16 januari.
Pagi ni wak phone nuri, tanya bagaimana nak buka blog wak tempe nie. sangking lomonya tak menyumbang sebarang artikel, hingakan terlupa nak membukanya kembali. beliau telah memberi step-step yang perlu dibuat dan alham dulillah.. dapat jugak wak mengeksesnya. sudah bertahun rupanya wak tidak menulis dalam blog ini. selama ini hanya nuri sahaja yang setia menyumbangkan buah pikiran. itupun intervalnya semakin jauh. 5-6 bulan baru ada satu. macan wak, sudah mulai curiga samaada ada lagi yang melawati blog ini. hasrat kami dulu ialah untuk menjadikan blog ini sebagai wadah penyampai / delivery systerm kepada keluarga. hasrat itu nampaknya belum membuahkan hasil. diharap bukan salah benih 'jantan' yg tidak berbuah.
Sekejap tadi wak melihat whatsAppdari tablet yang sudah dicarge, nia dan yaya sedang sediakan juadah istimewa untuk kakiknya...wak balas adakah wak kena makan juadah tersebut secara mandatori.... jawab saly .. buat-buat makan je utk ambik hati... kuatir tukang masak nangis! wak tanya kerana wak tau juadah yang disediakan oleh dua orang putu wak itu mungkin dibuat dari polistesin atau kertas scrap je! wak pikir wajar juga wak berlakun petang ni bagi memuaskan hati mereka...sebagai tanda penghargaan.
Semakin tua kita, sebenarnya semakin takut kita untuk menyambut hari jadi. tua bukan kenikmatan atau kegembiraan. pada umur 20an dan 30an adalah saat yang manis untuk bergembira, umur 40an tangungjawab keluarga mula menghakis keceriaan jaman muda. kita lebih banyak memikirkan anak dan keluarga... bagaimana mereka bakal jadi, adakah cukup pelajaran, adakah kita berupaya. ini menjadikan kita kurang memikirkan kesenangan diri...kemudian bila memasuki umur 50an, kematangan dan pengalaman mulai menjadi guru mursyid. kita mulai menilai kehidupan dan akan realised/sedar kepada fitrah kehidupan. sementelah kalau diantara sela perjalanannya...tiba-tiba kita diserang sakit mendadak...umpamanya tidak dapat berjalan. baru kita sedar bahawa segala tangkal dan belaan tidak memberi faedah dan menafaat.
Adakah wak emosi?
Ini ciri-ciri orang tua. terimalah dengan tenang dan sabar. itu sebab menjaga orang tua besar ganjaranya, besar pahalanya sabda Nabi junjungan saw.
Hari ini bagi wak sangat istimewa. 16 januari. hari ini wak berumur 56 tahun. ianya menjadi istimewa kerana semasa wak mula berkerja, wak akan pencen pada umur 55 tahun. pencen pada 55 tahun bermakna akan mula pada hari akhir 55 tahun; iaitu pada hari pertama umur 56 tahun. kerana itu ianya jadi istimewa. sepatutnya hari ini wak dah mula pencen. tetapi perubahan perkhidmatan telah mengubah tempoh pencen dari 55 kepada 60. wak sighn 60. maka wak hari ini masih di opis... bukan dirumah!
Memang wak rasa masih muda. masih boleh bergurau dan mengenakan orang, terutamanya kepada opis-mate yang junior. dan mereka menerimanya dengan hati lapang kerana mengangap ini kerenak orang tua'. tetapi beberapa hari ini ada yang ingin mendapatkan nasihat dan pandangan. sebenarnya tanpa kita sedari aura kematangan kita sedang timbul... inilah nikmat Allah kepada mereka yang berusia..Dia tidak merampas segalanya dari hambanya sehingga menjadi tidak berguna. orang tua masih berguna... masih banyak gunanya.
Bagaimanapun hari ini bukan harijadi wak.
Dan ini bukan aprilfool.
Wak kena makan ke juadah cucu-cucu wak tu balik kerja nie?
-wak ireng.
16 januari.
1 comments:
Selamat kembali ke alam maya....selamat menyambut hari ulang tahun coretan orang lama masih puitis dan berseni.....begitulah kalau benih yang baik jatuh dilaut ia akan menjadi pulau ..kalau jatuh di darat ia akan menjadi pohon...cuma tak pasti pohon jantan atau betina...yang mustahak pohon itu perlu menjadi rendang supaya boleh tumpang berteduh.....kepada sekalian makhluk....
Post a Comment