Wednesday, January 22, 2014

TAHUN AKHIR

Tahun akhir biasa nya merujuk kepada penuntut yang bakal menamatkan pengajian di Universiti setelah melalui suatu tempoh yang ditetapkan. Begitulah yang dilalui oleh pelajar - pelajar ana sekarang. Dalam kursus Art and Design mereka dikehendaki menghasilkan karya mengikut disiplin bidang kursus yang diikuti dan mempamirkan karya atau hasil kerja projek untuk dinilai dan menjadi pameran tontonan kepada umum.

Mereka perlu menghabiskan waktu yang panjang dengan berkorban segala masa kesenangan yang ada termasuk wang ringgit, tenaga serta idea bagi menghasilkan karya atau projek yang terbaik dengan harapan menmperolehi markah yang tinggi. Berkorban emosi juga secara tak langsung menjadi pra syarat dengan nasehat dan kehendak pensyarah mereka yang pelbagai kerenah, ada yang cerewet, ada yang terlalu ideal, ada yang tak berapa kesah dan berbagai lagi ragam.

Saya terkenangkan zaman studi saya diawal tahun 80an dahulu dimana studio dan bengkel menjadi tempat kediaman utama manakala hostel hanya menjadi tempat tukar pakaian dan mandi sekali sekala. Tujuan nya hanya satu iaitu untuk menyiapkan projek dan tugasan yang disyaratkan untuk tamat dengan bergraduat. Hampir 3 bulan dalam keadaan seperti ini dan kemuncak nya hampir seminggu tidak tidur bagi menyiapkan projek akhir. Waktu malam adalah waktu yang sangat meriah di studio dan bengkel..dengan masing-masing tekun menghasilkan karya.

Kini keadaan telah berubah.. Keadaan pusat pengajian seni yang tertua ini sudah tidak seperti dahulu lagi. Kemeriahan tidak semeriah zaman ana dahulu. Waktu beroperasi nya juga sudah ditetapkan dan keadaan penuntut nya juga sudah berubah dari segi ketahanan mental dan fizikal. Jam 5 petang studio dan bengkel telah ditutup. Ia hanya beroperasi diwaktu siang sahaja kecuali jika ada lanjutan waktu perlu ada pengawasan pensyarah atau juruteknik. Lantaran ramai nya bilangan penuntut dalam satu satu jurusan menyebabkan studio dan bengkel tidak boleh didominasi oleh individu atau tidak mempunyai work station sendiri seperti zaman ana dahulu.

Tahun akhir adalah waktu yang sangat penting dalam kehidupan penuntut yang melalui nya. Ia umpama sampai kepada suatu jalan akhir yang mempunyai 2 cabang. kita perlu memilih cabang jalan yang betul menuju kepada penamat yang sebenar atau memilih cabang yang satu lagi menyebabkan kita kecundang.
Ramai yang berjaya menamatkan nya dengan bergraduasi tetapi ada juga yang kecundang gagal untuk menamatkan nya dan tidak bergraduasi.

Apapun setelah tamat menuntut dengan jaya atau gagal ia adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar. Kehidupan hari ini sudah tidak menjanjikan pekerjaan kepada yang telah tamat pengajian. Malah pekerjaan yang diluar banyak yang tidak berdasarkan kepada kelulusan yang diperolehi. Namun demikian keseronokan dan kepuasan kerja adalah jika kita dapat melakukan pekerjaan seperti mana yang kita sukai. Bidang Art and Design ini adalah bidang yang mencongkel bakat anak-anak muda mengikut apa yang digemari. Mereka dilatih untuk berfikir dan menghasilkan produk yang kreatif mengikut daya kreativiti mereka sendiri. Dan penghasilan produk itu mempunyai nilai artistik dan juga nilai komersil nya supaya ia mempunyai nilai di pasaran. Akhir nya boleh dijual dan menghadirkan pendapatan kepada mereka. Ada yang telah berjaya menjadi usahawan dan artis serta pereka terkenal ..namun hakikat nya ramai juga yang kecundang....
semoga anak-anak muda ini sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi ..berusaha lah untuk memasarkan produk anda sebagaimana anda telah berjuang untuk menamatkan pengajian anda..insyaaallah anda akan berjaya..

Teringat zaman Wak Ireng masa muda dulu..beliau lah yang mempelopori seni lukis potret ini..agak nya kalau beliau memilih bidang ini bagaimana agak nya sekarang ..

Bapa Pelajar yang melukis potret ini adalah kenalan ana..nampak nya kuah tumpah ke nasi. Tapi ana tak ada kuah yang tumpah ke nasi ..apa pun segala nya ketentuan Allah SWT dia yang lebih mengetahui nya.
Beberapa hasil karya pelajar ana.


Jumpa lagi Wassalam..



2 comments:

nasirsakijan said...

Wak ireng kalok jadi artis... sekarang ni wes sugeh....
Tapi wak ireng orak jadi artis.... sekarang koyok iki waee
-wak ireng tambah ireng!

yağmur said...

https://saglamproxy.com
metin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
8JST8P

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification