Wednesday, June 9, 2010

Apa cerita..

Salam..
Sejak akhir-akhir ni saya jarang sangat melayari laman sesawang dan blog keluarga ini..biasalah banyak alasan..Kelihatannya blog agak lesu kerana komen dan penyertaan entry baru semakin kurang...Apa-pun syabas dan tahniah keapada yang terus menyumbang..dan kepada hli keluarga, teruskan memberi komen dan respon..jangan biarkan medium ini sepi..

Di kesempatan ini diucapkan Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin, Nahar dan Jue....Semoga pelayaran bahtera rumah tangga menemui destinasinya.. Bertanggungjawab, bertolak ansur serta saling bekerjasama adalah kunci untuk mengekalkan kasih sayang dan cinta dalam alam perkahwinan....

Buat Zana dan Saly..tahniah di atas hari graduasi tempoh hari...semoga ia menjadi pembakar semangat buat kalian dan ahli-ahli keluarga yang lain untuk terus mencari bekalan iaitu ilmu...

Buat KTS dan Kak Sinah..nampaknya hari untuk bergelar bapak dan Emak mertua semakin hampir...apapun jangan tensi..nanti darah naik...Semoga majlis berjalan lancar..

Oh ya saya ada cadangan...kalau dipersetujuila..dalam mesyuarat tempoh hari, kita bercadang untuk mengadakan hari keluarga (yang besar) pada Dis 2010, tapi dengar cerita ada ahli keluarga yang mungkin tak dapat ikut sama spt Ari & Balqis, Lan & Liza sebab masih dalam pantang... Mungkin MG pun sibuk menguruskan perpindahan dari Kltn ke Shah Alam..Apa kata kita tangguhkan sehingga Jan @ Feb 2011? Salah satu rasionalnya, antara tujuan kita berkumpul adalah untuk berkenalan dengan ahli keluarga baru ( Liza dan Balqis antaranya). Jadi kalau mereka tak ada kurang tercapailah objektif tersebut...apapun terpulang kepada keputusan ramai...

Esok saya akan menjalani peperiksaan PTK, doakan saya cemerlang..dan selamat berangkat ke Kelantan kepada rombongan menghantar pengantin Nahar dan Jeu....

5 comments:

MG said...

Semoga berjaya lulus PTK dengan Cemerlang dan naik pangkat ke gred yang lebih tinggi...

Anonymous said...

salam.. terima kasih bibik di atas keprihatinan bibik atas ketidakhadiran kami masa perjumpaan nanti.. cadangan yg bagus tu 2011 dan lebih meriah dgn pertambahan tangisan 2 anak kecil.... semoga bibik sham mendapat 4 @ cemerlang dlm PTK esok.... -balqis

k. ita said...

Good luck, and we agree to move the gathering to 2011!!

paman N said...

Ok move gathering to 2011 Macam lah Kak Ita engko tu nak balik. Paman rasa dia cakap je nak balik . Kalau berani balik lah tahun depan hehehehe.

Ita Set the date bila nak balik kitaorang boleh buat gathering sambut engko dari KLIA ,,,

Paman pon nak Pindah ke Shah Alam semula insyaalllah 1 Dis 2010 ni...

salbiah said...

saye pon agree.... =)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification