Assalamualaikum semoga diberkati Allah SWT.
Sebulan lagi waktu berlalu semenjak entry yang terakhir dipostkan.....nampak nya begitulah ketentuan Allah termasuk lah didalam blog kita ini. Post yang baru semakin menyusut namun saya masih tetap percaya ia masih dikunjungi pelawat samaada yang mampir secara tidak sengaja atau pengunjung tegar yang juga mungkin sudah semakin tipis ketegaran nya,....
Itulah ketentuan nya... blog kita meskipun cantik dan berwajah baru tidak semesti nya diminati oleh pengunjung lantas di isikan dengan post -post yang banyak. Atau barangkali ahli-ahli nya sudah kehilangan password dan id untuk mengaksess masuk sebagai penulis entry....saya pun sudah menukar password dan id yang baru....lantaran yang lama sudah tidak boleh diterima oleh 'service provider'.
Sepanjang minggu lepas selama seminggu saya mengambil cuti rehat. Ia masih berbaki 40 hari lagi untuk sepanjang tahun ini. Cuti rehat istilah nya adalah untuk kita berehat dan tidak pergi bekerja seperti hari biasa. Tujuan nya untuk kita merehatkan diri dan membebaskan diri dari terikat dengan tugas harian yang diamanahkan kepada kita oleh majikan.
Saya hanya duduk dirumah. Cuba membaca sebanyak mungkin buku ilmiah dan membuat rujukan serta mulai menulis dan membuat penyelidikan dapat juga menelaah kitab disamping berjemaah 5 waktu dan mengikuti kuliah maghrib serta subuh di masjid. Ada 3 kuliah yang saya ikuti sepanjang minggu ini berkisar mengenai kesihatan. Ia melibatkan sehat rohani dan jasmani serta sehat iman.
RASULULLAH IS MY DOCTOR
Ia disampaikan oleh penulis nya sendiri iaitu Sdr Jerry D Grey berbangsa Amerika bekas tentera udara di sana dan kini menetap di Indonesia memeluk Islam pada tahun 1985. Buku beliau dalam bahasa melayu di terbitkan oleh PTS publication. Semenjak memeluk islam beliau mengamalkan sunah Rasulullah dalam merawat penyakit dan semenjak itu beliau tidak pernah mengambil vitamin serta antibiotik malah ubatan moden seperti panadol dan sebagai nya. Beliau berkata Berbekam adalah salah satu kaedah untuk mencegah penyakit yang berkesan. Ia adalah sunah Rasulullah. Ubatan moden lebih banyak mengandungi toksin dari penyembuh serta kesan sampingan. beliau juga memberitahu zaman sekarang sedang berlaku gerakan melemahkan umat islam melalui ubat-ubatan serta pemakanan oleh orang-orang yahudi dan Amerika sendiri. Beliau kesal semakin ramai umat islam yang mempunyai kadar kesihatan yang semakin membimbangkan walaupun diusia yang masih muda.
Darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, gout dan sebagai nya sudah dialami oleh golongan muda seawal usia 15 tahun dibandingkan suatu ketika dahulu iadialami oleh golongan yang berusia tua. Analogi nya bagaimana kita mahu beribadah dengan selesa jika kita sudah ditimpa dengan berbagai penyakit pada seawal usia muda...Kembalilah ke jalan Islam..Amalan Rasulullah...Doa..solat malam ....hentikan tabiat makanan semasa...jauhi minuman berkabonat, kurangkan makanan segera...masak sendiri makanan untuk keluarga dengan tidak menggunakan MSG serta pelbagai perasa tiruan...Exercise...tidak merokok...jangan membesarkan tidur...dan sesungguh nya perut kita adalah ibu kepada segala penyakit.
JIWA YANG SEHAT
Badan yang sehat sebenar nya lahir dari jiwa yang sehat. Ketika ini terlalu ramai jiwa-jiwa yang sedang sakit. Jiwa yang sakit menyebabkan fizikal kita juga sakit. Emosi nya terganggu, lantas fizikal nya juga menunjukkan kesan, pening kepala, migrain, lesu, tidak upaya dan malas, ingin sentiasa baring dan tidur, tidak cergas dan tidak cerdas, cepat marah,naik angin moody dan sebagai nya. Rawatan nya juga tidak boleh disembuhkan dengan ubat ubatan yang sedia ada. Jiwa yang sakit perlu diubati dengan ubat rohani. Ubat yang paling utama ialah solat, membaca alquran, berwirid banyakkan berzikir..sentiasa berdoa, memohon keampunan kepada Allah SWT... bermunajat kepada Nya...Bersihkan lah jiwa kita...jangan berburuk sangka kepada orang lain jangan berburuk sangka kepada Allah, percaya kepada Qada dan Qadar jangan mendahului Qada dan Qadar...jangan terlalu banyak sikap negatif dalam diri sebalik nya sentiasa bersikap positif...
Allah itu bersifat maha pengasih dan maha penyayang. Menurut kata Syaikh Nuruddin Al Banjari dalam kuliah isyak nya malam tadi di masjid negeri bagaimana kita boleh mendapatkan rahmat Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sedang kan kita sendiri tidak kasih dan sayang kepada diri sendiri. Dimusim pilihanraya ini Alim Ulama pun sudah tidak menyayangi orang lain...pemimpin juga sudah tidak menyayangi orang yang dipimpin nya ...fitnah berleluasa dan seolah-olah dibenarkan...Ceramah berapi-api memburukkan orang lain. caci mencaci dikedua-dua pehak yang berjuang hanya untuk mendapatkan kuasa...dimana kasih dan sayang nya..Alluhakbar...semakin ramai yang jiwa nya sakit.
Saranan beliau marilah kita bertenang, sehatkan jiwa kita, sehatkan keimanan kita..semua nya telah ditentukan oleh Allah percayalah. Menang tidak semesti nya mendapat rahmat dan kalah tidak semesti nya menjadi musibah...Allah itu lebih mengetahui..jangan lah kita terheret sama dan terpalit dosa didalam kancah perebutan kuasa ini. Serahkan kepada yang ahli dan bertawakkal kepada Allah. Insyaallah akan selamat dunia dan akhirat.
Sakit itu datang dalam berbagai cara. Petang semalam sempat menziarahi Atuk Said Mustaffa di hospital Kelang. Kaki nya patah kerana kemalangan jalaraya. Beliau terlantar diatas katil dengan tidak berupaya menggerakkan kedua-dua belah kaki nya. Subhanallah. begitulah ketentuan Allah hari ini kita sehat mungkin esok kita terlantar diatas katil wad hospital..bagaimana wuduk kita, solat kita , kebersihan kita..pergerakan kita ..seluruh sistem kehidupan kita akan berubah....Marilah kita berdoa agar beliau cepat sembuh seperti sediakala boleh beribadah menjalani kehidupan seperti biasa..Amin.
RUMAH KU SYURGA KU
Marilah kita melihat dalam diri kita sendiri...sehatkah persekitaran tempat kita tinggal..sehatkah rumah kita sehatkah bilik tidur kita..sehatkah dapur kita...ia menyumbang kepada kesihatan minda kita. Perumpamaan ada menyatakan rumah ku Syurga ku...Syurga digambarkan sebagai tempat yang sangat cantik, seronok selesa dan abadi. Disini ditempatkan balasan kepada orang orang yang soleh, yang berbuat kebaikan di dunia..ada sungai yang mengalir, ada pepohon buah-buahan, dibena nya mahligai ada nya bidadari dan sebagi nya.
Setelah kita letih bekerja kita perlu merehatkan minda dan fizikal. Rumah adalah tempat untuk ketika berehat. Melepaskan penat dan stress tugasan yang diamanahkan kepada kita. Ia seharus nya diurus agar menjadi seperti rumah ku syurga ku. Ia perlu bersuasana yang mendamaikan...selesa.....melegakan dan menggembirakan...Rumah tidak semesti nya besar dengan ruang yang luas baru boleh dijadikan syurga. Banyak rumah yang besar separti rumah agam hakikat nya tidak memberi kedamaian dan suasana seperti syurga oleh orang yang mendiami nya. Malah rumah yang kecil sekali pun lebih berkesan untuk dijadikan suasana syurga. Rumah rasulullah pun hanya kecil sahaja..bilik tidur nya hanya seluas untuk baginda berbaring.... masyaallah ......tetapi rumah Baginda sentiasa diziarahi oleh para sahabat..dan tidak sunyi dari dikunjungi oleh para tetamu....
Jiwa yang sehat menjadikan tubuh badan yang sehat..Tubuh badan yang sehat tinggal di rumah yang sehat...rumah yang sehat adalah syurga didunia...syurga didunia adalah jambata kesyurga yang abadi.
Wallohualam
Jumpa lagi ...