
Assalamualaikum semoga kita semua dirahmati Allah.
Minggu lepas berkesempatan untuk berkunjung ke Kota Bharu dan Machang. Sudah hampir 2 tahun tidak kembali ke daerah ini. Kami bertolak menaiki kereta Rasmi dari Shah Alam ke Kota Bharu melalu lebuh raya utara selatan terus ke Gerik dan menyeberangi banjaran titiwangsa melintasi tasik Belum. Hampir jam 10 malam baru kami tiba di Kota Bharu dan menginap disalah satu hotel dibandar tersebut. Hotel ini terletak ditebingan sungai kelantan.
Ketika awal tebingan sungai kelantan dibena "umpama water front" beberapa tahun dahulu ia ramai dikunjungi oleh orang ramai untuk aktiviti makan -makan dan bersantai. Kini tempat ini tinggal sepi dengan meja dan kerusi yang kaku tidak berpenghuni....