Tuesday, January 11, 2011

Masih Tahun Baru 11-1-11

Assalamualaikum, Semoga kita semua dirahmati Allah. Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad SAW Nabi junjungan kita.

Tahun baru sudah masuk hari ke sebelas. Dan sudah masuk minggu kedua ana bertugas secara rasmi di kampus UiTM Shah Alam. Keadaan ana masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dengan aturan hidup seharian di Bandaraya Shah Alam setelah sekian lama telah terbiasa dengan keadaan di luar bandar- Machang. Perkara yang paling menggangu perjalanan hidup seharian ana ialah membiasakan diri dengan Traffic Jam. Ketika ana tinggalkan Shah Alam 11 tahun yang lalu keadaan jam tidak seteruk sekarang. Alternatif nya ana kena mengingat kembali jalan-jalan taman perumahan (jalan dalam) untuk di lalui yang sudah ingat-ingat lupa.
Seperkara lagi ana kena pandai membaca situasi keadaan semasa. Ini termasuk jam berapa nak keluar dan balik. Salah bacaan kita akan menghabiskan masa yang lama diatas jalanraya meskipun bumbung rumah kita sudah kelihatan dan kalau kita berjalan kaki mungkin hanya mengambil masa tak sampai 5 minit tapi dengan berkereta mengambil masa 30 minit. Apa pun disini ia banyak menuntut kesabaran dan tolak ansur- Dan kesabaran itulah kadang-kadang terkeluar dari kantung kesabaran diri kita tanpa kita sedari dan tercicir diatas jalanraya.

Di tempat kerja baru ana pun ana masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan. Meskipun ia bukan tempat yang asing namun budaya kerja dan warga nya banyak dah berubah. Yang tua-tua dah ramai yang bersara. Tinggal majoritinya muda-muda. Ana tergolong peringkat tengah-tengah antara 3 generasi yang ada disitu. Secara pribadi nya keselesaan tempat bertugas adalah lebih baik di Machang jika dibandingkan dengan di sini. Namun tengahari tadi ana berkesempatan untuk mengunjungi Library, gedung yang menyimpan beribu buah buku. Ana sempat memanaskan kerusi hampir 3 jam disitu. Terasa ana berada didalam perut sebuah bahtera yang dipenuhi dengan pelbagai ilmu. Situasi yang dah lama ana tinggalkan kerana perpustakaan kalu dulu nya di sebut kutub khanah (tak pasti mengapa ia dinamakan sedemikian) di Machang adalah berkali-kali ganda saiz nya lebih kecil dari disini.
Berada di khutub khanah ini menjelmakan suatu perasaan baru kepada ana ingin menimba ilmu sebanyak mungkin menyelongkar rahsia yang tersimpan didalam nya. Perasaan yang dah lama ana tidak merasai nya semenjak ana meninggalkan nya 11 tahun yang lalu. Semoga perasaan ini akan terus menyubur dan dirasai oleh anak-anak yang masih menuntut ilmu.

Setakat ini anak-anak ana yang masih bersekolah telah pun bersekolah. Minggu pertama wajah mereka kelihatan monyok dan kurang ceria. Ana faham pasti mereka juga seperti bapa nya juga masih lagi keliru dan cuba menyesuaikan diri di tempat baru. Kawan-kawan baru dan asing. Suasana yang berbeza dan pasti memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Tambahan lagi jumlah pelajar didalam kelas mereka hanyalah separuh dari kelas mereka di machang. Kelas Arina ting 3 hanya ada 18 orang pelajar manakala kelas Afiq ting 5 hanya sekitar 25 orang sahaja. Dan kata mereka lagi kebanyakkan mereka kurang berbual antara satu sama lain sebalik nya banyak membuat kerja masing-masing. Tidak seperti di Machang- meriah dan menyeronokkan mengikut kata mereka.

Semenjak berpindah kesini ana belum berkesempatan untuk menziarahi sanak sedara. Aktiviti mengemas rumah masih menjadi keutamaan. maklumlah baru berpindah. Sesetengah barangan masih belum dibuka dari kotak. Insyaallah apabila sudah ada kelapangan sedara mara yang dekat ( sebenar nya semua nya dah semakin dekat) akan ana ziarahi. terima kasih kepada sedara mara yang membuat kunjungan kerumah ana dihujung minggu. Nampak nya sejak tahun baru ni blog persatuan kita masih belum banyak entry nya. Mungkin masing-masing masih sebok menguruskan hal masing-masing maklumlah awal tahun segala nya nak di uruskan, hal anak anak sekolah, keluarga dan kerjaya. Harap-harap KTS sudah ada idea untuk mengisi rungan ini lagi semoga menjadi meriah semula.

Sekian jumpa lagi
Wassalam

Shah Alam.

1 comments:

kts said...

as salam,
cantik no. itu. 100 tahun lagi baru boleh jumpa. mustahil kpd usia kita yg telah mencapai 50th. ana pun cadang nak menulis pada hari tersebut. sayang gagal. x de ide. mujur masih ada ente yg suka masuk kutub khanah dapatkan bahan. jadik masih beroperasila blog ini.
teruskan bro..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification