Thursday, July 18, 2013

1/3 PERJALANAN

Sudah hamptr 1/3 perjalanan kita dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan pada tahun ini.
Semoga kita masih terus diberikan kekuatan dan keimanan untuk beristiqomah melakukan amal ibadah dan mempertingkatkan lagi ibadah kita dari sehari kesehari bagi meraih ganjaran yang telah di janjikan oleh Allah SWT sehingga ke penghujung Ramadahan ini Insyaallah.

Melakukan perbuatan yang sunat akan diberi ganjaran 70 kali ganda sudah pasti melakukan perkara yang wajib seperti solat akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda...analogi nya agak mudah jika 1 pahala itu bersamaan dengan 1 dan 70 pahala itu bersamaan dengan 70 ia sudah membawa suatu keuntungan yang besar untuk kita..tetapi jika 1 itu nilai nya disisi Allah ialah 1000 maka sudah pasti 70 itu akan bernilai 70 Ribu......sebab itulah Allah menyatakan bahawa ganjaran orang yang berpuasa itu biar lah Allah sahaja yang menentukan nya...Masyaallah...Marilah kita sama-sama berusaha dengan sepenuh nya merebut peluang ganjaran yang Allah berikan kepada umat nya setahun sekali...kerana kita pun tidak tahu samaada kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

Puasa bukan lah suatu perkara yang asing pada kita sebagai umat islam. Kita dilatih dan disuruh berpuasa semenjak dari kecil lagi sehingga lah apabila kita telah baligh maka ia menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk melakukan nya. Kedua ibu bapa kita sangat menekankan ibadah ini sebab itu lah kita disuruh berpuasa meskipun bermula dengan sekerat hari. Pada masa itu kefahaman kita terhadap puasa adalah sangat terhad. Malah sehingga sekarang pun kefahaman itu masih kuat melekat dalam diri kita iaitu berpuasa untuk menahan lapar dan dahaga bagi merasai kesusahan kehidupan mereka yang miskin supaya kita insaf dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Setelah saya berganjak usia sekarang barulah kefahaman yang lebih mendalam diperolehi mengenai ibadah berpuasa ini. Ia bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga seperti mana yang dirasai oleh orang miskin tetapi berpuasa mempunyai erti yang lebih jauh dari itu. Kita mengetahui sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang bertqwa kepada Allah SWT. Salah satu dari sebab kita perlu berpuasa adalah untuk melatih diri kita supaya bertaqwa kepada nya. Ia bagi memanifestasikan keyakinan kita  bahawa Allah itu ada dan dekat kepada kita.

Sebagai contoh mudah kita tidak makan dan minum atau melakukan perbuatan yang dilarang yang membatalkan puasa ketika sedang berpuasa. Walhal jika kita makan dan minum pun tiada siapa yang mengetahui nya. tetapi kita tidak melakukan nya kerana percaya ia menyalahi peraturan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Dan sebenar nya di situ lah sifat Taqwa yang ada dalam diri kita yang kita bentuk  walaupun kita tidak melihat Allah tetapi kita takut dengan kemurkaan Allah. Allah huakbar...Betapa sayang nya Allah dengan kita sebagai hamba nya memberi ruang dan peluang untuk kita melaksanakan ibadah yang melatih sikap taqwa dalam diri kita kepada nya.....dalam satu tahun diberi nya peluang selama 1 bulan untuk berlatih Taqwa kepada nya dan dianugerahkan ganjaran yang tidak ternilai diakhirat kelak. Malah diberikan keistimewaan satu malam dalam bulan Ramadhan ini yang umum mengetahui iaitu Lailatul Qadar. Ganjaran nya menyamai seribu bulan....atau bersamaan lapan 80 tahun...

Wahai anak -anak ku anak-anak buah ku marilah kita merebut ganjaran ini yang dianugerahkan kepada kita setahun hanya sekali. Tunaikan solat Fardhu, tunaikan lah solat tarawih, baca lah alquran, mendermalah dan berzakat segalanya akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda kelak insyaallah. Berpuasa bukan hanya untuk merasai kelaparan seperti orang miskin kerana di negara kita sudah tidak ramai lagi orang yang hidup dengan kemiskinan...sebalik nya marilah kita berpuasa untuk membina ketaqwaan kita kepada Allah..kebergantungan kita hanya kepada Allah..dan segala gala nya hanya lah kepada Allah yang satu. Dia lah yang maha pengasih dan maha penyayang pemilik sekelian alam sesungguh nya kunci kunci pintu kita adalah ditangan nya marilah kita memohon agar pintu pintu syurga pintu rezeki kita dibuka untuk kita, pintu kesihatan, pintu ilmu, pintu taufiq dan hidayah, pintu kebahagiaan didunia dan akhirat dibuka kan kepada kita...manakala pintu neraka pintu kejahatan, kemaksiatan, kekufuran, musibah, hasad dengki kekal tertutup  rapat dan kedap agar kita tidak termasuk kedalam nya. Marilah kita melatih diri utnuk bertaqwa dan tidak tertewas oleh godaan nafsu kita sendiri sedangkan ketika ini semua syaitan telah dirantai.

Teringat saya kepada pengalaman berpuasa di Madinah dan Makah ....Ia merupakan puasa yang sangat istimewa...Makanan dari langit...benar ia memberi suatu rasa ketaqwaan yang sangat tinggi dan meninggalkan kesan rasa yang sangat mendalam dihati. Saya berdoa agar dapat diberi peluang lagi oleh Allah untuk berpuasa disana lagi....

Semoga ada keberkatan nya
jumpa lagi wassalam















Sunday, July 14, 2013

BERDOA UNTUK SAUDARANYA

Assalamualaikum Salam Ramadhan Al Mubarak.
Kepada semua pembaca khusus nya semua ahli persatuan keluarga semoga ibadah puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan yang tinggi dari Allah SWT. Marilah kita berazam untuk melaksanakan puasa tahap tertinggi bukan hanya diperingkat tahap puasa orang biasa sahaja yang mampu menahan lapar dan dahaga sebalik nya pertingkakan lagi kepada puasa menahan pandangan pendengaran dan hati kepada perkara yang baik semata mata yang di tuntut oleh syariat kita dengan penuh keimanan..Insyaallah. ganjaran nya hanya Allah sahaja yang mengurniakan nya..Amin.

Daripada Abu Darda' Al Ansari RA Rasulullah SAW bersabda maksud nya:
 "Doa seorang Islam terhadap saudaranya di belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang diwakilkan berdoa: Amin dan bagi kamu dengan seumpama itu".
                               Riwayat Muslim dalamal-salih (4/2094) no (2732)

Seperti yang kita maklum seseorang Islam dengan seseorang Islam yang lain seperti saudara. Didalam sejarah permulaan Islam Rasulullah telah mempersaudarakan sesama Muhajirin dan juga Muhajirin dan Ansar. Begitu juga ibarat dan ungkapan serta mutiara kata Rasulullah SAW menunjukkan betapa bandingan seperti sebuah jasad atau seperti bangunan yang saling kait mengait dan kuat menguatkan antara satu sama lain.

Antara tanda keakraban hubungan tersebut serta utuh nya ikatan persaudaraan ialah sentiasa berdoa untuk saudaranya diluar pengetahuan saudaranya. Lebih lebih lagi ketika saudarany di ambang kesusahan dan kesulihat atau ditimpa musibah sehingga Rasulullah SAW menyebut keistimewaan saudara yang seperti ini pasti dibantu oleh Allah SWT dan apa yang didoakannya akan diberi kepadanya juga.

Sebenarnya hak persaudaraan amatlah istimewa bukan semata-mata menjaga hubungan ukhwah di hadapan dan di khalayak sahaja tetapi ia merentasi sepanjang masa dan dimana-mana sahaja. Antara tanda sejatinya ersahabatan itu merasa senang dan sukacita dengan berita yang baik dari saudaranya. Begitujuga merasa sedih dan dukacita apabila sesuatu musibah terkena kepada saudaranya. Beliau perlu bersegera memberi bantuan secepat mungkin samaada melalui kewangan, fizikal ataupun melalui fikiran dan nasihat. Mungkin juga dengan menyabarkan saudaranya disamping berdoa kepada Allah SWT untuk saudara nya supaya dilepaskan kemelut yang dihadapinya.

Natijah dari sikap dan sifat ini menyebabkan ukhwah Islamiyah benar-benar meresap dalam kehidupan kita.Seterusnya melahirkan bibit-bibit kasih sayang, hormat-menghormati, tolong menolong dan sifat-sifat mahmudah bertapak didalam jiwa kita semua. Dengan itu sudah pasti sebarang unsur yang ingin merosakkan tali persaudaraan tidak dapat dirungkai sekalipun berlakunya was-ws dan tipu daya syaitan.

Semoga tautan persaudaraan yang suci murni ini dapat disemarakkan dalam hubungan kekeluargaan persatuan kita agar kekal selamanya dan membawa lebih banyak keberkatan menuju kejayaan didunia dan diakhirat.

Marilah kita bersama sama mendoakan agar seluruh keluarga kita sentiasa didalam peliharaan Allah SWT dijauhkan dari sebarang musibah, dihindarkan dari sakit yang memudaratkan dan dikekalkan keimanan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna tanpa halangan kesihatan dan sebagai nya Khusus nya buat saudara kita Muhammad Nasir Bin Sakijan (KTS) moga sembuh dengan segera seperti sediakala Amin....Selamat berpuasa...

Ia bukan sekadar gambar hiasan ..Ia juga bukan sekadar hobi....Banyak kesah disebaliknya namun biarlah ia menjadi iktibar kita semua dalam mengharungi kehidupan didunia ini ..Semoga kita selamat didunia dan diakhirat yang kekal abadi...  



Jumpa lagi.










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification