asalamualaikum semua ahli keluarga sakijan saamah
marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt diatas segala limpah kurnia Nya yg tidak terhitong. semuga kesyukuran ini akan diterima malah diganjari dgn kelebihan dari yg kita perolehi selama ini. marilah kita panjatkan doa agar kita ditambahi ilmu yg bermenafaat yg akan memandu kehidupan kita sentiasa dijalan lurus. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw semuga kita mendapat kebaikan dan kedekatan bersama baginda di akhirat kelak.
lailatulkadar.
esok adalah hari ke 29 ramadan. lusa atau selewatnya tulat kita akan menyambut syawal. horey! aku bebas, merdeka.... beberapa malam yg lalu, penceramah tazkirah disurau hadapan rumah menyatakan pada jaman Rasulullah, apabila bulan ramadan semakin kepenghujung, para sahabat akan bersedih kerana bulan yg sarat dgn penggandaan pahala akan ditutup pintunya. kini kita bersorak dan tak sabar utk mengakhirinya. betapa jauh tahap keimanan kita berbanding para sababat. oleh kerana esok hari ke 29, malam ini adalah malam ke 29. dalam kelendar Islam, hari bermula pada malam sebelum hari berkenaan. dalam kelendar masehi adalah sebaliknya. adakah malam ini malam lailatulkadar! Nabi menyatakan dalam satu hadisnya carilah malam berkenaan pada 10 malam terakhir, terutama malam-malam ganjil. ada juga dinyatakan tanda-tandanya sebagai hari sebelum itu tenang dan tidak panas atau sebaliknya. ana telah mencatat hari-hari ramadan dari pertengahan bulan dimana sebahgiannya adalah panas terik. cuma pada hari isnin lepas hujan dan redup. manakala hari ini panas menyengat; dan malam isnin adalah malam ke 27 - malam ganjil.
shoping raya.
sudahkah bersoping, memborong kuih atau baju harga runtuh. ana pergi minggu lepas. kat shah alam je. plaza alam sentral. org punya ramai. parking kat underground bangunan pas dua kali pusing. mujur salbiah yg drive, kalau ana selepas pusingan pertama, pusingan ke 2 terus balik. ebal beli baju melayu colour kuning, samping dan T-shirt. kasut sepasang satu dgn saly. farah dan saly baju t-shirt dan jeans. ana hanya beli samping kerana beli 2 dapat potongan, bersekali dgn ebal dan kasut crock. dah lama cari kasut serupa itu tetapi tak jumpa size. malam tu ada- last. pukul 12 mlm baru kami balik. hari tu kami berbuka kat ani sup utara ditingkat bawah pas. ramai orang berbuka disitu hingga tak cukup tempat. satu perkara yg selama ini ana tak perasan bila kita menyediakan persiapan anak-anak utk lebaran adalah kegembiraan hati melihat mereka memilih pakaian utk dibeli. ana dah tua, pakaian baru atau beberapa tahun lepas sama sahaja. tetapi bagi mereka yg masih muda, keceriaan dgn pakaian baru memberikan semacam kepuasan emosi kepada ana. dgn rezeki yg Allah kurniakan, inilah bahagian mereka. dan inilah erti kegembiraan. sukar utk dinyatakan dgn kata-kata.... beberapa tahun lagi apabila mereka telah bekerja, pasti perasaan tersebut tidak akan ana rasakan lagi. malah menjadi satu nostalgia...
jalan jem.
mengapa jalan jem apabila setiap perayaan atau cuti. semasa soping minggu lepas, semua jalan ke pas dan kom. pkns jem terok. parking tidak cukup. ramai pemandu parking ditepi jalan. ini telah menyumbang kepada jem lagi parah kerana jalan dua lorong telah menjadi selorong. kalau dinegara luar mereka berusaha menghadkan jumlah kenderaan, di sini setiap orang berlumba menembah kenderaan. hanya sorang org muda dlm keluarga ini tidak berminat mempunyai kereta, yg lain malah bercita-cita mempunyai kenderaan berjenama. bayangkan kalau semua kenderaan keluar kejalan, panjang kenderaan adalah sama dgn panjang jalan yg ada. sudah pasti lah akan terjadi jem. ini ditambah pula ruang parking yg terhad. maka berpusinglah kita mencari kereta keluar parking supaya kita dapat keluar dari ruang jalan. sayang sekali resolusi bagi mengatasinya masih gagal. pengangkutan awam yg telah diberi peruntukan besar dan rebranding masih belum menampakkan kejayaan. sedangkan dinegara lain ianya telah begitu maju dan efektif.
jalan dipelahankan.
kalau kita sensitif kepada tanda kelajuan jalanraya, pasti kita akan sedar kini ianya telah diubah. kelajuan 90 km kini 80 km. kawasan penduduk kini 70 km /60 km. jalan telah dipelahankan. tetapi bagaimana kalian sebagai pemandu! dua hari ini ana telah menjadi pemandu 'baik' dgn mengikut kelajuan yg dikanunkan itu. percayalah, ianya begitu menyeksakan. sebahagian besar pemandu tidak mengikutinya. terutama jenis paman emi. sebenarnya ana lebih dahulu memandu berbanding emi. pastinya emi menjadi sedemikian kerana telah melihat abangnya memandu begitu. sapa lagi abangnya kalau bukan ana. bukankah anak cerminan ayah-bonda. sebagai kerajaan pastilah akan mencari akal supaya rakyat selamat dalam perjalanan. tetapi sikap kita sebenarnya yg merosakkan diri kita sendiri. sejauh manakah kita telah maju! minda dan emosi. masih boleh dipersoalkan. sepanjang raya ini ana nasihatkan kalian supaya berhati-hati dijalan raya. pandu cermat dan berhemah, atas kesadaran sendiri, bukan kerana ada polis dan peronda. ana ada satu saman ekor, saly minggu lepas dapat satu. ana juga yg kena settelkan. 300 ringgit boleh menggangu baget ebal sebulan. apa nak kata bal, makan sardin lagi la bulan ni nampaknya...
duit raya.
hari ini hari last ana kerja. mulai esok, cuti. hingga 19hb. waw... lama tu. raya sakan. percayalah sebahagiannya dihabiskan dgn tido... satu kegiatan yg tak produktif dan merugikan. kecualilah jika kita berzikir. mulanya memang begitu, akhirnya khayalan... jangan ikut. dalam kerja, ana adalah ketua pejabat. sebenarnya tak semua keadaan jadi ketua seronok. ada masanya kita merasa jadi tukang sapu lebih bahagia. sebagai ketua ana rasa ingin menyatakan penghargaan kepada anak buah. maka sebelum balik petang tadi ana beri setiap orang duit raya. tahun sudah ana bagi kepada staff wanita. kali ini ana bagi kepada semua. apa ni bos... ana jawab duit raya. tak banyak, 10 ringgit je. sebenarnya 20 ringgit. percayalah nilai tak penting, penghargaan lebih utama. melihat keceriaan diwajah mereka... sungguh bermakna. tetapi memang agak aneh kerana sebahagian dari mereka telah berumur 40 tahun dan bekeluarga!
ngapuro..
sempena hari baik bulan baik ini, ana menyusun jari sepuloh; memohon keampunan kepada semua sanak saudara. adek beradik, anak-anak sedara juga anak beranak ana. dalam blog ini analah yg paling produktif. maka sudah pastilah akan ada yg tersingung. sedikit pun tidak terniat utk menyakitkan hati dan perasaan kalian. sebahagian besar tanpa sengaja. yg lain atas tujuan memberi nasihat dan tauladan. sebahagian besar mungkin tidak pun menyedarinya lantaran sudah tidak melayari blog ini lagi. mereka lebih tertarik dgn medium lain seperti fb dan sebagainya. bagaimanapun sekali lagi ana njalok ngapuro seng kat'ah-ka'tah... mampir la kambek umah n'yong, pangan opo seng enek.... balik tak sangoni serenget..
wassalam.
klang.
Tuesday, September 7, 2010
selamat tinggal ramadan
9:41 PM
mohdnasir
3 comments
3 comments:
Allohuakbar, Allohuakbar, Allohuakbar,
Allohuakbar Walillah Hilham....
Selamat tinggal Ramadhan AlMubarak 1431 Hjrah...pergi mu tak bisa dapat diulang semula hanya menunggu kedatangan mu lagi di tahun hadapan. Itu pun kalau kita panjang umur... Ahh betapa pantas nya waktu berlalu.Terasa masih segar dingatan Syawal tahun lepas kini syawal telah menjelang lagi. Anak-anak semakin dewasa dan kita sebagai orang tua menjadi semakin berusia..tahun ini anak-anak ku sudah semakin hilang ghairah bermain mercun dan bunga api, malah pakaian raya pun sudah mula berubah citarasa...semakin mementingkan produk yang berjenama...ah itu tanda nya kita semakin berusia..dan mereka semakin dewasa...dan keberangkalian kita akan semakin tinggal berdua semula seperti baharu kawin semakin mendekati kita..Ah Syawal datang lagi Ramadahan telah berlalu dan aku termanggu sendiri dengan dentuman mercon dan bunga api sayup-sayup terdengar takbir raya berkumandang dari masjid
yang kadang kala dengar dan hilang....
SELAMAT hARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA AHLI PERSATUAN INI..
Jenjarum
malam raya 2010.
Allah hu akbar...
ana baru balik dari kom pkns
org masih ramai memborong.
satu perkara yg tak terfikir selama ini
yg nak bayar fitrah sama panjang barisnya dgn yg nak beli kuih raya.
tidak mustahil kalau ada yg terlupa bayar fitrah atas alasan sebok.
subhanallah...
selamat hari raya. jadi ke nak buat gathering kat umah baru kang mis pp.
nk komen ckit pada perenggan shoping raya.. ape kate..abah belikan je bju raye tiap2 taun kt kite.. wp da keje pon xpe.. abah gembira..(sbb dpt belikan bju rye).. kite pon gembira..(sbb jimat ckit..).. ha,kan win2 situation tu.. sume pihak gembira.. hahaha~ nk x???? =)
Post a Comment