Assalamualaikum..
Selawat dan salam buat nabi junjungan..
Apa khabar semua ahli keluarga dan pembaca blog ini? harapan dan doa dari saya semoga semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Maaflah sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini...berbagai-bagai perkara dan urusan yang mengganggu minda dan mendapat tumpuan utama terutama hal-hal rumah tangga, maklum sajalah anak ramai dan semuanya memerlukan perhatian. Sebenarnya jari-jemari ini teringin benar menaip aksara-aksara yang tertera di atas papan kekunci komputer ini tetapi ada sahaja aral yang membantutkan niat dan keinginan itu ditambah dengan emosi yang terganggu lantaran banyak benar karenah yang perlu dilayan. Kadang-kadang pula apabila ada kelapangan, minda tidak mampu mengungkapkan idea yang ingin diluahkan... ataupun kadang-kadang risau tertulis sesuatu yang mempamerkan kelemahan diri ini. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini pengisian blog lebih menjurus kepada pemikiran-pemikiran otai yang ilmiah walaupun secara tidak lansung.
Mana perginya anak-anak muda yang lain? Kontang idea? Ketandusan buah fikiran? Malas menulis atau tidak hirau dengan perkembangan blog ini....
Idea utama saya kali ini adalah untuk mengemukan cadangan tentang Hari Keluarga 2011. Memandangkan kita tidak berkesempatan untuk bermesyuarat dan berbincang dengan lebih lanjut tentang hal ini, saya ingin mengutarakan beberapa idea di sini. Beberapa hari kebelakangan ini, ketika saya cuba menyiapkan tugasan sekolah, saya berkesempatan melayari beberapa laman sesawang tentang cuti-Cuti Malaysia. Saya tertarik dengan satu destinasi yang saya kira agak lain dari kebiasaan kita iaitu Resort di Janda Baik. Ada banyak resort dan tempat penginapan di situ dan saya rasa ada yang sesuai dengan keadaan dan bajet kita. Walau apa-apapun kalau bersetuju kita boleh melakukan 'survey' dan 'confirm'kan mana-mana resort yang sesuai. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti memancing, berkelah, menghayati rimba alam, berbabekiu, permainan dan lain-lain. Lagipun kita benar-benar lari dari kesibukan kota... Apa kata anda semua cuba layari laman sesawang yang berkenaan.
Pemandangannya juga saya kira memukau dan destinasinya juga tidak terlalu jauh...sesuai untuk semua ahli keluarga (yang beranak kecil dan ramai- macam saya la tu)Selain itu kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik bersama ahli keluarga....
Setelah menghayati kalender 2011, saya mencadangkan tarikh yang sesuai iaitu pada 30 Aril-2 Mei (Cuti Hari Buruh) Jadi masih ada masa untuk merancang dengan teliti atau merangka pelaksanaan Hari Keluarga ini. Sekiranya bersetuju dengan tambahan cadangan/penambahbaikan, saya boleh mulakan cadangan kertas kerja untuk Hari Keluarga ini. Apapaun saya bercadang untuk melakukan survey dahulu pada masa terdekat ini..ada sesiapa yang nak ikut@ sponser?
Dalam kesibukan kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian, saya rasa kita perlu berehat dan melapangkan minda terutama bersama keluarga...Inilah masanya...mungkin kita selalu menginap di mana-mana hotel...tapi kali ini mari kita cuba sesuatu kelainan..bagaimana? Sila beri respon segera...kalau tak bergerak..maka Hari Keluarga hanya tinggal cadangan dan omongan kosong. somebody must move on it....
Saly...aktifkan lagi kutipan tabungan keluarga..Bibik mahu tahu berapa ada dalam akaun..untuk buat bajet dan cadangan kertas kerja...go saly go..
Ok...saya akan mula bertugas semula di sekolah pada 19 Jan ini..kali ini mungkin ada lainnya iaitu 2 orang anak saudara (anak abang iparku) akan menjadi anak muridku...mungkin tidak mengajar mereka secara lansung tetapi pastinga terserempak mereka....dan tahulah mereka bagaimana karekter bibik mereka di sekolah..abislah kena kontrol ayu nampaknya...
Sampai di sini dulu..ada masa menaip lagi...Assalamualaikum...dengan harapan ada respon......
Saturday, January 15, 2011
Hari Keluarga 2011
10:19 AM
suria
23 comments
23 comments:
welcome back
agreed.
i follow.
Setuju
Kena buat paperwork bajet dan aktiviti. Rasa nya tak jauh untuk semua orang hadir. Book awal-awal.
Kecuali yang duduk seberang laut dan lautan.
assalamualaikum...
bole masukkan k.tahan dalam senarai destinasi x?kalo ade yg brminat,kite bole tlg carikan harge die...
K.tahan tu kat mana?
salbiah family arie brapa lg kena bayar? sms balqis la 017-5716886.. tunggu arie lambat tau dia busy ar skrg ni...
bik, situ ok jgak balqis pernah ke sana zaman di upm dahulu.. berkhemah
seri pengantin resort janda baik.. bik kami mungkin xdapat g kot.. arie mungkin xcuti sbb indonesia mungkin xcuti hari pekerja... apa2 pun tgk dulu nanti mcm mane.. maklumla ari kan warga indonesia.. makanya kena ikut public holiday indonesia cutinya.
k.tahan adalah di jerantut. taman negara k.tahan.
korang pilih tarikh utk org smnjg je tak ingat dah yg lain..tak aci..yuran pun tak pernh missed lgi tau tak caya tanya salbiah..:(
tapi xpe kalau disebabkan arie sorang je yg xdpt g yg lain ok.. xpe just go on.. kami xkisah punyer.. xde hal punyer...
as-salam,
arie keja kat indon ke?
berapa lama x balik.
sape plak yg touching ni....
camne ngan k.tahan?ade yg brminat x?
leh tgk ikan kelah jinak,night safari,naik bot panjang,ade jmbtan gntung,jungle trekking n cam'pink' tepi sungai...
Assalamualaikum..
30 April ialah hari Sabtu, 1 Mei ialah hari Ahad, jadi memandangkan hari itu juga hari cuti am..maka hari isnin juga cuti..kepada yang tak cuti, cubalah mohon cuti..sebab itulah perancangan dibuat dari sekarang agar kita semua boleh merancang untuk menguruskan cuti dan keluarga masing-masing. Harap boleh plan elok-elok agar dapat dilaksanakan dengan jayanya.. untuk niah, kami susahlah nak tolong... kalau rasa-rasa boleh join, baguslah tapi kalau keadaan tidak , mungkin bukan rezeki untuk kali ini... atau ada cadangan tarikh yang lebih sesuai?
Tentang cadangan ayun, memang menarik..tapi kena fikir juga untuk orang yang sudah berkeluarga dan beranak kecil (macam bibik ni)tentunya adventures macamtu kurang sesuai..sedangkan nak bergerakpun payah apatah lagi nak jungle tracking...mungkin lain kali..anyway kalau ramai yang setuju dengan cadangan ayun..boleh kita pertimbangkan..
plan ayun mmg best tp btl gak kata bibik sham..anak kecik rmai pyhlh..sdgkn ddk tmpt selesa pun pyh jaga..inikan pula hutan belantara..so terpaksalh aku setuju plan bibik..lain kali bro kite g bujang2 jer..haha..jd jgn xjd plan nie..lm xlepak sm2 rmai2..
arie bkn kerja di indon tp dia remote system it d sana dan waktu bekerja ikut office hour disana. mcm org indon dah cuma menetap d malaysia. nak apply cuti pun susah sgt.:-( so mgkin xdapat g kot.
Salam..
Untuk arie dan Balqis..., cuba-cubalah plan..kalu boleh mohon-mohonlah cuti...lagipun hari Sabtu dan Ahad memang arie tak kerjakan? Harap semua boleh join..sebab itulan antara objektif hari keluarga ni...lagipun masih ramai dalam kalangan ahli keluarga yang belum kenal Balqis dengan lebih mesra lagi...
insyaAllah bibik..nanti balqis ckp dgn arie ek..
okie dookie,next time bro,tp yg bujang nye da menyusut,berani ke nk pure2 bujang..haha,kt jnda baik pon cantek gak...salbiah, aku dah byar kan?
balqistry minta cuti dr skrg jer..mana tau dpt..klu minta dh dkt2 mmg pyhlh..
bik sham klu tempahan mcmne??rsnya lmbt2 pun xlehkn??sbb cuti masa 2..
aku xdehal pure2 bujang..haha...
balqis xde masalah sekolah confirm cuti.. cuma arie sbb katanya indon xcuti hari pekerja malaysia. dia mmg susah sbb ari isnin dpan ni pun apply cuti sebulan yang lepas, tup tup smlm resultnya xlulus. hotel semua dah book so terpaksa la ambik mc buatan nmpak gayanya...
sally said..
as salam...
nanti kite update ek nk kn byr bpe lg..kite bz ckit la..xdpt menguruskan masa dengn baek..(ececeh..)haha..
pas2 pasal tmpt..kite setuju..lgpon lme xkumpul rmai2..
tp klo kak niah xde..xbest jugak.. ape kate kak niah mintk EL bbrp hari..(eh...boleh ke cm2...huhu) boleyh la,k.niah... lme seyh xketemu..
tuk arie.. bisa stenby mc kok... ;p
mmng lama x jmpa n kumpl ramai2 tpi masa tu kan dah dekat cuti sek so kniah blik cuti sek tpi awal 2mingu sebb klu naik flight ada mgu yg x dbenarkan tkut ter******k kat atas...
hakhak...mkin brtmbah anak buah aku,generasi baru keluarga sakijan saamah makin brtambah.
Post a Comment