Thursday, September 19, 2013

HUJUNG MINGGU YANG CERIA

Alhamdulillah minggu lepas hampir semua ahli persatuan kita dapat berkumpul di rumah Wak Misbahkhulmunir sempena Majlis Perkahwinan anak beliau Nurul Huda dengan pasangan nya Saudara Darus. Majlis bermula pada hari Sabtu dengan pernikahan kedua mempelai disebelah malam selepas isyak dan diikuti dengan kenduri disebelah siang hari Ahad.

Para jemputan mulai hadir semenjak petang sabtu membawa ke malam dan jamuan nasi disediakan oleh tuan rumah. Menarik nya pakatan "Gejobos" masih diamalkan disini bagi menjayakan majlis dengan penyediaan makanan, hidangan dan cuci pinggan. Namun mengikut pemerhatian saya keadaan ini bakal berakhir tak lama lagi memandangkan pesert gejobos adalah golongan yang telah berumur. Kesan nya perjalanan majlis tidak dapat berjalan lancar seperti yang diharapkan kerana faktor kudrat masing-masing semakin tidak berkemampuan kerana usia semakin tua menyebabkan apabila tamat sahaja majlis persandingan maka masing-masing pun berangkat pulang kerumah masing-masing untuk berehat kerana kepenatan....dan ketika itu para jemputan masing ramai yang hadir tetapi pinggan dan gelas untuk digunakan sudah kehabisan dan tidak dicuci. Nasib baik lah ahli persatuan kita ramai yang muda dan bertenaga serta sudi membantu meskipun perlu diarah dan dipaksa......akhir nya majlis berakhir hampir jam 3 petang dengan selamat dan jaya nya.

SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR USIA

Tahniah diucapkan kepada pasangan Nurulhuda dan Darus yang telah selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah. Semoga mereka bahagia hingga keakhir usia. Kita mengucapkan selamat menjadi ahli persatuan keluarga kita kepada pasangan beliau En Darus yang berasal dari Machang Kelantan ...dimaklumkan beliau adalah ahli yang ke 50. Menurut perbualan saya yang ringkas beliau adalah anggota tentera yang bertugas di Kem Sungai Buluh Selangor unit kejuruteraan Jentera dan elektrik. Usia...saya belum mempunyai maklumat..

Memulakan kehidupan sebagai suami isteri merupakan suatu cabaran yang tidak kurang hebat nya. Persiapan mental dan fizikal serta memenuhi keperluan kehidupan seharian serta tuntutan agama segala nya perlu diberi perhatian sepenuh nya. Banyak kebaikan apabila kita hidup dengan berkeluarga dan mempunyai keluarga sendiri. Sebagai saorang yang beragama Islam kehidupan berkeluarga  mempunyai isteri dan suami serta mempunyai anak-anak  merupakan suatu tanggungjawab yang besar  diiringi dengan ganjaran pahala di akhirat oleh Allah swt. Bena lah kehidupan berkeluarga dengan asas agama yang teguh, bertolak ansur, sabar, saling sayang menyayangi agar akhirnya semua akan berkumpul semula di Jannah nanti. Selamat Pengantin Baru......

PERTEMUAN YANG JAUH

Kenduri hujung minggu lalu memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan saudara-mara sepupu yang tinggal berjauhan. Ada saudara mara yang sudah lama tidak bertemu...ia peluang yang sangat baik untuk bertanya khabar masing-masing dan update maklumat dimana mereka tinggal. Ada yang tinggal tidak lah begitu jauh dari kejiranan tempat kita tinggal. Ada yang tempat bertugas mereka hampir dengan tempat tinggal kita..ada yang tinggal di kawasan yang terkadang kita memerlukan tempat untuk berehat seketika....misal nya di putra jaya. di kuala lumpur dll....Masyaallah kita ni masih mempunyai sifat sombong terhadap diri sendiri...akhir nya perbualan tidak diakhiri dengan jemputan ziarah ke rumah dan lebih teruk sekali no telefon pun kita tidak minta....dan pertemuan serta perbualan tamat dengan salam perpisahan untuk pulang kerumah masing-masing...tunggulah jika nasib baik berjumpa lagi di tempat kenduri yang lain.

Di sudut pandangan lain bukan kah baik jika kita mendekati mereka dengan lebih rapat...dimana mereka tinggal, dimana mereka bertugas, berapa ramai anak-anak mereka, dan kebanyakkan mereka juga memegang jawatan yang baik disektor masing-masing. Ini akan menambahluaskan lagi jaringan persaudaraan kita yang boleh dimanafaatkan dalam banyak perkara. Ternyata semangat mementingkan diri sendiri dan merasa tidak ada keperluan dengan orang lain masih menebal dikalangan kita. Akhir nya pertemuan yang jauh menjadi semakin jauh......

GAMBAR MEMBAWA SERIBU MAKNA

Banyak gambar yang telah dirakamkan sepanjang majlis berlangsung. Ia merakamkan detik peristiwa yang berlaku bagi simpanan dan tatapan dihari kemudian. Ada peristiwa yang dirakam secara spontan dan ada yang dirakam secara terancang. Walau apapun ia memberi seribu makna kepada yang menonton nya. Sayang nya gambar yang kita rakam kebanyakkan nya tidak mempunyai jalan cerita atau plot yang tertentu. Mungkin menarik jika setiap event yang hendak dirakam melaui lensa kamera dibuat jalan cerita atau mempunyai plot yang memberi makna.......walaupun gambar itu sendiri telah membawa seribu makna....






Rilex brother...

Menunggu akad nikah

Ceria dalam debar

Post istimewa dari Haji dan Hajjah

Ngantuk ke Mikir ?

2 generation gap..

Preparing for the makan beradab -Bersungguh Kak Oya..

Pengapit bidan terjun

Ok lah tu...beresss...

Warm welcome..tengahari bro...panas tu

Biar panas sanggup ditempuhi

Akhir nya mereka di jinjang pelamin

Aik sapa pulak ni....korang bila lagi..

Sedara yang sampai paling lewat..

Mereka lah pemuda harapan kita...

Happy ending...Congratulation...

Seperti biasa habis event---Berangkat la pulang

Moment last a second..memory last forever...

Welcome to our club....new membership.

Musang Totol milik iwan...


Jumpa lagi..
Wassalam.

2 comments:

kts said...

assalamualaikum semua ahli.
hubungan kita akan semakin jauh,
jika tiada tindakan penambahbaikan di lakukan,
oleh semua ahli keluarga ini.
memang ana tidak minta no hubungan mereka
sepatutnya yg muda mendapatkan dari kita.
bukan ego..
ingin menilai sikap kekeluargaan dalam sanubari kalian.
ana makin tua dan sakit..
ana kena bersedia
menghadapi tua dan sakit
dalam kesepian dan kesendirian
my destiny..
Alloh huakbar.

DANURI SAKIJAN said...

Ya betul tu setelah usia berganjak kita menjadi semakin tua..realiti nya kita menjadi semakin kuat rasa sensitf..banyak perkara yang kita lihat dan alami semakin kontra dengan kita walaupun ia sesuatu yang biasa dan pernah kita lalui suatu ketika dahulu...Kita tak dapat mengelak proses semulajadi tetapi kita perlu mengurus perubahan yang dialami dalam diri kita yang tua ini sebaik mungkin..mengurus bukan dengan rasa dan perasaan tetapi dengan rasa saorang hamba yang fakir dengan pencipta Nya. Kita semua kena bersedia tetapi jangan lah bersedih....."La Tahzan"..kerana kesediahan membuat kita kesepian dan kesendirian akhir nya merasa tua dan sakit sebelum sampai waktunya....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification