Ketika aku memandu ke cerating sabtu lalu dengan Wak Miskiran kami berbual mengenai masa dahulu dan sekarang. Betapa bertuah nya anak-anak sekarang. Dahulu tak pernah terpikir pun kami akan mengalami keadaan seperti ini. Bercuti ke Cerating. Memandu dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan kereta masing-masing samaada baru atau secondhand.
Bermalam didalam bilik yang dilengkapi dengan Tv plasma katil antik dan ada ruang tamu yang selesa. Dahulu ruang perjalanan kami hanya lah sekitar kampong dan hanya melintasi sempadan daerah sahaja. Pergi pagi dan balik lewat petang. Kolam renang hanya gambaran dirumah orang kaya.Kolam renang kita hanyalah parit di tepi sawah. Tapi kita main bola dalam kolam renang di Impiana sabtu lalu.
Zaman telah berubah. Malah kita telah merancang untuk mengadakan Hari Keluarga pada tahun depan cadangan nya ke Langkawi. Ketika ini Mat sedang menjadi Parawisata di Jogjakarta. Jam 1tengahari tadi kasuttanpastokin ini mengirimkan mesej kepada ku mengatakan dia baru sampai di Jogja. Tidak dapat aku pastikan samaada dia pakai stokin ke Jogjakarta atau tidak. Pun aku pasti dia tak terfikir untuk sampai ke pulau Jawa tempat asal usul keluarga kita. Sebagaimana aku telah sampai ke Jakarta Bogor dan Bandung April lepas. Pastinya dia akan membawa cerita baru dari sana.
Ada masa dan ketika perjalanan hidup ini disandarkan kepada takdir. namun kita perlu merancang. Kemudian diikuti dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan tawakkal. Perancangan dan usaha bersungguh-sungguh perlu bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Kita perlu menjadi cemerlang. Dengan kecemerlangan kita akan punyai banyak pilihan. Untuk menjadi cemerlang kita perlu pengorbanan. Korban masa, tenaga,emosi,pemikiran wang ringgit dan mengorbankan perkara yang paling kita sukai -tidor, berehat bermain dan bermalas-malas.
Jenerasi yang senior memang telah banyak berkorban demi kesenangan jenerasi junior. Bak kata wak miskiran kami adalah peneroka, jenerasi seterusnya perlu memajukannya. Oleh itu mereka perlu meneruskan pengorbanan ini demi kelangsungan jenerasi seterusnya dan jangan lalai ditengah jalan oleh secebis kejayaan yang belum berakhir.
Kejayaan hidup umpama perlumbaan diantara sang arnab dan kura-kura. Meskipun sang arnab itu gagah, pantas tetapi ia tidur dan berehat ditengah perlumbaan manakala sang kura-kura yang lambat tak pernah berhenti berlumba dan akhirnya dia berjaya kegarisan penamat dan diistiharkan sebagai pemenang. Musim cuti dan hujan ini isilah masa dengan membaca, berdiskusi dan merancang untuk tahun hadapan. semoga mejadi ahli keluarga sakijan saamah yang cemerlang.
machang.Klntan.