Saturday, February 12, 2011

Malang Tidak Berbau

Assalamualikum w.b.t
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad s.a.w nabi junjungan...
Apa khabar semua? Diharap semuanya berada dalam lindungan dan barakah Allah s.w.t..Setelah sekian lama, blog ini agak sepi daripada entry-entry baru, saya cuba meluangkan masa menitipkan khabar dan cerita yang mungkin boleh menghangatkan semula kerancakan bual bicara dalam blog kita ini. Masing-masing punya rutin yang agak ketat barang kali sehingga tiada kesempatan untuk menyumbang entry baru. Kalau tahun lepas KTS merupakan antara penyumbang entry terhebat dengan buah fikiran yang segar, awal tahun ini agak suram nampaknya. Barangkali keasyikan dengan hobi baru menyebabkan KTS lebih tegar mengayuh basikal daripada menaip aksara untuk blog ini. MG juga agak sibuk dengan peralihan angin tempat kerja maka kita juga agak kurang membaca hasil fikirannya awal tahun ini....dan anak-anak buahku yang rata-rata siswazah atau bekas siswazah pelbagai aliran juga agak sepi...

Hari Selasa lalu (8 Februari) saya ditimpa kemalangan jalan raya. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan yang menimpa saya dan anak-anak. Waktu itu masih pagi lebih kurang jam 6.59 pagi, ketika saya sedang dalam perjalanan ke sekolah (Adam dan Balqis juga).Keadaan sekarang waktu sebegini suasana masih gelap. Dalam keadaan warga Shah Alam sedang terkejar-kejar ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah, begitu jugalah keadaannya dengan saya. Ketika sampai di bulatan Seksyen 18, Saya begitu yakin ketika masuk bulatan tersebut, tanpa diduga sebuah kereta Waja yang dipandu dengan agak laju telah menabrak kereta Citra yang saya pandu. Bunyi hentaman agak kuat, tetapi saya tidak berhenti kerana saya bimbang sekiranya saya berhenti, keadaan trafik akan jam dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain pula. Saya terus memandu walaupun fikiran berkecamuk, gementar dan serba tak kena. Si Waja mengejar saya, menyangkakan saya cuba lari daripadanya, walhal dia yang melanggar saya. Saya pun memberi isyarat kepadanya untuk berhenti di tepi jalan yang lebih selamat dan selesa untuk kami melihat keadaan kereta masing-masing.

Dalam keadaan yang agak gementar(terkejut pun ada) saya memberhentikan kereta di Seksyen 18. (Adam dan Balqis cool aje, sbb mrk tak faham situasi). Pemandu Waja ialah seorang pemuda lewat 20-an. Dia bersama seorang lagi lelaki pun keluar dari keretanya dengan muka yang agak berang. Pada ketika itu saya teringat kata-kata KTS, kalau berlaku kemalangan, tak kira kita salah ataupun tidak, kita kena buat-buat bengis supaya tidak dibuli. Saya cuba mempraktikkannya tapi tak jadi, mungkin saya bukan jenis itu ataupun sedang gementar. Lelaki tadi pada mulanya memarahi saya, katanya saya menghimpit keretanya sedangkan dia telah memberi isyarat untuk ke kiri iaitu untuk keluar dari bulatan. Saya hanya berkata, saya tak nampak keretanya dan begitu yakin yang saya boleh masuk bulatan dengan selamat jika dia tidak memandu dengan laju. Keretanya agak teruk kerosakannya, lampu sebelah kiri (depan) pecah, bumper dan mudgurd agak kemek dan spotrimnya bengkuk sedikit. Manakala kereta saya kemek di bahagian pintu belakang. Namun saya mendapat sedikit ketenangan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Saya memberi idea kepada lelaki tersebut agar menyelesaikan perkata tuntut menuntut pada sebelah petang memandangkan masing-masing hendak pergi bekerja. Setelah memberi no telefon dan memberitahu di mana saya bekerja, lelaki itu mulai tenang dan bersetuju untuk berjumpa pada petangnya.

Alamak...bagaimana pula saya nak beritahu Emy..mesti dia marah habis kepada saya...Sampai di sekolah, saya mencari kekuatan untuk menelefonnya dan memberitahu saya terlibat dalam kemalangan. Dalam hati saya, kalau dia marahkan saya bermakna dia lebih sayangkan kereta daripada saya dan anak-anak. Agak-agaknya apa soalan pertama yang ditanyanya? "Accident dengan apa?" Oklah....walaupun saya mengharapkan respon @ soalan yang lain seperti "awak dan anak-anak tak apa-apake?" sekurang-kurangnya dia tidak melenting atau menjerkah saya...

Hari itu saya tiada mood untuk mengajar, tetapi saya teruskan juga tanggungjawab dan amanah itu dan apabila berjumpa rakan-rakan yang boleh dipercayai, sayapun mengadu untuk menghilangkan rasa fobia@ terkejut....Ada antara rakan yang memberi pendapat saya tidak bersalah kerana kereta waja itu yang melanggar saya dan kerosakan kereka saya adalah di bahagian belakang bukannya di depan iaitu ketika saya baru nak masuk bulatan sebaliknya saya sudah masuk bulatan, dan kereta itu agak laju lalu melanggar saya. Entahlah, saya pun belum dapat berfikir secara rasional tentang kemalangan itu.

Seperti yang dijanjikan petang itu, saya berjumpa semula dengan lelaki pemandu Waja tersebut. Sebelum itu, setelah Emy melihat kerosakan kereta kami, dia juga berpedapat saya tidak bersalah dan untuk mengesahkan kenyataan tersebut, Emy menelefon rakan polis kenalannya. Menurut poilis tersebut, kalau tak mahu buat laporan, masing-masing tanggung kerosakan kereta masing-masing sudahlah...Entahlah..saya tak sedap hati,ketika bertemu lelaki itu, kami pun berbincang, pada mulanya dia mahu saya membayar keseluruhan ganti rugi memandangkan katanya dia yang teraniaya kerana saya yang menghimpitnya. Dia juga tidak mahu bayaran dibuat melalui tuntutan insurans kerana prosedur yang agak lama akan menyebabkan kereta tersadai di bengkel sedangkan dia amat memerlukan keretanya. Emy berkeras berpendapat sekiranya lelaki itu tidak berpuas hati, kami boleh membuat laporan di balai polis dan tentunya kedaan itu lebih memihak kepada kami. Akhirnya saya memberi pendapat, kerugian yang ditanggung olehnya, kami kongsi...maksudnya, saya sanggup bayar 50% kos membaiki kerosakannya. Dia terpaksa bersetuju walaupun nampaknya agak kebreratan...daripada dia rugi sepenuhnya, adalah lebih baik dia menerima tawaran saya.

Ketika dalam perjalanan pulang Emy berkata yang saya terlalu lembut hati..kalau banyak duit tak apa juga, ini dah lah kami tengah sesak...baik hati pula sanggup membayar ganti rugi kereta tersebut. Sedangkan kereta sendiripun belum tentu mampu untuk membaikinya. Saya berpendapat...saya juga bersalah, jadi mungkin dengan cara itu dapat menjernihkan hubungan saya sesama manusia walaupun saya tidak kenal orang itu... dengan harapan Allah akan memberikan saya ketenangan dan mengampunkan dosa-dosa saya sekiranya kemalangan itu satu kifarah....manalah tahu..ada kesalahan saya kepada sesiapa. Walau secermat manapun kita, tetapi kalau sudah ditakdirkan...kemalangan akan tetap berlaku... Dan pada malam itu sehingga pukul satu pagi Emy mengetuk sendiri pintu kereta kami yang kemek..kesihan...tangannya sampai luka-luka..terima kasih abang....i love u...memang abang suami yang paling baik.... Jadi moralnya cerita ini ialah......(apa ya?)

1 comments:

Ivory Tower said...

Salam semua semoga sehat walafiat dan dirahmati Allah.

Moral dalam kesah entry ini terlalu banyak untuk di kupas. Apa yang pasti ialah kita mesti terima hakikat kun fayakun kalau nak jadi maka dengan izin Allah maka jadilah ia. Dan disetiap apa yang telah berlaku ada rahsia disebalik nya. Dan pengalaman itu sebenar nya mematang kan kita serta janji Allah adalah benar bahawa dalam kehidupan kita memang Allah akan uji kita dari segi segala-gala nya. Keimanan, kesabaran, ketakwaan, kecintaan kita, kebebasan samaada ditimpakan penyakit atau kecelakaan sperti kemalangan dan sebagai nya.
Dengan peristiwa seperti itu Allah memberi kita PELUANG melihat siapa diri kita sebenar nya, siapa suami atau isteri kita sebenar nya dan bagaimana kita menghadapi sesuatu situasi yang tidak kita jangkakan dan yang paling penting bagaimana kita menerima dugaan tersebut dari ALLAH SWT.Dan perlu BERSYUKUR kerana ia hanya ujian kecil sahaja, semua masih selamat tiada yang tercedera atau mengalami kerosakan yang teruk.
Walaubagaimana pun kita masih dituntut untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah awal dari ditimpa sebarang musibah dan tidak menyerah bulat-bulat kepada ketentuan takdir semata-mata.

Wallohualam.

p/s Cabaran untuk mendekatkan diri kepada Allah tersangat lah hebat ujian nya.....

Ivory Tower
Shah Alam.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification