Saturday, January 15, 2011

Hari Keluarga 2011

Assalamualaikum..
Selawat dan salam buat nabi junjungan..
Apa khabar semua ahli keluarga dan pembaca blog ini? harapan dan doa dari saya semoga semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Maaflah sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini...berbagai-bagai perkara dan urusan yang mengganggu minda dan mendapat tumpuan utama terutama hal-hal rumah tangga, maklum sajalah anak ramai dan semuanya memerlukan perhatian. Sebenarnya jari-jemari ini teringin benar menaip aksara-aksara yang tertera di atas papan kekunci komputer ini tetapi ada sahaja aral yang membantutkan niat dan keinginan itu ditambah dengan emosi yang terganggu lantaran banyak benar karenah yang perlu dilayan. Kadang-kadang pula apabila ada kelapangan, minda tidak mampu mengungkapkan idea yang ingin diluahkan... ataupun kadang-kadang risau tertulis sesuatu yang mempamerkan kelemahan diri ini. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini pengisian blog lebih menjurus kepada pemikiran-pemikiran otai yang ilmiah walaupun secara tidak lansung.
Mana perginya anak-anak muda yang lain? Kontang idea? Ketandusan buah fikiran? Malas menulis atau tidak hirau dengan perkembangan blog ini....

Idea utama saya kali ini adalah untuk mengemukan cadangan tentang Hari Keluarga 2011. Memandangkan kita tidak berkesempatan untuk bermesyuarat dan berbincang dengan lebih lanjut tentang hal ini, saya ingin mengutarakan beberapa idea di sini. Beberapa hari kebelakangan ini, ketika saya cuba menyiapkan tugasan sekolah, saya berkesempatan melayari beberapa laman sesawang tentang cuti-Cuti Malaysia. Saya tertarik dengan satu destinasi yang saya kira agak lain dari kebiasaan kita iaitu Resort di Janda Baik. Ada banyak resort dan tempat penginapan di situ dan saya rasa ada yang sesuai dengan keadaan dan bajet kita. Walau apa-apapun kalau bersetuju kita boleh melakukan 'survey' dan 'confirm'kan mana-mana resort yang sesuai. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti memancing, berkelah, menghayati rimba alam, berbabekiu, permainan dan lain-lain. Lagipun kita benar-benar lari dari kesibukan kota... Apa kata anda semua cuba layari laman sesawang yang berkenaan.
Pemandangannya juga saya kira memukau dan destinasinya juga tidak terlalu jauh...sesuai untuk semua ahli keluarga (yang beranak kecil dan ramai- macam saya la tu)Selain itu kita boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik bersama ahli keluarga....

Setelah menghayati kalender 2011, saya mencadangkan tarikh yang sesuai iaitu pada 30 Aril-2 Mei (Cuti Hari Buruh) Jadi masih ada masa untuk merancang dengan teliti atau merangka pelaksanaan Hari Keluarga ini. Sekiranya bersetuju dengan tambahan cadangan/penambahbaikan, saya boleh mulakan cadangan kertas kerja untuk Hari Keluarga ini. Apapaun saya bercadang untuk melakukan survey dahulu pada masa terdekat ini..ada sesiapa yang nak ikut@ sponser?

Dalam kesibukan kita melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian, saya rasa kita perlu berehat dan melapangkan minda terutama bersama keluarga...Inilah masanya...mungkin kita selalu menginap di mana-mana hotel...tapi kali ini mari kita cuba sesuatu kelainan..bagaimana? Sila beri respon segera...kalau tak bergerak..maka Hari Keluarga hanya tinggal cadangan dan omongan kosong. somebody must move on it....

Saly...aktifkan lagi kutipan tabungan keluarga..Bibik mahu tahu berapa ada dalam akaun..untuk buat bajet dan cadangan kertas kerja...go saly go..

Ok...saya akan mula bertugas semula di sekolah pada 19 Jan ini..kali ini mungkin ada lainnya iaitu 2 orang anak saudara (anak abang iparku) akan menjadi anak muridku...mungkin tidak mengajar mereka secara lansung tetapi pastinga terserempak mereka....dan tahulah mereka bagaimana karekter bibik mereka di sekolah..abislah kena kontrol ayu nampaknya...

Sampai di sini dulu..ada masa menaip lagi...Assalamualaikum...dengan harapan ada respon......

Tuesday, January 11, 2011

Masih Tahun Baru 11-1-11

Assalamualaikum, Semoga kita semua dirahmati Allah. Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi junjungan kita.

Tahun baru sudah masuk hari ke sebelas. Dan sudah masuk minggu kedua ana bertugas secara rasmi di kampus UiTM Shah Alam. Keadaan ana masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan aturan hidup seharian di Bandaraya Shah Alam setelah sekian lama telah terbiasa dengan keadaan di luar bandar- Machang. Perkara yang paling menggangu perjalanan hidup seharian ana ialah membiasakan diri dengan Traffic Jam. Ketika ana tinggalkan Shah Alam 11 tahun yang lalu keadaan jam tidak seteruk sekarang. Alternatif nya ana kena mengingat kembali jalan-jalan taman perumahan (jalan dalam) untuk di lalui yang sudah ingat-ingat lupa.
Seperkara lagi ana kena pandai membaca situasi keadaan semasa. Ini termasuk jam berapa nak keluar dan balik. Salah bacaan kita akan menghabiskan masa yang lama diatas jalanraya meskipun bumbung rumah kita sudah kelihatan dan kalau kita berjalan kaki mungkin hanya mengambil masa tak sampai 5 minit tapi dengan berkereta mengambil masa 30 minit. Apa pun disini ia banyak menuntut kesabaran dan tolak ansur- Dan kesabaran itulah kadang-kadang terkeluar dari kantung kesabaran diri kita tanpa kita sedari dan tercicir diatas jalanraya.

Di tempat kerja baru ana pun ana masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan. Meskipun ia bukan tempat yang asing namun budaya kerja dan warga nya banyak dah berubah. Yang tua-tua dah ramai yang bersara. Tinggal majoritinya muda-muda. Ana tergolong peringkat tengah-tengah antara 3 generasi yang ada disitu. Secara pribadi nya keselesaan tempat bertugas adalah lebih baik di Machang jika dibandingkan dengan di sini. Namun tengahari tadi ana berkesempatan untuk mengunjungi Library, gedung yang menyimpan beribu buah buku. Ana sempat memanaskan kerusi hampir 3 jam disitu. Terasa ana berada didalam perut sebuah bahtera yang dipenuhi dengan pelbagai ilmu. Situasi yang dah lama ana tinggalkan kerana perpustakaan kalu dulu nya di sebut kutub khanah (tak pasti mengapa ia dinamakan sedemikian) di Machang adalah berkali-kali ganda saiz nya lebih kecil dari disini.
Berada di khutub khanah ini menjelmakan suatu perasaan baru kepada ana ingin menimba ilmu sebanyak mungkin menyelongkar rahsia yang tersimpan didalam nya. Perasaan yang dah lama ana tidak merasai nya semenjak ana meninggalkan nya 11 tahun yang lalu. Semoga perasaan ini akan terus menyubur dan dirasai oleh anak-anak yang masih menuntut ilmu.

Setakat ini anak-anak ana yang masih bersekolah telah pun bersekolah. Minggu pertama wajah mereka kelihatan monyok dan kurang ceria. Ana faham pasti mereka juga seperti bapa nya juga masih lagi keliru dan cuba menyesuaikan diri di tempat baru. Kawan-kawan baru dan asing. Suasana yang berbeza dan pasti memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Tambahan lagi jumlah pelajar didalam kelas mereka hanyalah separuh dari kelas mereka di machang. Kelas Arina ting 3 hanya ada 18 orang pelajar manakala kelas Afiq ting 5 hanya sekitar 25 orang sahaja. Dan kata mereka lagi kebanyakkan mereka kurang berbual antara satu sama lain sebalik nya banyak membuat kerja masing-masing. Tidak seperti di Machang- meriah dan menyeronokkan mengikut kata mereka.

Semenjak berpindah kesini ana belum berkesempatan untuk menziarahi sanak sedara. Aktiviti mengemas rumah masih menjadi keutamaan. maklumlah baru berpindah. Sesetengah barangan masih belum dibuka dari kotak. Insyaallah apabila sudah ada kelapangan sedara mara yang dekat ( sebenar nya semua nya dah semakin dekat) akan ana ziarahi. terima kasih kepada sedara mara yang membuat kunjungan kerumah ana dihujung minggu. Nampak nya sejak tahun baru ni blog persatuan kita masih belum banyak entry nya. Mungkin masing-masing masih sebok menguruskan hal masing-masing maklumlah awal tahun segala nya nak di uruskan, hal anak anak sekolah, keluarga dan kerjaya. Harap-harap KTS sudah ada idea untuk mengisi rungan ini lagi semoga menjadi meriah semula.

Sekian jumpa lagi
Wassalam

Shah Alam.

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 1-1-11

Assalamualaikum. Semoga kita semua diberkati Allah, Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi Besar junjungan kita.

Selamat tahun baru Masihi 2011. Sudah genap satu dekad yang lalu kita melalui "New Millenium" abd ke 21 dan kini kita telah memasuki dekad yang kedua. Dekad yang kedua ini ana telah memulai nya dengan menyambut di rumah sendiri di Bandaraya Shah Alam. Memang banyak kelainan nya menyambut tahun baru dan permulaan dekad baru di rumah sendiri dengan ketika masih diperantauan. Meskipun tempat tinggal ana ini semakin mengecil jika dibandingkan dengan tempat tinggal semasa di perantauan ia masih tetap seperti sebuah taman didalam syurga. Raudah yang pernah ana ziarahi pun rasa nya lebih kecil dari rumah ana ini, namun ia tetap menjadi asakan muslimin dan muslimat dari seluruh dunia berpusu-pusu mencari ruang untuk mendapatkan keberkatan nya. Semoga ana dan kalian dapat mengunjungi nya lagi.

Sudah agak lama ana menyepi dari mengunjungi blok persatuan kita ini. Lantaran kesebokan ana menguruskan hal perpindahan, hal keluarga, persekolahan anak-anak, mengemas rumah dan pelbagai lagi yang sehingga kini masih ada yang belum selesai meyebabkan ana meninggalkan seketika blog yang kita sayangi ini. Nampak nya sepeninggalan ana blog ini juga seakan sepi dan kurang meriah nya. Hanya entry KTS sahaja itu pun dah agak lama tak up dated serta tiada sebarang komen. Mungkin hujung tahun masing-masing sebok untuk menguruskan hal hal keluarga dan diri sendiri disamping mengisi perkara-perkara yang belum diselesaikan sepanjang tahun 2010.

Ana telah mendaftar bertugas secara rasmi di UiTM Shah Alam pada 2 hb Dis yang lalu dan Seluruh barang barang ana berpindah pada 16 hb Dis 2010. Namun sehingga kini ana belum memulakan tugas rasmi lantaran cuti semester akan berakhir pada 2 hb Januari. Kesepatan yang ada ini ana gunakan untuk mengemas rumah dan menguruskan keluarga. Ada juga sedara mara yang datang berziarah antara nya Paman Emi, Embah Pah Kak Leha dan Kang Misbah sekeluarga termasuk Sahari. Yang lain-lain mungkin mengikut giliran akan datang. Walauapa pun ana sekeluarga telah selamat berpindah dan kembali semula kerumah sendiri. Rasa nya begitulah putaran hidup ana kelihatan nya setiapkali dekad baru bermula ana akan berada di tempat yang lain. Memulakan hidup baru, merancang masa depan yang berbeza setiap kali dekad bermula.

Apa pun marilah kita mulakan tahun baru 1.1.11 ini dengan tekad dan azam semoga kita membina hidup bersama keluarga masing-masing dengan lebih bertakwa, menambahkan keimanan, tidak meninggalkan solat disamping berusaha mencapai kejayaan dalam bidang dan kerjaya masing-masing, dimurahkan rezeki yang halal dikurniakan kesihatan yang baik diperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan persatuan kita, saling bantu membantu tidak berhasad dengki dan iri hati dan sentiasa dipelihara oleh ALLAH agar terhindar dari sebarang musibah Amin.

Jumpa lagi

Shah Alam 1.1.11

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification