Sunday, February 23, 2014

DAY 1

Kota Kinabalu sudah menjadi Bandaraya sekarang. Ia sangat berbeza jika dibandingkan semasa tahun 1980 an dahulu ketika kami sekeluarga bermastautin di Negeri ini. Bandar nya masih kecil dan tiada jalan jejantas. Jam 6petang kebanyakkan kedai di bandar ini sudah di tutup. Tiada pasaraya dan jika ingin ulang ke Beaufort menaiki teksi mestilah sebelum jam 5 petang. Selepas itu kena bermalam lah di KK kerana tiada kenderaan awam yang akan ke Beaufort. Kini semua nya telah berubah. Sudah banyak bangunan terutama hotel dan pangsapuri sewaan di sekitar KK terutama dikawasan waterfront yang dahulu nya adalah laut dan telah dibangunkan dengan kaedah tebus guna. Namun budaya nya dan cara hidup masyarakat disini masih tidak banyak berubah. Kawasan tarikan pelancong masih dikekalkan seperti pasar kraf filipina, pasar malam sinsuran, dan tamu jalan gaya setiap pagi minggu. Semua nya masih kekal ditempat yang sama.

Kami terus bertolak ke Kundasang setiba nya di Airport KK yang dipanggil Air port MAS. Airport yang lama di tanjung aru dikhaskan untuk penerbangan tambang murah Air Asia. Pemandu Van kami bernama "Robert" berasal dari  Kg Bundu Tuhan dekat dengan Taman Negara Kinabalu sekaligus menjadi driver dan pemandu pelancong kami. Dia berketurunan Kadazan Dusun sangat baik dan peramah. Kami akan berhenti di beberapa pekan dan kawasan yang menjadi tarikan pelancong sepanjang perjalanan kami ke Kundasang.

Melalui Bandaraya KK yang agak sebok sambil menikmati pemandangan tepi pantai yang indah dan melalui deretan bangunan lama dan baru kami berhenti di Bangunan Yayasan Sabah. Bangunan ini merupakan mercu tanda yang sangat sinonim dengan Negeri di Bawah Bayu ini. Bangunan berbentuk selinder dengan dinding kaca tersergam indah diteluk likas dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan. Menurut Robert bangunan ini sudah hampir kosong kerana kebanyakkan pejabat kerajaan telah berpindah ke kawasan baru yang diberi nama Putra Jaya juga terletak tidak jauh dari bangunan Yayasan Sabah ini. Suatu ketika dahulu di tahun 2010 saya pernah singgah disini dan menjamu selera direstoran berpusing ditingkat atas bagunan tersebut. Saya tidak pasti samaada restoran tersebut masih beroperasi tau sudah di tutup sekarang.

URVAN boleh muatkan 12 orang penumpang. Ia menyelesakan....Air con dia OK sejuk
Mengabadikan kenangan di bangunan Yayasan Sabah

 Kami meneruskan perjalanan melalui beberapa bandar baru yang dahulu masih lagi hutan belantara menuju ke Tuaran dan Tamparuli yang sudah boeh diakses melalui bebrapa jalan pilihan highway atau jalan lama. Tempat hentian kami seterus nya adalah "Rumah Terbalik". Ia menjadi terkenal setelah dibuat liputan media TV suatu ketika dahulu. Pada asal nya tuan rumah ini membina rumah berkonsepkan terbalik hanya untuk suka suka sahaja. Ia tidak dikunjungi oleh sesiapa dan pelawat hanya berhenti diluar pagar biasa dan melihat  dari luar rumah itu terbalik. Setelah mendapat liputan TV ia menjadi kunjungan ramai pelancung dan tuan rumah tersebut telah membena pagar tertutup serta dikenakan bayaran tiket khas untuk mereka yang ingin melawat dan mengetahui apa yang ada didalam rumah tersebut. Akhir nya ia menjadi suatu perniagaan produk pelancongan yang berjaya menarik minat pelancong dalam dan luar negara termasuk kami. Ia suatu idea yang sangat baik.


3 orang 'sumandak" sempat berposing
Ketua rombongan memukul gong untuk memasuki rumah terbalik



Perjalanan diteruskan dengan melalui pekan Tamparuli. Pekan ini sangat terkenal dengan Jambatan gantung yang terpanjang serta tinggi dari paras air sungai. Mereka ingin merasai pengalaman melalui jambatan gantung yang menjadi lagu popular rakyat Negeri ini.

Ada yang terpaksa buka kasut...gayat..




Kami mereuskan perjalanan ke Taman Kinabalu. Ia mengambil masa hampir 1 jam dari tamparuli dan kami tiba di taman kinabalu sekitar jam 2 petang. Meskipun cuaca panas suhu agak dingin di kaki gunung kinabalu. Fenomena suhu sejuk yang berlaku seminggu sebelum kehadiran kami masih dirasai. Selepas membayar tiket kemasukankami ke taman kami terus dibawa oleh pemandu van ke kawasan permulaan bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu  yang diberi nama Timpohon Gate.







Hari itu kami tidak bernasib baik untuk melihat puncak gunung kinabalu kerana sepanjang hari ia diliputi awan, Gunung kinabalu hanya dapa dilihat dengan jelas pada awal pagi kerana pada masa itu cuaca belum panas dan awan belum menutupi puncak gunung tersebut.

Setelah puas mengelilingi kawasan taman yang agak luas kami meneruskan perjalanan ke kundasang yang tidak jauh dari kinabalu park. Perjalanan menurun bukit hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke pekan kundasang. Disini lah kami akan menginap pada malam ini. Sebelah petang hanya akan bersiar di sekitar kundasang serta mengunjungi ladang ternakan lembu New Zealand.
Sempat membeli susu segar dari ladang...

Ladang ternak lembu new zealand lembu nya memang besar-dan gemuk


Pekan kundasang pemandangan nya cantik
Jam 5 30 petang keadaan sudah mulai gelap. Waktu di sini mengikut jam sebenar nya 30 minit mendahului waktu di semenanjung. Namun jika mengikut matahari perbezaan nya ialah 1 jam. Oleh itu waktu maghrib disini pada jam 6 30 petang manakala waktu subuh pada jam 5 10 pagi. Malam ini kami akan ke rumah bekas anak murid dahulu untuk makan malam. Ia pertemuan semula diantara anak murid dan guru nya semenjak tahun 1987. Kini beliau bertugas sebagai guru di Ranau dan tinggal di SK Kundasang.
Nama nya Sabanor  Hj Ibrahim bapa nya dahulu saorang ustaz di Beaufort.

Rumah yang beliau bena sendiri ditepi lereng bukit..sangat menarik meskipun buatan sendiri..

Sempat bermain dengan kucing peliharaan tuan rumah 4 ekor semua nya  basar-basar bah..
Malam yang dingin, Kami diberitahu pada minggu cuaca dingin melanda negara seminggu sebelum kehadiran kami suhu disini mencecah 12 C....sebab itu rumah ini tak perlukan kipas apatah lagi penghawa dingin. Malam itu kami tidur dalam susana sejuk yang mencengkan tulang...dan keletihan setelah bangun seawal jam 4 pagi untuk bertolak ke KLIA...sehari yang penuh dengan lawatan...
 Jumpa lagi...



1 comments:

khairul anwar said...

wow..sejuknya...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification