Wednesday, February 16, 2011

HARI KELUARGA 2011 (bhgn 2)

Assalamualaikum
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W..

Maaflah agak lambat saya memberi respon terbaru terhadap perkembangan perancangan Hari Keluarga 2011. Kesibukan mengurus rumah tangga dan tanggungjawab terhadap kerjaya agak membataskan waktu melayari laman sesawang atau mana-mana blog. Di kesempatan ini saya ingin menyatakan perkembangan terbaru dan langkah-langkah yang telah saya ambil dengan bantuan beberapa ahli keluarga yang lain.

Seperti yang telah dirancangkan, Insya-Allah sekiranya, tiada aral melintang dan dengan izin dan kehendak Allah, kita akan mengadakan Hari Keluarga pada 30 April - 2 Mei 2011 (Sabtu- Isnin), bertempat di Resort Samrah, Janda Baik. Perincian agenda dan aktiviti akan saya masukkan dalam kertas kerja. Maaflah saya belum berkesempatan memuat naik kertas kerja bagi tujuan ini, tapi Insya-Allah, selewat-lewatnya awal Mac akan saya pamer dalam blog ini @ edarkan kepada ahli-ahli lain terutama tuan pengerusi dan timbalannya. Sekiranya ada kesempatan, saya juga ingin sekali kita semua menghadiri satu mesyuarat bagi tujuan ini atau membincangkan apa-apa perkara yang berkaitan hal-ehwal keluarga memandangkan sudah agak lama juga kita tidak bermesyuarat. Bila dan di mana? Saya kena bertanya kepada tuan pengerusi barulah saya akan buat surat panggilan.

Berbalik kepada Hari Keluarga ini, lokasi dan penginapan yang dipilih merupakan tempat yang sangat tenang dan saya kira strategik untuk kita berkumpul, bermuzakarah, beriadah, berbincang mahupun melakukan aktiviti sosial dalam keluarga. Suasana yang nyaman, berhampiran sungai, dilengkapi kemudahan seperti kolam renang dan spa, tempat beriadah, tempat berbabekiu, karaoke, dan lain-lain lagi. Tempat penginapan merupakan sebuah banglo yang besar yang saya kira boleh memuatkan seluruh ahli keluarga kita. Banglo ini dilengkapi dengan beberapa bilik selain dapur,ruang 'home teater', ruang makan, surau , dan beberapa ruang lagi. Ada lebih kurang 50 keping gambar yang saya telah muat turun dalam FB PersatuankeluargaSakijan Saamah. Jadi, anda semua sila layari laman berkenaan untuk melihat gambar-gambar yang sempat diambil.

Tentang makan pula kita kena sediakan sendiri, tapi semua itu akan diperincikan dalam kertas cadangan dan mungkin boleh dimurnikan semasa mesyuarat kelak. Sesiapa yang berminat dan bermurah hati untuk menaja apa-apa keperluan bagi tujuan ini, adalah sangat dialu-alukan...Berkaitan kos dan budget pula..sekiranya setiap ahli melakukan pembayaran sehingga bulan Mac sekurang-kurangnya, mungkin kita dapat menampung semuanya termasuk kos makan. Itupun akan kita perincikan semasa mesyuarat kelak.

Saya dengan ini meminta izin daripada semua ahli terutama tuan pengerusi dan timbalannya untuk meminta bendahari kehormat kita mengeluarkan sebahagian wang dana keluarga bagi tujuan membayar deposit untuk tempahan banglo tersebut (RM 2000). Tempahan perlu dilakukan sekarang memandangkan, tempat yang terhad serta ditakuti orang lain turut melakukan tempahan pada tarikh yang dipilih.

Besarlah harapan agar tiada ahli keluarga yang menguzurkan diri daripada menyertai program ini di samping berusahalah melangsaikan kutipan dana keluarga yang dimaksudkan. Sekian.....

2 comments:

Anonymous said...

bik..mana gambarnye??
xde pun..

suria said...

Salam
Gambarnya bibik upload kat fb persatuan keluarga..sila layari fb

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification