Assalamualaikum Salam Ramadhan Al Mubarak.
Kepada semua pembaca khusus nya semua ahli persatuan keluarga semoga ibadah puasa kita pada tahun ini mendapat keberkatan yang tinggi dari Allah SWT. Marilah kita berazam untuk melaksanakan puasa tahap tertinggi bukan hanya diperingkat tahap puasa orang biasa sahaja yang mampu menahan lapar dan dahaga sebalik nya pertingkakan lagi kepada puasa menahan pandangan pendengaran dan hati kepada perkara yang baik semata mata yang di tuntut oleh syariat kita dengan penuh keimanan..Insyaallah. ganjaran nya hanya Allah sahaja yang mengurniakan nya..Amin.
Daripada Abu Darda' Al Ansari RA Rasulullah SAW bersabda maksud nya:
"Doa seorang Islam terhadap saudaranya di belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang diwakilkan berdoa: Amin dan bagi kamu dengan seumpama itu".
Riwayat Muslim dalamal-salih (4/2094) no (2732)
Seperti yang kita maklum seseorang Islam dengan seseorang Islam yang lain seperti saudara. Didalam sejarah permulaan Islam Rasulullah telah mempersaudarakan sesama Muhajirin dan juga Muhajirin dan Ansar. Begitu juga ibarat dan ungkapan serta mutiara kata Rasulullah SAW menunjukkan betapa bandingan seperti sebuah jasad atau seperti bangunan yang saling kait mengait dan kuat menguatkan antara satu sama lain.
Antara tanda keakraban hubungan tersebut serta utuh nya ikatan persaudaraan ialah sentiasa berdoa untuk saudaranya diluar pengetahuan saudaranya. Lebih lebih lagi ketika saudarany di ambang kesusahan dan kesulihat atau ditimpa musibah sehingga Rasulullah SAW menyebut keistimewaan saudara yang seperti ini pasti dibantu oleh Allah SWT dan apa yang didoakannya akan diberi kepadanya juga.
Sebenarnya hak persaudaraan amatlah istimewa bukan semata-mata menjaga hubungan ukhwah di hadapan dan di khalayak sahaja tetapi ia merentasi sepanjang masa dan dimana-mana sahaja. Antara tanda sejatinya ersahabatan itu merasa senang dan sukacita dengan berita yang baik dari saudaranya. Begitujuga merasa sedih dan dukacita apabila sesuatu musibah terkena kepada saudaranya. Beliau perlu bersegera memberi bantuan secepat mungkin samaada melalui kewangan, fizikal ataupun melalui fikiran dan nasihat. Mungkin juga dengan menyabarkan saudaranya disamping berdoa kepada Allah SWT untuk saudara nya supaya dilepaskan kemelut yang dihadapinya.
Natijah dari sikap dan sifat ini menyebabkan ukhwah Islamiyah benar-benar meresap dalam kehidupan kita.Seterusnya melahirkan bibit-bibit kasih sayang, hormat-menghormati, tolong menolong dan sifat-sifat mahmudah bertapak didalam jiwa kita semua. Dengan itu sudah pasti sebarang unsur yang ingin merosakkan tali persaudaraan tidak dapat dirungkai sekalipun berlakunya was-ws dan tipu daya syaitan.
Semoga tautan persaudaraan yang suci murni ini dapat disemarakkan dalam hubungan kekeluargaan persatuan kita agar kekal selamanya dan membawa lebih banyak keberkatan menuju kejayaan didunia dan diakhirat.
Marilah kita bersama sama mendoakan agar seluruh keluarga kita sentiasa didalam peliharaan Allah SWT dijauhkan dari sebarang musibah, dihindarkan dari sakit yang memudaratkan dan dikekalkan keimanan dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna tanpa halangan kesihatan dan sebagai nya Khusus nya buat saudara kita Muhammad Nasir Bin Sakijan (KTS) moga sembuh dengan segera seperti sediakala Amin....Selamat berpuasa...
Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment