Assalamualaikum semoga kita semua di rahmati Allah swt.
Masa bergerak sangat pantas. Sudah sebulan berlalu selepas entry terakhir di blog ini terdampar sepi. Tiada siapa diantara ahli kita yang berkesempatan untuk mengupdate entry-baru. Begitulah keadaan nya saya kira masing-masing dengan hal dan perkara masing-masing yang perlu diuruskan saban hari. Jadual harian yang sangat padat. Ketidak cukupan waktu untuk mencatatkan seayat dua bagi disampaikan kepada khalayak yang mengunjungi blog ini. Masyaallah aktiviti seharian kita telah memberi pengaruh yang sangat besar kepada kehidupan seharian dalam meladeni kehendak diri sendiri dan dan semua yang dibawah tanggungan kita. Ia saolah olah tidak akan bernoktah.Semoga apa yang kita lakukan saban hari perlu diiringi dengan keikhlasan...