Sunday, January 5, 2014

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2014

Assalamualikum semoga kita semua dirahmati Allah SWT.
Syukur Alhamdulillah kita ucapkan kepada Allah SWT yang telah memberikan peluang untuk menyambut tahun baru masihi 2014 dengan mengecapi nekmat nya yang tidak terhitung banyak nya. Nikmat kesihatan dengan segala pancaindera yang masih berfungsi dengan baik, nekmat mata yang boleh melihat, nekmat telinga yang masih boleh mendengar, nekmat bibir yang masih mampu berkata, nekmat hidung yang masih boleh menghidu, nikmat makan, nikmat tidur, rezeki yang masih tidak putus, kehidupan yang aman dan damai, Allohuakbar nikmat Allah yang manakah yang kita dustakan...

Setahun lagi telah berlalu meninggalkan kita semua. Pemergian nya jarang kita lihat dari segi signifikan nya malah jarang kita bersedih dengan peninggalan nya. Tetapi kedatangan tahun baru sentiasa diraikan. Disambut secara meriah dan besar besaran diseluruh negara. Hakikat nya kedatangan tahun baru mejadikan kita semakin bertambah usia. Ia tidak menjadikan kita sentiasa kekal muda, semakin remaja, semakin dewasa dan semakin tua malah semakin beransur terbatas kudrat kita.

Menyorot semula setahun yang telah kita lalui pasti telah kita tempuhi berbagai peristiwa serta pengalaman kehidupan. Ada yang gembira, ada yang duka, dan tidak kurang juga hanya mendatar seperti biasa. Saya nampak nya dalam kelompok biasa sahaja. Semakin bertambah usia ini banyak perkara yang biasa kita lakukan menjadi perlahan. Hanya semangat dan cita-cita sahaja yang masih subur namun hakikat nya kudrat dan kemampuan fisiologi semakin perlahan. Allohuakbar...

Tahun baru ini telah berakhir nya tugasan saya untuk menghantar anak ke sekolah. Alam persekolah anak-anak telah berlalu. Awal pagi sudah tidak berebut dengan pengguna jalanraya yang lain. Saya teringat kata-kata rakan jemaah yang bertanya kepada saya sebaik sahaja keluar masjid selepas subuh...hantar anak sekolah ke hari ini..sapa beliau kepada saya ..lantas saya menjawab alhamdulillah hj tugas saya dah selesai..tahun ni dah tak ada yang nak dihantar kesekolah lagi...OOO tu bernakna kena selalu datang kesini tu kata beliau sambil ketawa....Insyaallah saya membalas sambil tersenyum.

AZAM BARU

Kehadiran tahun baru juga sering dikaitkan dengan azam baru. Apa azam kita tahun lalu. Adakah telah terlaksana. Azam saya.... Allohuakbar sampai saya dah lupa ...apa azam saya. Awal tahun dahulu ada saya catatkan didalam buku catatan. Tapi nampak nya azam saya tinggal dalam catatan sahaja. Saya pasti ia bukan hanya berlaku atas diri saya  malah orang lain pun begitu.Lebih teruk lagi buku dimana saya mencatat azam tu pun saya dah lupa yang mana satu.Antara azam saya tahun ini saya catatkan didalam mydocument dengan fail nama AZAM2014. Ia perlu disemak selalu kalau boleh setiap bulan. Kemudian dianalisa samaada boleh dicapai atau sebalik nya. Disemak strategi nya dan dianalisa samaada perlu perubahan kaedah pelaksanan dan cara objektif itu dicapai.

Melihat kembali pencapaian persatuan kita nampak nya prestasi nya tidak lah mengecewakan. Namun masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi memperkasa kan nya. Tidak banyak aktiviti yang melibatkan semua ahli persatuan terutama yang melibatkan kewangan dijalankan. Hanya aktiviti berbentuk kekeluargaan sahaja yang dijalankan. Aktiviti untuk menjana kewangan pun masih belum dapat dirialisasikan malah kutipan yuran ahli pun masih belum cemerlang. Yuran saya pun masih tertunggak..ayuh kita perkasakan lagi. Marilah kita mencari jalan bagaimana yuran kita boleh dijadikan modal untuk  menjana pendapatan persatuan kita. Tahun ini juga boleh dirancang hari keluarga kita setelah yang terakhir diadakan pada Januari 2012 di Janda Baik. Harapan saya agar ada ahli yang mengambil inisiatif untuk merealisasikan nya.

Tahun ini marilah kita berdoa agar kita sentiasa sehat walafiat, dimurahkan rezeki yang halal, dikuatkan iman, dipanjangkan umur, diberikan ilmu yang menafaat, dimudahkan segala urusan, solat 5 waktu berjemaah, menjauhi maksiat, dijauhi bala dan musibah, diberikan taufiq dan hidayah, diberikan kejayaan didunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan solehah, diperkukuhkan hubungan antara keluarga dan adik beradik, bertambah amalan dan ibadah, menjauhi syirik agar Allah sentiasa merahmati dan menunjukkan jalan yang lurus kepada kita semua AMIN.

Selamat Tahun Baru Masihi.
Wassalam.






0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification