Friday, February 25, 2011

Sambutan untuk hari keluarga

salam penghulu segala hari, ingin saya menarik perhatian berkenaan hari keluarga yang kita rancangkan akan diadakan pada 30/4 - 2/5 2011, agar dapat semua ahli keluarga ini yang membaca menyampaikan kepada semua ahli keluarga, tertarik saya untuk memberikan pandangan berkenaan hari keluarga yang kita rancangkan ini, daripada feedback yang saya baca, nampaknya seakan ada masalah kepada sesetengah ahli keluarga untuk memberikan komitment mereka dalam menjayakan program ini.

seperti yang kita semua sedia maklum, perancangan untuk mengadakan hari keluarga ini telah dirancang sedari tahun lepas. oleh kerana pelbagai masalah yang tidak dapat di elakkan serta keadaan masa yang tidak mengizinkan untuk semua ahli keluarga terlibat hari keluarga pada tahun lepas tidak dapat di laksanakan. Jadi pada tahun ini.. atas enisiatif ajk kecil yang ditubuhkan telah cuba sedaya upaya untuk merialisasikan perancangan yang tergendala pada tahun lepas untuk dilaksanakan tahun ini.akan tetapi.. memandangkan situasi semasa ahli keluarga serta masalah-masalah yang dihadapi nampaknya jika masalah ini berterusan kita batalkan sahaja hari keluarga yang ingin kita adakan kesatu tarikh lain untuk semua ahli keluarga terlibat.

terlalu banyak peristiwa-peristiwa yang kita telah lalui sepanjang tempoh hampir 5 tahun selepas hari keluarga pertama yang kita sama-sama terlibat di port dickson iaitu 26 dec 2006. perpisahan... pertemuan... adalah suatu yang tak dapat kita elakkan, ianya hanya sekadar coretan dalam lipatan kehidupan keluarga masing-masing, yang akhirnya tersimpan usang begitu sahaja jika tidak dikongsikan bersama. kalau 5 tahun dulu kita punya ibu, tapi kini tiada lagi... kalau 5 tahun dulu kita bujang kini kita berdua... kalau 5 tahun dulu kita berdua kini kita ber??? 3 @ 4.. kalau 5 tahun dulu ahli keluarga kita 6 kini akan bertambah!!!.. apa lagi yang kita akan terus rahsiakan??? takkan segalanya akan disimpan terus sebagai lipatan peristiwa dalam keluarga masing-masing.

apa matlamat kita untuk mengadakan hari keluarga ini??!!!! rasa-rasanya semua sedia maklum. untuk merapatkan hubungan antara keluarga agar saling kenal mengenali disamping merehatkan minda dari segala macam bebanan. tapi, jika keadaan ini berterusan ada kemungkinan kita tidak mengenali cucu kita, jangankan cucu mungkin anak saudara sendiri pun kita tidak kenal, mungkin inilah yang akan terjadi bila semua orang tua-tua telah kembali kerahmatullah.. masing-masing mempunyai seribu satu masalah, keluarga... anak... cucu.. dan segala macam masalah yang tak habis-habis. adakah meluangkan masa 2 hari tiga malam adalah satu malapetaka dalam setiap keluarga???

mungkin satu mesyuarat akan diadakan pada bulan tiga untuk membincangkan berkenaan perkara ini.. diharap agar dapatlah kiranya setiap ahli memberikan komitment untuk sama-sama menjayakan hari keluarga ini. tiada sebarang tugasan yang ingin di pinta oleh ajk yang cuba untuk menjayakan hari keluarga ini, hanya sokongan dan komitment untuk kita merapatkan hubungan semua ahli keluarga. jika terdapat sebarang masalah selesaikanlah dengan membincangkan kepada pengerusi ataupun orang-orang tua didalam persatuan keluarga ini...


sekian...

3 comments:

MG said...

Nampak nya tak ada komen dan cadangan. Agak nya kita kena tukar buat kenduri selamatan semoga semua ahli persatuan dalam keadaan selamat dan dijauhi dari segala musibah dan masalah.

Anonymous said...

as salam..
kite ingat nk tanye xleh pkai bloglh paman amy..
kna call gak tanyekn btl2..br jd..
mcmne??
wak bukan bukak blog ni pun..

iNsAn(-_-) said...

yang saya tahu..wak ikut je...stuju dgn tarikh tu..tp dah kata biar kumpul semua...kne la ada semua..ni ada yg tak komfom la,ada yg tk blh nk hadir la apa la..cmne nk sampai mtlmt tu... apa2x pn kne wt perjumpaan jgk..bincg lg skali btl2x...smoga mndpt kata sepakat dah saya berharap progrm ni dpt berjalan dengan lancar tnpa sebarang halangan..insya'allah...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification