Monday, July 14, 2014

SALAM RAMADHAN 1435 H

Assalamualaikum semoga semua ahli persatuan Sakijan Saamah sentiasa di Rahmati Allah.
Sudah 4 bulan blog ini tidak diisi dengan entry baru. Ia semakin ditinggalkan sepi oleh ahli-ahli nya. Begitu juga ana nampak nya hampir kecundang untuk menyumbang entry baru dimana kali terakhir nya adalah kesah perjalanan lawatan ke Sabah Negeri di Bawah Bayu pada Februari yang lalu. Itu pun kesah perjalanan tersebut tidak berjaya untuk ditamatkan.

Penyumbang entry lain juga sudah tidak tegar untuk menulis lagi disini. KTS yang dah bertukar identiti kini dikenali sebagi WI -Wak Ireng menerusi coment FB juga semakin hilang ditelan keirengan nya. Bait-bait tulisan beliau yang mempunyai kandungan yang puitis sering kali dirindui untuk dibaca kerana ada content sastera klasik yang sukar didapati sekarang juga kecundang.Cekgu Suria juga sudah tidak mampu menekan  aksara menjadi bait - bait tulisan yang prolifik serta menarik untuk dibaca juga sudah kecundang, sebagaimana tewas nya Argentina kepada German subuh tadi dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dunia.

Tidak dapat dinafikan tuntutan tugas dan tanggung jawab kepada kerjaya banyak menyumbang kepada kegagalan kita untuk istiqomah menulis entry baru. Ana pun begitu. Juga kerana tiada idea atau isu-isu yang perlu dihighligh kan membuat kita rasa malas menekan aksara di keybord komputer. Tambahan lagi barangkali sudah ramai ahli kita yang lupa dengan PIN dan Password untuk mengakses blog kita ini.

Waktu berlalu cukup pantas. Salam Ramadhan tahun lepas masih belum luput dalam ingatan kini Ramadhan yang baru pula tiba. Sebenarnya pelbagai peristiwa telah berlaku dalam tempoh tersebut. Anak anak kita semakin membesar. Yang bersekolah telah tamat persekolahan dan kini memasuki era baru dalam menuntut ilmu. Termasuklah dalam keluarga ana -tahun ini tiada lagi yang masih bersekolah. Ini bermakna ana pun sudah memasuki fasa baru dalam kehidupan. Pening melayan kerenah anak bersekolah sudah berlalu dan kini keadaan telah berubah. Anak-anak menjadi remaja, dan semakin dewasa namun cabaran nya berbeza pula. Cabaran yang lebih besar sebagai ibu-bapa yang semakin banyak usia.

Alhamdulillah semakin berusia ini rumah ana masih ramai penghuni nya.  Biasa nya semakin berusia rumah pun semakin sepi dengan anak-anak meninggalkan kita mencari rezeki dan haluan masing-masing. Namun di rumah ana masih lagi ramai termasuk anak-anak sedara yang tinggal bersama. Tahniah kepada Khairul Naim yang telah mendapat pekerjaan di Damansara sebagai Juruteknik... Kak Oya menimba pengalaman berniaga di Bazar Ramadhan SS19 saban petang...Arina menuntut di Politek MARA Bangi dalam bidang Perniagaan, Muhammad Afiq mengikuti kursus Culinary Art ... Salbiah pula sedang melanjutkan pengajian PhD nya di UiTM...begirtulah perkembangan mereka yang di ketahui...

Sepanjang 4 bulan tiada entry baru juga banyak kesah perjalanan kehidupan yang telah dilalui oleh ahli-ahli persatuan kita ini..Emi dan Syamsiah telah mengunjungi Beijing di Cina ..ketika kejadian kehilangan MH 730 masih baru berlaku....begitu juga dengan lawatan mereka sekeluarga ke Sabah... KTS juga pernah membuat lawatan ke negeri dibawah bayu ini....Keluarga di Amerika pula melalui FB sedang melakukan pengembaraan ke Yellowstone....ia merupakan kesah-kesah pengembaraan yang menarik jika dapat di kongsi bersama....

Apa pun Ramadahan tetap datang dan kita bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menyambutnya dan diberi peluang juga untuk mendapatkan kerahmatan nya. Beberapa orang saudara mara kita telah dipanggil untuk menemui pencipta nya terlebih dahulu. Arwah Paman Ngit ...Arwah Wak Onn Parit Baru sudah meninggalkan kita semua. Marilah kita mengambil peluang yang masih diberi oleh ALLAH ini dengan menggandakan amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan niat hanya kerana Allah ...gandakan amalan kita..sedekah kita...doa kita moga kita mendapat pengampunan nya dan dijauhkan dari api neraka. Bersyukurlah kita kerana masih berada didalam keadaan aman sejahtera ..masih bebas beribadah tanpa ganguan tidak seperti saudara seagama kita seperti di Palestine, Syria, Mesir. Myanmar Iraq dan pelbagai negara lain yang ditindas dan dinafikan hak sebagai muslim, dibunuh dengan kejam tanpa prikemanusiaan dan sama-sama kita doakan agar merek tabah menghadapi dugaan dibulan Ramadhan ini.
Insyaallah marilah kita mencari malam lailatulqadar malam yang penuh keberkatan ganjaran nya 1000 bulan dimalam 10 terakhir.

Jumpa lagi.





Sunday, March 2, 2014

3 malam di KK

Kami tiba ke Kota KInabalu (KK) waktu tengahari dan menginap diMarina Cort Apartment. Sudah 2 kali ana menginap disini sekitar tahun 2007 dan 2010. Dahulu ia berada dikawasan yang sangat indah betul-betul mengadap laut tanpa ada halangan dan apabila matahari terbenam kita boleh menikmati pemandangan matahari mencecah kaki langit dari apartment tersebut. Tetapi pada hari ini ia sudah terletak agak kebelakang dan pemandangan laut sudah terlindung dengan pembinaan bangunan baru di water front. Jika ingin menikmati pemandangan matahari terbenam kita perlu berjalan keluar ke tepi laut.

Apartment ini juga terletak dikawasan tumpuan pelancong. Kita cuma perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Pasar Kraftangan Philipine, Pasar basah petang yang menjual hasil laut yang sangat segar saban petang, Pasar ikan masin malah shoping compleks yang terletak bersebelahan dengan nya juga pasar malam jalan sinsuran yang di buka pada setiap malam. Anda boleh membeli hasil laut yang segar itu dengan harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan di tempat kita dan memasak nya di Apartment...so heaven.

Condo Apartment Yang berwarna Pink tempat kami menginap selama 3 malam.
Water front ..kk







Apartment kami tinggal mempunyai 3 bilik dengan satu ruang tamu, ruang makan dan dapur. Ia dilengkapi dengan segala kemdahan termasuk mesen basuh...Harga nya Hemmmm berpatutan kalau kita share ting tong-ting tong ....ia mencukupi untuk semua ahli rombomgan kami tinggal dengan selesa.... Recomendation...ok lah ..very confortable....


Prepare for the dinner...Sambal Udang putih..dan Ikan putih goreng. nasi puteh .Umph yummy...


































Saturday, March 1, 2014

DAY 2

Subuh disini 1 jam lebih awal dari di semenanjung  5.15 pagi. Cuaca sangat sejuk hingga menusuk ke tulang. Suasana masih sunyi hanya kedengaran cngkerik dan unggas disekitar home stay yang kami sewa. Ia kawasan yang dikelilingi ladang sayuran serta belukar dengan pohon-pohon buluh yang menjulang tinggi dan lurus. Menarik nya home stay kami memang 'typical house' orang  Sabah. Di laman masih ada anjing yang menjadi belaan mereka meskipun tuan rumah beragama islam. Ia mengingatkan ana kepada rumah yang pernah ana sekeluarga diami di Beaufort sekitar tahun 80 an dahulu. kami pun ada membela anjing untuk menjaga rumah. Beza nya tangga rumah perlu dipagar agar haiwan ini tidak naik keatas rumah.

Home stay kami menginap
Ada yang berselimut tebal..macam lah dah turun salji..
Jam 6 00 pagi suasana sudah cerah. laluan utama dihadapan home stay kami sudah menjadi riuh dan sebok dengan deruman motorsikal dan kenderaan pacuan 4 roda. Ia laluan utama menuju kekampung yang lebih jauh kedalam menuruni lembah. Rupa nya kami berada di aras atas dalam lanskap bukit bukau sekitar nya. Melihat rumah-rumah dibawah terasa sayup mata memandang jauh kebawah kaki bukit tempat kami menginap. Kedinginan dan kehijauan yang tebal serta berada didalam suasana kampung sangat mendamaikan. Sesekali bersatu dengan alam seperti ini sangat mengujakan tetapi jika setiap hari ...ia perlu dibuat pilihan.
Pemandangan di sekitar home stay kami
Tak sampai 3 minit lari balik cari selimut..

Akhir nya pagi itu puncak kinabalu menunjukkan diri nya..betul betul dibelakang Home stay. Ia sungguh menawan

Jam 9 30 pagi kami bertolak keluar utnuk meneruskan pengembaraan . Mr Robert sebagai pemandu kami tiba seperti yang dijanjikan. Kami singgah mengalas perut untuk bersarapan di pekan kundasang. Kemudian kami bertolak ke "Memorial War" yang terletak tidak jauh dari jalan besar pekan kundasang. Disini merupakan tapak kubu tentera British semasa menentang Jepun dahulu. Hampir 2 ribu Tentera pakatan British dan Australia terbunuh dalam perjalanan dari Sandakan ke Kundasang melalui jalan darat.
Kubu ini dijaga dengan baik. Ada taman bunga bertemakan taman British, Australia dan Borneo didalam kawasan kubu ini disamping senarai nama tentera yang terkorban dipaparkan didinding kubu tersebut. Masuk disini dikenakan bayaran tiket.

Sekitar Memorial War..












Sunday, February 23, 2014

DAY 1

Kota Kinabalu sudah menjadi Bandaraya sekarang. Ia sangat berbeza jika dibandingkan semasa tahun 1980 an dahulu ketika kami sekeluarga bermastautin di Negeri ini. Bandar nya masih kecil dan tiada jalan jejantas. Jam 6petang kebanyakkan kedai di bandar ini sudah di tutup. Tiada pasaraya dan jika ingin ulang ke Beaufort menaiki teksi mestilah sebelum jam 5 petang. Selepas itu kena bermalam lah di KK kerana tiada kenderaan awam yang akan ke Beaufort. Kini semua nya telah berubah. Sudah banyak bangunan terutama hotel dan pangsapuri sewaan di sekitar KK terutama dikawasan waterfront yang dahulu nya adalah laut dan telah dibangunkan dengan kaedah tebus guna. Namun budaya nya dan cara hidup masyarakat disini masih tidak banyak berubah. Kawasan tarikan pelancong masih dikekalkan seperti pasar kraf filipina, pasar malam sinsuran, dan tamu jalan gaya setiap pagi minggu. Semua nya masih kekal ditempat yang sama.

Kami terus bertolak ke Kundasang setiba nya di Airport KK yang dipanggil Air port MAS. Airport yang lama di tanjung aru dikhaskan untuk penerbangan tambang murah Air Asia. Pemandu Van kami bernama "Robert" berasal dari  Kg Bundu Tuhan dekat dengan Taman Negara Kinabalu sekaligus menjadi driver dan pemandu pelancong kami. Dia berketurunan Kadazan Dusun sangat baik dan peramah. Kami akan berhenti di beberapa pekan dan kawasan yang menjadi tarikan pelancong sepanjang perjalanan kami ke Kundasang.

Melalui Bandaraya KK yang agak sebok sambil menikmati pemandangan tepi pantai yang indah dan melalui deretan bangunan lama dan baru kami berhenti di Bangunan Yayasan Sabah. Bangunan ini merupakan mercu tanda yang sangat sinonim dengan Negeri di Bawah Bayu ini. Bangunan berbentuk selinder dengan dinding kaca tersergam indah diteluk likas dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan. Menurut Robert bangunan ini sudah hampir kosong kerana kebanyakkan pejabat kerajaan telah berpindah ke kawasan baru yang diberi nama Putra Jaya juga terletak tidak jauh dari bangunan Yayasan Sabah ini. Suatu ketika dahulu di tahun 2010 saya pernah singgah disini dan menjamu selera direstoran berpusing ditingkat atas bagunan tersebut. Saya tidak pasti samaada restoran tersebut masih beroperasi tau sudah di tutup sekarang.

URVAN boleh muatkan 12 orang penumpang. Ia menyelesakan....Air con dia OK sejuk
Mengabadikan kenangan di bangunan Yayasan Sabah

 Kami meneruskan perjalanan melalui beberapa bandar baru yang dahulu masih lagi hutan belantara menuju ke Tuaran dan Tamparuli yang sudah boeh diakses melalui bebrapa jalan pilihan highway atau jalan lama. Tempat hentian kami seterus nya adalah "Rumah Terbalik". Ia menjadi terkenal setelah dibuat liputan media TV suatu ketika dahulu. Pada asal nya tuan rumah ini membina rumah berkonsepkan terbalik hanya untuk suka suka sahaja. Ia tidak dikunjungi oleh sesiapa dan pelawat hanya berhenti diluar pagar biasa dan melihat  dari luar rumah itu terbalik. Setelah mendapat liputan TV ia menjadi kunjungan ramai pelancung dan tuan rumah tersebut telah membena pagar tertutup serta dikenakan bayaran tiket khas untuk mereka yang ingin melawat dan mengetahui apa yang ada didalam rumah tersebut. Akhir nya ia menjadi suatu perniagaan produk pelancongan yang berjaya menarik minat pelancong dalam dan luar negara termasuk kami. Ia suatu idea yang sangat baik.


3 orang 'sumandak" sempat berposing
Ketua rombongan memukul gong untuk memasuki rumah terbalik



Perjalanan diteruskan dengan melalui pekan Tamparuli. Pekan ini sangat terkenal dengan Jambatan gantung yang terpanjang serta tinggi dari paras air sungai. Mereka ingin merasai pengalaman melalui jambatan gantung yang menjadi lagu popular rakyat Negeri ini.

Ada yang terpaksa buka kasut...gayat..




Kami mereuskan perjalanan ke Taman Kinabalu. Ia mengambil masa hampir 1 jam dari tamparuli dan kami tiba di taman kinabalu sekitar jam 2 petang. Meskipun cuaca panas suhu agak dingin di kaki gunung kinabalu. Fenomena suhu sejuk yang berlaku seminggu sebelum kehadiran kami masih dirasai. Selepas membayar tiket kemasukankami ke taman kami terus dibawa oleh pemandu van ke kawasan permulaan bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu  yang diberi nama Timpohon Gate.







Hari itu kami tidak bernasib baik untuk melihat puncak gunung kinabalu kerana sepanjang hari ia diliputi awan, Gunung kinabalu hanya dapa dilihat dengan jelas pada awal pagi kerana pada masa itu cuaca belum panas dan awan belum menutupi puncak gunung tersebut.

Setelah puas mengelilingi kawasan taman yang agak luas kami meneruskan perjalanan ke kundasang yang tidak jauh dari kinabalu park. Perjalanan menurun bukit hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pekan kundasang. Disini lah kami akan menginap pada malam ini. Sebelah petang hanya akan bersiar di sekitar kundasang serta mengunjungi ladang ternakan lembu New Zealand.
Sempat membeli susu segar dari ladang...

Ladang ternak lembu new zealand lembu nya memang besar-dan gemuk


Pekan kundasang pemandangan nya cantik
Jam 5 30 petang keadaan sudah mulai gelap. Waktu di sini mengikut jam sebenar nya 30 minit mendahului waktu di semenanjung. Namun jika mengikut matahari perbezaan nya ialah 1 jam. Oleh itu waktu maghrib disini pada jam 6 30 petang manakala waktu subuh pada jam 5 10 pagi. Malam ini kami akan ke rumah bekas anak murid dahulu untuk makan malam. Ia pertemuan semula diantara anak murid dan guru nya semenjak tahun 1987. Kini beliau bertugas sebagai guru di Ranau dan tinggal di SK Kundasang.
Nama nya Sabanor  Hj Ibrahim bapa nya dahulu saorang ustaz di Beaufort.

Rumah yang beliau bena sendiri ditepi lereng bukit..sangat menarik meskipun buatan sendiri..

Sempat bermain dengan kucing peliharaan tuan rumah 4 ekor semua nya  basar-basar bah..
Malam yang dingin, Kami diberitahu pada minggu cuaca dingin melanda negara seminggu sebelum kehadiran kami suhu disini mencecah 12 C....sebab itu rumah ini tak perlukan kipas apatah lagi penghawa dingin. Malam itu kami tidur dalam susana sejuk yang mencengkan tulang...dan keletihan setelah bangun seawal jam 4 pagi untuk bertolak ke KLIA...sehari yang penuh dengan lawatan...
 Jumpa lagi...



Percutian Yang Di Rancang

Assalamualaikum Semoga kalian semua dirahmati Allah
6 Februari 2014 jam 7.30 pagi kami berlepas dengan pesawat MAS ke Kota Kinabalu. Penerbangan kami mengambil masa hampir 2 jam 30 minit apabila kami mendarat dengan selamat di Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.05 pagi.
Ia merupakan percutian 2 keluarga yang dirancang dengan sepontan dan persetujuan nya sangat pantas. Ana memang telah mempunyai keinginan untuk membawa ahli keluarga ana bercuti ke Sabah sejak lama dahulu lagi.Ia bagi mengenang kembali tanah kelahiran bagi 2 orang anak kami iaitu Syazana dan Mohamad Arif yang lahir di Hospital Besar Beaufort Sabah sekitar tahun 80 an dahulu. Bagi Isteri dan anak-anak ini adalah perjalanan kembali ke Sabah selepas kami berhijrah  ke semenanjung pada tahun 1991. Sejak itu ana sudah beberapa kali juga kembali ke Sabah atas urusan kerjaya tanpa ditemani keluarga.

Jam 5 .00 pagi kami bertolak dari rumah menuju KLIA. Sempat solat subuh di Air port dengan menaiki 2 buah kereta. Salbiah Nasir dan rakan syazana telah mengantar kami semua seramai 11 orang. Kak ti sekeluarga seramai 5 orang dan ana sekeluarga seramai 6 orang. Kehadiran kakti sekeluarga pada awal nya tidak ada dalam perancangan kami. Hanya setelah melihat ada tawaran tambang murah dari MAS RM 280 saorang pergi dan balik termasuk makan minum dan bagasi percuma 30 kg ia merupakan suatu tawaran yang sukar untuk ditolak. Memandangkan  Naim dan Kak Oya sekarang bersama kami maka tawaran ini kami panjangkan kepada kak ti dan kang mis sebagai waris untuk meminta persetujuan..Dalam telefon persetujuan mereka di buat oleh kak ti sendiri...tanpa ada apa-apa objection...malah kata nya dah lama beliau berangan untuk  ke Sabah.Jadi nya kakti pula yang lebih ter excited.Ada juga ana panjang kan kepada Wak Ireng tapi beliau tidak dapat membuat keputusan kerana masalah kerjaya nya yang tidak menentu.

Sebelum subuh kami di KLIA

 Menaiki pesawat kapal terbang bukan lah suatu yang ganjil bagi rombongan kami. Semua kami pernah menaiki nya. Namun proses menaiki pesawat adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Ia tidak seperti menaiki kenderaan darat. Kita terpaksa melalui beberapa pos kawalan keselamat bermula dari pendaftaran bagasi, kemudian melalui kawalan keselamat dan pagi itu saya diminta untuk menanggalkan tali pinggang yang dipakai..nasib baik seluar tidak terlondeh dengan arahan pengawal keselamat wanita...saya geram juga lantas saya bertanya ..Kasut tak nak buka ke..dengan selamba dia menjawab tanpa memandang saya "tak perlu"..tak pernah lah pulak dalam sejarah penerbangan domestik saya diarahkan untuk membuka tali pinggang...kena  sekali ketika penerbangan pulang dari mekah dahulu di Jedah. Namun segala nya berjalan lancar..hanya saya sorang sahaja yang diperiksa agak rapi...

Kami terus berjalan menuju ke balai berlepas..A11..ia terletak dihujung anjung berlepas. Boleh tahan juga jarak nya nasib baik ada eskelator dapat juga mengurangkan keletihan berjalan terutama kak ti dan kang miskiran sambil berkata " macam ni rupa nya dalam air port ni..kalau tak naik kapalterbang tak boleh sampai kita dibawah ni" sambil melintasi deretan kedai bebas cukai dikiri kanan perjalanan kami menuju balai berlepas.Masing masing menunjukkan wajah yang ceria meskipun seminggu sebelum itu kak ti dikabarkan demam sehingga masuk drip 3 botol di pusat kesihatan Cini.

7.15 pagi kami sudah memasuki pesawat dan berada di tempat duduk masing-masing mengikut nombor kerusi yang diberi ketika cek in secara on line dua hari sebelum keberangkatan. Mudah sangat mudah menggunakan teknologi terkini. Segala nya boleh dilakukan dirumah tanpa perlu berbaris dan berada dikaunter lapangan terbang untuk pendaftaran masuk seperti dahulu. Cuaca pagi itu sangat baik dan cerah. Penerbangan kami lancar dan selesa hanya sekali sekala terasa gegaran apabila melangar gumpalan awan yang tebal. Hampir 1 jam penerbangan kami disajikan sarapan pagi -nasi lemak dan minuman ringan. Kami bersarapan diketinggian lebih dari 20 ribu kaki dari paras laut..

Akhir nya dapat juga sarapan dalam flight..huhu

Nasi Lemak kapal terbang
Selepas makan penerbangan masih lama... apa lagi ..tidur dan sesi bergambarlah para ahli rombongan



 Ana menjadual kan percutian ini. Setiba nya di Kota Kinabalu kami akan terus ke kundasang. Di sana saorang bekas murid ana di Beaufort dulu sudah menempahkan sebuah home stay di Kundasang. Beliau juga mencarikan kereta termasuk driver nya sekali. Makan malam telah dijemput rombongan kami ke rumah nya. Alhamdulillah.
Lapangan Terbang Kota Kinabalu kami mendarat selepas 2 jam 30 minit penerbangan dari KLIA.


Sambungan nya dibahagian kedua....




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification