Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati Allah
Syawal telah berlalu meninggalkan kita namun kemeriahan sambutan nya saolah-olah masih belum bernoktah
sehingga memasuki bulan yang baru - Bulan Zulkaedah. Disana sini masih diadakan jamuan sempena hari raya......begitulah realiti kehidupan di negara kita ini yang sangat makmur dan mewah....hingga perayaan disambut lebih dari sebulan.
Tiba nya bulan Zulkaedah maka ia digelar juga sebagai bulan Haji kerana ketika ini lah para jemaah haji tetamu Allah mula berangkat ke Tanah Suci. Diam tak diam sudah setahun rupa nya kami pulang dari menunaikan haji pada tahun lalu. Subhanallah masa bergerak dengan sangat pantas sekali. Masih jelas terbayang di ingatan ketika kami mengerjakan haji pada tahun lalu..Allohuakbar bila dingat dan dibualkan bersama rakan - rakan perasaan rindu ke Tanah Suci hadir dengan lembut dan syahdu mengetuk pintu hati.
Minggu lepas kami berkesempatan mengadakan "re-union" dirumah rakan jemaah sebilik di Meru Kelang. Alhamdulillah kesemua rakan jemaah seramai 5 orang bersama pasangan masing-masing dapat menghadirkan diri. Setelah setahun berlalu suasana pertemuan menjadi sangat syahdu dan ceria. Dengan masing-masing membahasakan diri Haji dan Hajjah maka pertemuan itu saolah-olah menghimpunkan kami di Mudzalifah dan di Mina......kerana di dua tempat itu lah kami berlima pasangan sentiasa bersama.....hampir sepanjang masa dibawah satu kemah dan didalam satu petak tempat tidur.....
Sepetang dirumah Tn Haji Norizan itu kami berbual mengenang kesah ketika di Madinah dan di Makah... kesah suka duka..kesah lucu..kesah sakit pening dan berbagai pengalaman yang dialami bersama. Kesimpulan nya masing-masing menyatakan kerinduan untuk ke Tanah Suci lagi jika ada rezeki. Dan semoga ikatan persahabatan yang terjalin semasa di Tanah Suci dapat dikekalkan selamanya. Semoga semua jemaah haji pada tahun ini akan beroleh haji yang mabrur. Amin.
Majlis Walimatulurus Wak Misbahkhul Munir.
Berlalu nya Syawal juga bermakna bermulalah jemputan kenduri kahwin. Insyaallah minggu hadapan 15 hb September 2013 Sabtu, Majlis Kenduri Walimatulurus pengerusi persatuan kita Wak Misbahkhul Munir akan berlangsung di Parit 10 Pekan Pasir Panjang. Besarlah harapan agar semua ahli persatuan kita ini dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Khemah telah dipasang semenjak minggu lepas dimana kami dan KTS serta Paman Emi sempat menghadirkan diri untuk "kenduri Gejobos" malam minggu lalu.
Majlis seperti ini memberi peluang kepada kita semua untuk bertemu bertanya khabar sesama saudara mara samaada jauh atau dekat. Ini lah tempat dan ketika yang sesuai. Ketika kami pulang ke Pasir Panjang pada minggu lepas untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Misbah kami berselisih dengan nya dihadapan Masjid Pasir Panjang. Saya dapat merasakan pasti dia merasa gembira apabila melihat adik-adik nya kembali berkumpul menuju ke rumah beliau pada petang itu. Dan saya juga merasa gembira dapat memenuhi undangan saorang abang yang tua.....Beginilah rasa rupa nya perasaan kita setelah beranjak usia....bukan wang ringgit dan harta benda serta kemewahan yang diharapkan tetapi hubungan silaturrahim sesama adik beradik dan keluarga itu lebih bermakna dari segalanya....semoga kita dikekalkan kesihatan dan dikurniakan keupayaan oleh Allah SWT agar ikatan persaudaraan ini kekal begitu hingga ke Jannah...InsyaAllah perkumpulan kita seterus nya dirancang untuk menyambut Aidil Adha di Cini Pahang begitulah perancangan KTS......Jika ada sebarang idea untuk pengisian program sempena Aidil Adha sangat dialu-alukan.....saya mencadangkan agar mesyuarat persatuan diadakan disana kelak bagi melihat perancangan dan hala tuju persatuan kita seterus nya.......
Wassalam Jumpa lagi..
Thursday, September 12, 2013
BERLALU NYA SYAWAL
12:12 PM
DANURI SAKIJAN
2 comments
2 comments:
ana cadang
kita ziarah kubur mak-bapak, gotong royong bersihkan
dan buat tahlil dan kenduri aruah dengan ikan patin.
buat nasi ambeng, pastinya ada serunding kerang..
yam..yam...yam
teringat dulu-dulu
jaman kita susah
Betul betul kita buat nasi ambeng semua masuk dalam talam makan sama-sama 5 - 6 orang sekali, kalau tak ada talam bubuh atas daun pisang je tapi kena tanya tukang masak dulu dan tuan rumah..
Post a Comment