Sunday, June 27, 2010

terima kasih

assalamualaikum kpd semua.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.

sudah masuk seminggu kenduri ana berlalu. ini pun lenguh dan tegang di belakang masih belum kebah. memang terasa lega segalanya telah selesai. inilah perasaan kang mis pahang dan kak ti semasa melaksanakan kenduri kak niah tempoh hari. bagaimana kalau ana mengunakan khidmat gejubos. mungkin dua kali ganda lenguh dan tegang urat belakang.

dikesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada saudara mara yang telah datang membantu. semasa bertandang ke kelantan, pertolongan nuri sangatlah banyak. ada sedikit tunai yang ditingalkan sebelum balik, tetapi ana percaya tidak sepadan dengan khidmat yg diberi. apakan daya bajet terhad. tetapi bajet rumah yg disewa ana beri penuh. kepada saudara mara yg turut menghantar, ana tak pun bekalkan wang pengangkutan. diharap mereka dapat menerima dgn hati terbuka dan dapat bekorban. ini hari ana, next time hari kalian pula. kalau kita ikhlas, insyallah akan dibalas dgn kebaikan juga.

pada kenduri diklang, ana tidak dapat berjumpa dgn ramai saudara mara yg dapat datang. nampaknya ramai jua yang hadir. terasa kemeriahannya. siap dgn bakar mercun. ini kejutan, memang emy penuh dgn kejutan pun. sekali lagi terima kasih kepada semua. kang mis pahang sempat sponser tapai pulut, kang mis PP pula tapai ubi kuning. semua habis malah pengantin tak dapat merasa. emy sempat bawak 3 kemah mini, pinjam kawan lagi katanya. sangat membantu. jasa baik kalian tidak terbalas dan akan dikenang sepanjang hayat. mengingatkan semua itu terasa sayu sangat dihati. semua ini membawa erti betapa sangat erat persaudaraan. bolehkah ini berkekalan dikalangan anak-anak kita kelak. kekadang ana optimis, kekadang sebaliknya. esok malam ana cadang nak open table. meraikan jiran yg sangat baik hati dan dgn ikhlas telah turut menyelesaikan kerja-kerja kenduri tempoh hari. maaflah kerana tak dapat jemput semua. insyallah next time.
berita sedih setelah kenduri ialah basikal emy yg dah antik tu telah dikebas orang. ana letakkan nya dibawah pokok depan rumah sehari sebelum kenduri supaya ruang depan dapat diguna sepenuhnya. bersamanya ana letakkan sekali basikal kecil nahar sewaktu kanak-kanak dulu. sehingga farah basikal itu telah berkhidmat. tetapi dgn basikal itupun diorang kebas. maaflah emy, ingatkan nak bagi balik supaya jadi koleksi bersama moto antiknya. rupanya tak kesampaian.

minggu ini sepatutnya ana ikut nuri di kedah. apakan daya masa tidak mengizinkan.
semuga jumpa lagi.

wassalam.

4 comments:

paman nok said...

Salam semua
ketika aku menatap entry ini aku sudah berada di Jitra Kedah. Di dalam kamar hotel yang sewa nya agak murah rm 70 satu malam, tapi fasility nya ok.Hotel bajet cadang nya untuk datang berdua dengan Mat KTS namun tak kesampaian akhir nya aku terdampar seorang dikamar ini.Tahniah kepada mat KTS kenduri kahwin yang dirancang telah selamat disempurnakan dengan jaya nya samaada di Kelantan dan di Kelang. Meriah nya amat dirasai lebih-lebih lagi di Kelantan aku sebagai tuan rumah nya walaupun bukan aku yang mantu.Di kelang sudah lah amat pasti kerana dipenuhi dengan kejutan. Emi sempat bakar mercun panjang tah tak tau mana dia dapat.Saudara mara jauh dan dekat juga ramai yang hadir memenuhi undangan, aku juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan sedara mara yang telah lama tak berjumpa.Kholil, meli, mastur, sal atin imah kang juki kang somad kang sar, yuk ton, bik yah bik roh, bik pah paman ngit seri sulasteri wak yah dan anak beranak mereka memang tak diduga kehadiran mereka dan memeriahkan suasana itu belum di kira sebelah keluarga kak sinah....
Kami yang lain memang sentiasa memberikan sokongan walau tidak dari segi material namun moral nya sentiasa di sokong malah Kang mis pahang sebenar nya lebih risau dari tuan rumah...Alhamdulillah segala nya telah selamat dan kami semua tumpang gembira dan seronok kerana perkara-perkara yang agak kurang disenangi dapat diatasi dengan baik, Satu perkara yang pasti ialah kerja kenduri kendara seperti majlis kenduri kahwin bukan suatu perkara yang kecil dan sambil lewa. Sebenar nya ia melibatkan ramai pihak terutama dalam keluarga itu sendiri. Walaupun pada asas nya ia dilakukan oleh satu keluarga sahaja tetapi sebenar nya ia mewakili seluruh keluarga dan secara tak langsung melibatkan nama keseluruhan institusi keluargaan itu sendiri. Kata pepatah cubit peha kanan peha kiri pun terasa.Oleh itu marilah kita sama sama mendokong usaha ini berterusan berat sama di pikul ringan sama di jinjing bermuafakat membawa berkat..

Sekian wassalam
Jitra Kedah.

Keluarga USA said...

Tahniah paman amat. Wow, ramai jugak keluarga yang datang ye. Nama yang Paman Not sebut tu, semua membawa kenangan semasa di kampung...melawat saudara mara semasa Hari Raya. Di Kedah ni kenduri sapa?

paman N said...

Ke Kedah bukan kenduri tapi gi makan durian hahahaa....Tak lah ita paman di jemput untuk buat talk dan workshop untuk staff IKBN institut Kemahiran Belia Negara selama 5 hari. Cadang nak ajak paman amat join sekali sambil bercuti bagi dia release tension lepas kenduri tapi nampak nya dia ni payah betul nak bawak bercuti.. asyik kerja--kerja ..kerja. Paman pun kerja jugak..sambil kerja boleh makan angin duduk kat hotel...itu lah nikmat nya jadi pensyarah ni..Bersyarah je lah kerja paman...

pe said...

as-salam
salah satu kaedah pembelajaran adalah melalui pengalaman. sebelum kita melaluinya, kita sering tertanya, membayang malah curiga kepada apa yg bakal terjadi. setelah melaluinya dan merasanya baru kita tahu, faham dan menghayati situasinya. setelah ni, nuri kalau nak mengadakan kenduri zana kelak bolehlah jumpa ana, minta petua. tapi tak adalah free je... kena open table.
paling penting, kena simpan mulai sekarang, jangan harap yg akan datang. kadang x dapat cover. tapi tu sume jangan jadi faktor penghalanh lak. ada banyak kaedah yg boleh di guna bagi melaksanakannya, yg penting sentiasa ada hubungan dan bertukar pandangan terutama dgn saudara mara.
malam tadi kitaorang open tebla kat pelabuhan. very happening sesangat. tengok kak oya datang, teringat itah.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification