Salah satu resepi kejayaan kita ialah sentiasa melakukan sesuatu dengan secara berulangkali sehingga menjadi suatu kelaziman. Amat jarang sekali kita memperolehi sesuatu kejayaan atau mencapai cita - cita hanya dengan sekali percubaan. Ia boleh dikatakan sebagai nasib baik atau telah ditakdirkan oleh Allah swt.
Konsep kelaziman ini telah diterapkan kepada kita semenjak dari kecil lagi. Dari bayi kita diajar berkata-kata dengan bahasa yang kita gunakan seharian dan akhir nya kita boleh berkomunikasi dan difahami oleh kelompok ahli masyarakat di sekeliling kita. Kemudian diajarkan untuk mengurus diri dengan penggunaan toilet yang betul dan akhir nya kita pandai mengunakan toilet, kemudian kita diajar untuk menggossk gigi sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur diwaktu pagi. Kemudian kita diajar untuk memakai kasut dengan betul..kasut kanan dengan kaki kanan dan kasut kiri dengan kaki kiri...Kemudian kita dihantar ke sekolah untuk membaca, mengira dan menulis. Akhir nya kita berjaya keluar dari golongan buta huruf dan boleh membaca, mengira serta menulis juga hasil dari latihan berulang-ulangkali..saban hari..malah bertahun-tahun Kemudian kita dihantar kesekolah untuk mengaji dan setelah bertahun-tahun juga akhir nya kita khatam Al Quran....Kemudian kita diajar untuk cara-cara Solat dan Berpuasa....Akhir nya kita tahu hanya cara-cara untuk solat dan berpuasa...sahaja.
Sejarah telah membuktikan bahawa orang-orang yang berjaya adalah mereka yang telah melakukan banyak kali percubaan. Antara yang terkenal ialah Tomas Edison. Beliau sangat terkenal dengan penciptaan bulb eletrik yang kita guna sehingga sekarang. Kabar nya beliau telah melakukan percubaan sehingga 1000 kali sebelum dia berjaya. Tiger wood pemain golf yang terkenal dan kaya raya memukul bola golf sejak dari kecil lagi. Sudah tentu beliau perlu belajar memukul bola golf dengan teknik hayunan kayu dan kebolehan mengira jarak jauh lubang serta membaca arah tiupan angin dengan betul dan tepat. Dan ia sudah pasti memerlukan latihan beribu-ribu kali hayunan untuk memperolehi pukulan yang "perfect"...
Begitu juga dengan para ilmuan Islam dan tokoh tokoh ulamak islam yang terkenal. Mereka belajar menuntut ilmu semenjak dari kecil lagi. Imam Syafie bejaya menghafaz AlQuran semenjak berumur 9 tahun.. Imam Hanbal telah menghafal lebih dari 700,000 hadis dan diceritakan pernah solat 300 rekaat semalaman..Imam Malik pula dapat mengingati 29 dari 30 hadis yang dibaca oleh guru nya secara lisan dan beliau telah berguru hampir seramai 900 guru . Malah ramai lagi tokoh-tokoh islam yang lain yang sangat hebat dalam bidang masing-masing dan sudah tentu mereka belajar sejak dari kecil dan beristiqomah serta melazimi nya saban waktu.
Jelas bahawa mereka ini berjaya kerana dengan kesungguhan dan iltizam yang sangat tinggi dimana perkara perkara yang dilakukan telah menjadi suatu kelaziman. Mereka melakukan nya kerana telah mencapai suatu peringkat dan dapat merasai kenekmatan dan "passion' yang sangat mendalam. Mereka mempunyai impian masa hadapan yang jelas dan yakin bahawa impian mereka boleh dicapai pada suatu hari nanti dan membawa kepada kehidupan yang bahagia samaada kehidupan dunia atau kehidupan di akhirat. Akhir nya mereka mencapai kepuasan dalam perkara yang dilakukan nya.
Pada hari ini ramai diantara kita rata-rata kita tidak sabar dalam banyak perkara yang kita lakukan. Kita mahukan hasil kejayaan yang yang diperolehi dengan pantas dan cepat. Kita mahukan pendapatan yang banyak dengan segera, kita mahukan kereta mewah dengan pantas, rumah besar dengan cepat , mengumpul harta dengan banyak dan segala-gala nya kalau boleh dengan sekelip mata. Masyaalah.. Banyak sejarah yang terdahulu menunjukkan kepada kita kaedah dan cara seperti ini tidak menghasilkan keuntungan yang kekal. Ia akan berlalu dengan pantas sepantas mana kita memperolehi nya. Kerajaan Firaun, kerajaan Rom, Karun dan lain-lain akhir nya tersungkur ke bumi setelah apa yang mereka perolehi dengan mudah telah menutup hati mereka untuk tidak beriman dengan Allah swt. Ia bukan sesuatu yang hebat disisi Allah.
Lakukan perkara yang kita kerjakan saban hari dengan penuh istiqomah dan menjadi kelaziman yang menyenangkan. Insyaalah kita akan mencapai kejayaan suatu hari nanti. Jika kita sentiasa tidak berpuashati dengan apa yang kita kerjakan dan sentiasa membanding-bandingkan dengan apa yang dilakukan oleh orang lain lebih baik dari kita..akhir nya kita akan kecewa dan tidak dapat menunjukkan sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Cintailah tugasan kita...lakukan dengan sepenuh rasa...Solat kita adalah tugas utama kita di muka bumi ini mengatasi tugasan yang lain... Cintai Allah dan Rasul adalah istiqomah dan kelaziman yang perlu dilakukan setiap saat ....apabila ia sentiasa menjadi kelaziman maka ia akan sentiasa ada didalam hati kita dan akhir nya itulah yang menolong kita diakhirat kelak.
Selama 2 hari saya menghadiri Persidangan Akademik di Dewan Besar denga tema "Propelling Academic Excellence through World Class Practices" mengikuti syarahan yang disampaikan oleh ahli akademik dari Universiti luar negara yang dijemput khas..kesimpulan nya mereka menyatakan seperti apa yang saya catatkan diatas.......Bilakah agak nya akan dapat mendengar syarahan dari mereka yang berjaya dalam bidang akademik yang menganuti ajaran Islam...
Jumpa lagi..
Menara Gading.