Para jemputan mulai hadir semenjak petang sabtu membawa ke malam dan jamuan nasi disediakan oleh tuan rumah. Menarik nya pakatan "Gejobos" masih diamalkan disini bagi menjayakan majlis dengan penyediaan makanan, hidangan dan cuci pinggan. Namun mengikut pemerhatian saya keadaan ini bakal berakhir tak lama lagi memandangkan pesert gejobos adalah golongan yang telah berumur. Kesan nya perjalanan majlis tidak dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan kerana faktor kudrat masing-masing semakin tidak berkemampuan kerana usia semakin tua menyebabkan apabila tamat sahaja majlis persandingan maka masing-masing pun berangkat pulang kerumah masing-masing untuk berehat kerana kepenatan....dan ketika itu para jemputan masing ramai yang hadir tetapi pinggan dan gelas untuk digunakan sudah kehabisan dan tidak dicuci. Nasib baik lah ahli persatuan kita ramai yang muda dan bertenaga serta sudi membantu meskipun perlu diarah dan dipaksa......akhir nya majlis berakhir hampir jam 3 petang dengan selamat dan jaya nya.
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR USIA
Tahniah diucapkan kepada pasangan Nurulhuda dan Darus yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah. Semoga mereka bahagia hingga keakhir usia. Kita mengucapkan selamat menjadi ahli persatuan keluarga kita kepada pasangan beliau En Darus yang berasal dari Machang Kelantan ...dimaklumkan beliau adalah ahli yang ke 50. Menurut perbualan saya yang ringkas beliau adalah anggota tentera yang bertugas di Kem Sungai Buluh Selangor unit kejuruteraan Jentera dan elektrik. Usia...saya belum mempunyai maklumat..
Memulakan kehidupan sebagai suami isteri merupakan suatu cabaran yang tidak kurang hebat nya. Persiapan mental dan fizikal serta memenuhi keperluan kehidupan seharian serta tuntutan agama segala nya perlu diberi perhatian sepenuh nya. Banyak kebaikan apabila kita hidup dengan berkeluarga dan mempunyai keluarga sendiri. Sebagai saorang yang beragama Islam kehidupan berkeluarga mempunyai isteri dan suami serta mempunyai anak-anak merupakan suatu tanggungjawab yang besar diiringi dengan ganjaran pahala di akhirat oleh Allah swt. Bena lah kehidupan berkeluarga dengan asas agama yang teguh, bertolak ansur, sabar, saling sayang menyayangi agar akhirnya semua akan berkumpul semula di Jannah nanti. Selamat Pengantin Baru......
PERTEMUAN YANG JAUH
Kenduri hujung minggu lalu memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan saudara-mara sepupu yang tinggal berjauhan. Ada saudara mara yang sudah lama tidak bertemu...ia peluang yang sangat baik untuk bertanya khabar masing-masing dan update maklumat dimana mereka tinggal. Ada yang tinggal tidak lah begitu jauh dari kejiranan tempat kita tinggal. Ada yang tempat bertugas mereka hampir dengan tempat tinggal kita..ada yang tinggal di kawasan yang terkadang kita memerlukan tempat untuk berehat seketika....misal nya di putra jaya. di kuala lumpur dll....Masyaallah kita ni masih mempunyai sifat sombong terhadap diri sendiri...akhir nya perbualan tidak diakhiri dengan jemputan ziarah ke rumah dan lebih teruk sekali no telefon pun kita tidak minta....dan pertemuan serta perbualan tamat dengan salam perpisahan untuk pulang kerumah masing-masing...tunggulah jika nasib baik berjumpa lagi di tempat kenduri yang lain.
Di sudut pandangan lain bukan kah baik jika kita mendekati mereka dengan lebih rapat...dimana mereka tinggal, dimana mereka bertugas, berapa ramai anak-anak mereka, dan kebanyakkan mereka juga memegang jawatan yang baik disektor masing-masing. Ini akan menambahluaskan lagi jaringan persaudaraan kita yang boleh dimanafaatkan dalam banyak perkara. Ternyata semangat mementingkan diri sendiri dan merasa tidak ada keperluan dengan orang lain masih menebal dikalangan kita. Akhir nya pertemuan yang jauh menjadi semakin jauh......
GAMBAR MEMBAWA SERIBU MAKNA
Banyak gambar yang telah dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Ia merakamkan detik peristiwa yang berlaku bagi simpanan dan tatapan dihari kemudian. Ada peristiwa yang dirakam secara spontan dan ada yang dirakam secara terancang. Walau apapun ia memberi seribu makna kepada yang menonton nya. Sayang nya gambar yang kita rakam kebanyakkan nya tidak mempunyai jalan cerita atau plot yang tertentu. Mungkin menarik jika setiap event yang hendak dirakam melaui lensa kamera dibuat jalan cerita atau mempunyai plot yang memberi makna.......walaupun gambar itu sendiri telah membawa seribu makna....
Rilex brother... |
Menunggu akad nikah |
Ceria dalam debar |
Post istimewa dari Haji dan Hajjah |
Ngantuk ke Mikir ? |
2 generation gap.. |
Preparing for the makan beradab -Bersungguh Kak Oya.. |
Pengapit bidan terjun |
Ok lah tu...beresss... |
Warm welcome..tengahari bro...panas tu |
Biar panas sanggup ditempuhi |
Akhir nya mereka di jinjang pelamin |
Aik sapa pulak ni....korang bila lagi.. |
Sedara yang sampai paling lewat.. |
Mereka lah pemuda harapan kita... |
Happy ending...Congratulation... |
Seperti biasa habis event---Berangkat la pulang |
Moment last a second..memory last forever... |
Welcome to our club....new membership. |
Musang Totol milik iwan... |
Jumpa lagi..
Wassalam.