persatuan kita ini seperti Cekgu Syamsiah, Cekgu Saniah, Cekgu Balqis, Cekgu Shahrulnizam, Cekgu Nurulhuda Cekgu Isteri Abg Lan (maaf tak ingat nama yang mengajar di Maktab Kerjasama), ramai jugak rupa nya cekgu dalam persatuan keluarga kita, ana ucapkan selamat hari guru dan jadilah pendidik yang ikhlas meskipun terlalu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi saban hari semoga di berkati oleh Allah SWT. Tahniah kerana kerajaan prihatin menaikkan pangkat cekgu sekarang kepada 4 katagori, zaman ana jadi cekgu dulu tak pernah terbayang pun nak sampai taraf "Pendita".
Sehingga sekarang orang masih panggil ana "cekgu" jugak. dan ana tetap berbangga dengan gelaran itu.

SELAMAT HARI GURU.....kepada semua Guru-guru.
Wassalam.

1 comments:

kts said...

sa salam,
seronok jadik guru,
banyak cuti panjang.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification