Tuesday, June 15, 2010

selamat pengantin baru



Selamat Pengantin Baru
( buat nahar & jue pada hari perkahwinan mereka)


(i)
Kami menunggu dilapang mehrab
Tenang, sabar sehingga saatnya tiba
Segalanya sedang disediakan
Segalanya perlu jelas dan nyata.

Cahaya dari luar menguasai ruang
Cerah, kegembiraan bergantungan disetiap sudut
Denyut nadi berdetik, berirama ria
Sabar menanti saatnya tiba.

Wajah ayah bonda serta teman-teman
Menguntum mekar kelopak putih
Didada mereka ada taman
Taman wangi taman seribu bungga
Keharuman, ya begitu harum
Menyebar kesemesta maya.

Menara dan kubah masjid hijau
Menyaksikan imam berkhotbah
Khotbahnya berat, tegas, sempurna
Ingatan buat anak adam yg beralih alam.
Seperti datuk mu, kau tak betah sendiri
Biar sukar, kau ingin mencuba memang
kau dilahirkan untuk dicuba, untuk diperdaya.

Seketika, langit diam bumi pun diam
Apabila tangungjawab dipindahkan kepundak
lewat tapak tangan,
Lentera dilangit menyala
Para malaikat pun berpesta, bidadari menyanyi
Mereka menabur debu keberkahan
Diatas ubun-ubun anak adam yg berani
Memasuki taman wangi taman seribu bungga
Taman larangan seribu kurun.
Silalah, temui puterimu
Peluk erat kejap, kini kau
Raja menguasai.

(ii)
Selamat pengantin baru.
Diatas pelamin kau raja dan permaisuri
Dihias indah penuh wangian
Dikelilingi bungga mekar menguntum
Lagu-lagu merdu dan syair-syair bertingkah
Ah, betapa indah suasana,
Dilangit berpesta, dibumi berpesta.

Selamat melayari lautan hidup
Bahtera ini cantik dari dua kerajaan
Budaya besar paksi zaman.
Jadilah pelaut dan nakhoda penuh mentera
Kerana lautnya dan langitnya tak bias kau duga
Tenang bergelora, sepoi membadai
Tetaplah kau ditempat nakhoda
Bacalah mentera pelaut ampuh
Mentera sakti penolak penunggu laut
Biar bahtera selamat, kemudi tetap haluan
kompas tidak beralih arah.

Anakku, jadilah isteri yg baik
Rumah ini walau kecil adalah mahligai
Aturlah dgn citarasa sayang
Hiasi dinding dan langsiri dgn cinta
Pasti kau bahagia.
Hidup berdua dengan seorang lelaki, bukan mudah
Aduhai, kerenahnya banyak sekali.
Seperti ibumu yg lembut pasrah dan
Azimat didada bekalan tuhan langit
Kau tahu bagaimana menidurkan
Jiwa resah lelaki.
Semuga berbahagia
Sampai bila-bila.


nasirsakijan
r.panjang-machang-klang
12 jun io

5 comments:

Ini Iqbal Nasir said...

Selamat pengantin baru buat abg nahar dgn kak jue, sori pasal x dapat datang, ada semester pendek, hujung2 ni makin sibuk menjelang tahun ketiga dan kena memikirkan projek sarjana muda yang menyerabutkan otak untuk memikirkan sistem apa yang perlu dibangunkan. Walaupun sibuk, yang minggu ni insyaAllah akan ebal usahakan untuk balik walaupun masih sangat sibuk. Nanti apa pulak kata orang kalau x balik. Bukan jauh sgt pun kan? Tahun lepas pnya sem pendek x sibuk sgt macam ni. x tau knapa sem pendek taun ni sibuk sangat.

k. ita said...

Tahniah untuk Nahar, semoga bersedia untuk menempuh kehidupan baru sebagai suami isteri, remember, the offer to have honeymoon in US still stands :)

Anonymous said...

slamat pgantin baru nahar n jue.insyaalh mingu ni sblum blik sbah kita blh jmpa d klang.

paman N said...

Salam
Sajak yang sangat puitis sarat dengan seribu makna
Kata nasihat buat pelaut baru yang menjadi nakhoda
agar kapal belayar dalam samudra kehidupan, tidak perlu gusar walau kapal bakal menempuh gelora atau laut tenang tidak melalaikan ..tempuhilah dengan sabar, dan beristikomah menuju ke destinasi pelabohan yang dihajati..
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT NAHAR DAN JU.

Machang.

salbiah said...

tahniah gak tuk naha.... =)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification