Saturday, June 24, 2017

Kuromon market

Kuromon Market merupakan salah satu kawasan tumpuan pelancong yang datang melawat ke bandar Osaka. Ia berdekatan dengan stesyen keretapi Nipponbashi yang sama dengan kawasan Den Den Town. Jika kita turun di stesyen Nipponbashi tidak jauh dari stesyen tersebut disebelah kiri akan kelihatan papan tanda atau pintu gerbang bertulis Kuromon Market.

Kuromon market merupakan pasar basah yang menjual hasil laut seperti ikan, sotong, ketam dan pelbagai lagi termasuk sayur serta buah buahan segar. Di setengah kawasan ada juga kedai yang menjual cenderamata hasil kraftangan, restoran dan pelbagai barangan.  Ia merupan satu jaluran jalan kedai seperti Petaling Street di Kuala Lumpur yang panjang sehingga bersambung dengan Dotombori di Namba Stesyen yang jarak nya beberapa Km juga.

Kami menyelusuri Kuromon Market dengan penuh teruja berserta dengan orang ramai yang agak sesak juga pagi itu. Perkara yang menarik mengenai market basah ini ialah ia sangat bersih dan langsung tidak berbau hanyir seperti di tempat kita meskiun mereka menjual hasil dari laut seperti ikan ketam sotong tiram landak laut dan sebagai nya.

Kebanyakkan hasil laut ini sangat segar, malah ada sesetengah nya seperti udang, landak laut, ikan buntal masih lagi hidup.Yang paling menarik mengenai hasil laut yang dijual hampir kesemua nya bersaiz besar. Tidak ada haiwan laut yang bersaiz kecil dijual disini. Ia bersesuaian dengan harga yang ditawarkan...rasa nya kami hanya mampu melihat sahaja....

Ikan yang paling terkenal dan mahal harga nya ialah specis Buntal..Ada yang mencecah hingga ribuan ringgit duit kita untuk seekor buntal. ..Hahahhaa kami hanya ketawa melihat nya....seolah olah tak masuk di akal......












Buah buahan segar juga banyak dijual di pasar ini terutama Strawberry...Buah nya yang merah dan bersaiz besar sangat mengujakan..harga nya agak mahal juga .kami pernah membeli dan merasai strawberry ini rasa nya Wow ...sangat manis dan jauh berbeza dari rasa strawberry yang ditanam di Cameron Highland...Jika anda berkesempatan melancung ke Jepun jangan lupa rasa lah Strawberry nya yang sangat manis dan sedeap. Buah buahan lain seperti pisang montel..berry hitam dan merah serta epal dan lain lain memang banyak dan mudah didapati ..harga nya nya ..kena kira lah sendiri mengikut bajet yang kita ada tetapi rasa nya memang manis dan berbeza dengan rasa buah buahan yang sama di negara kita.
Related image
Buah Strawberry yang besar dan manis
                                 
Di sini juga terdapat sebuah premis yang menempatkan pusat penerangan kepada orang ramai yang dipanggil Kuromon Information Centre.. Kita boleh mendapatkan maklumat pelancongan selain dari tandas serta cafe utnuk berhenti seketika menghirup kopi panas. Apa yang menarik di pust penerangan ini terdapat sebuah mesen tukaran wang asing disediakan untuk menukar wang dari pelbagai matawang negara lain ke mata wang Yen Jepun.  Termasuk lah dari negara kita Malaysia...

Kita cuma perlu pilih mata wang dari negara mana sebagai contoh Malaysia yang berlogo bendera negara kita...Masukkan wang RM contoh 100.00 ringgit dan keluar Mata wang Yen jepun bernilai 2600.00Yen....

Mesen tukaran wang ini juga kami jumpa di kaki lima kawasan Dotonbori yang menjadi tumpuan pelancung dari serata dunia. Kami pernah mencuba nya dan ia sangat mudah...jika kita terdesak boleh lah menggunakan mesen tukaran wang tersebut dan nilai nya tidak lah berbeza sangat lebih 20 sen dari nilai tukaran wang di negara kita

Kami menelusuri sepanjang lorong kuromon market yang akhir nya kami keluar dikawasan Dotonbori..oh rupa nya Kuromon market ini bersambung terus dengan kawasan Dotonbori ...Huwa...lenguh juga berjalan ..tetapi dalam cuaca yang sejuk perjalanan jauh tidak terasa sangat letih nya....sambil makan Berry Merah dan Hitam ...Ia merupakan suatu pengalaman yang menarik untuk dirasai selain dari melihat bangunan, budaya dan persekitaran jepun ..mengunjungi market basah seperti ini. Sekurang kurang nya kita mengetahui pelbagai jenis makanan laut yang menjadi menu orang orang jepun yang pelik dan tak masuk di akal pun ada dijual disini.














Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification