Friday, June 4, 2010

konvo2010














Harapan
(pada hari graduasi adek)

Jalan ini jalan ilmu
Sudah beribu kali dilalui
Haus tapak kaki adek diatasnya
Gugur keringat adek diatasnya
Keringat anak bangsa yg ingin melihat
Bangsanya cemerlang, bangsanya dikenal dunia.
Empat tahun menghuni tempat ini
Berapa kali sakit dan demam
Malam-malamnya pendek, keburu mengejar siang
Sepanjangnya tidur tak betah, mimpi tak sudah.
Tidak, tempat ini tidak menyeksa adek
Tempat ini tebal kasih sayangnya, kuat hasratnya, besar inginnya
Ini tempat pokok ditanam, buahnya dituai, disebar keseluroh alam
Jatuh kedarat menjadi kota, jatuh kelaut menjadi pulau.


Hari ini jalan terbuka terbentang
Setiap yang lalu tersenyum girang
Ditepi jalan bunga-bunga menguntum harum
Harumnya asli menyebar mengisi emosi
Dan dilangit mentari bersinar cerah
wajah adek juga cerah.
Diruang taman budiman musik beralun
Gamelan bertingkah dengan suara merdu dendang suci
Wajah ayah-bonda, yg semalam keras disawah ladang
Hari ini putih bersih, bak bakawali disinar purnama
Bertahun menanti baru berkembang, beserta wangian
Lupa ayah-bonda, lupa kepayahan, lelah dan airmata.
Sukar seribu tahun lenyap sesaat.



Hari ini hari keramat
Hari buat orang-orang terpilih
Mengisi ruang, mengisi gelangang, tangkas dan garang.
Ingat adek, tanam dalam-dalam didalam kalbu, kalbu jernih dan bersih
Ruang ini kita, tanahnya airnya dan anginnya kita
Kita anak zaman, zaman gemilang penaklok dunia!
Selepas ini kembalilah kepada bumi, ibu yang mengandungkan
Berbaktilah sebagai anak yang telah diasuh lengkap, beradat berbudaya
Kami telah lelah berjalan, urat-urat kencang telah kendur
Kudrat gagah telah lemah, telah lesu, telah pasrah.
Jangan biar bumi kami lesu dan pasrah
Ditangan adek ia melompat gagah.

Nasirsakijan.
29 mei 2010
Uitm-dewan budiman.

6 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Kaki ini melangkah lesu
Memijak tanah bukan milikku
Adakah kemerdekaan ini hakiki?
Orang ramai mula menzahir tahniah
Memang kemerdekaan ini bukan noktah

Tiada yang salah, tiada yang benar
Tiap kita ada pilihan sendiri
Aku tak memilih jalan ini
Itulah jalan yang hendak ku lalui
Jalan itu masih belum bernama

Selamat datang ke jalanku
Namun jalan ini belum berpenghujung
Namun jalan ini mungkin lebih panjang
Oleh itu masih belum terlewat untuk kau berundur,
Masih belum terlewat untuk meninggalkan ku sendiri
Biar ku buka habis dahulu jalan ini.

Biar apa jalan kau pilih
Yang penting pengakhirannya
Dengan jalan panjang ini,
Hendak aku letakkan kembali
Apa yang selayaknya disana.

04 Jun 2010
19:20 (Remang senja, mendengar lagu Rabiul Awwal)

p/s: Ini je kot yang termampu dalam waktu singkat ni...

pe said...

as-salam
permulaan yg baik. terus mencuba bagi mendapatkan irama. ritma telah ada, aa/aa,ng/ng. iramanya masih bengkok, sepatutnya beralun. cerita mengenai kebebasan remaja dan mencari arah adalah tema yg menarik; mungkin juga tepat dgn pemilihan kata yg ringan dipermukaan berbanding tema harapan yg berat dan kental dgn emosi. memang berbeda diantara dahulu lahir vs anak jaman ini. bagaimanapun teruskan, latihan membuat seseorang tepat dan cekap.

Ini Iqbal Nasir said...

terima kasih, tak mengharap sesuatu yang bagus pun, tapi x pe. sbb ni tak stick kpd lagu pun, conteng2 je...klu ada lagu, baru lain sikit...

menara gading said...

Tahniah
Teringat aku masa zaman Konvo tahun 80 an tak ada orang tulis sajak ... bagi bunga jauh sekali tapi harum bunga nya semerbak hingga ke kalbu..hingga ke hari ini....
Dewan Sri budiman masih gagah menjadi saksi anak dan cucu Hj Sakijan dan Hajjah Saamah melakar sejarah kejayaan dalam hidup walau sudah hampir 34 tahun sejak aku memulakan nya menjadi graduan pada tahun 1984....

Sajak ini membangkitkan semangat perjuangan bagi menyeru pahlawan-pahlawan kita yang masih novis supaya teruskan perjuangan...teruskan berjuang...kibarkan bendera kejayaan biar sampai ke tujuh puncak benua sekali pun...bersambung berterusan hingga ke jenerasi seterusnya...

machang

pe said...

as salam,
memang benar sekali komen ente,
masih bersemangat
walaupun konvo kini sudah tak glamor lagi.
berbeda tahun tahun 80 an dahulu.
sekaran dah nampak anak muda tak minat belajar
mengikut kajian rakyat malaysia membaca 1 muka surat buku setahun. fenomina ini menakutkan.
jangan lah ada dikalangan ahli keluarga ini yg diresapi sakit berkenaan. sama-samalah kita berusaha menasihati dan berdoa.
wasalam.

salbiah said...

wow..time kaseh abah..
siap ade sajak lg..huhu... =)
best2!! nanti konvo master nak sajak lg.. haha.. ;p

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification