Tuesday, September 28, 2010

hidup ini mengisi kehendak.

segala puji hanyalah kepada Allah.Dialah yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Memiliki, Maha Berkehendak dan Maha Lembut. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw. bagindalah yang menjadi panutan dan ikutan dalam kita menjalani kehidupan.
marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih dihidupkan hingga ke hari ini, kerana nikmat hidup sangatlah besar makna dan tujuanya. disinilah kita mengumpulkan bekal buat menghuni tempat yg kekal abadi. akhirat. disana kita bakal ditempatkan mengikut bekal yg kita bawa. kebaikan bakal dibalas kebaikan. kejahatan dan kemungkaran akan dibalas dgn siksaan. ingatlah bahawa siksaan akhirat sangat berat dan pedih. didunia ini kalau dibunuh dan dibakar beritanya berminggu tidak habis dan simpatinya meluas diseluruh negara; diakhirat kesalahan akan dibalas dgn seksaan neraka yang kayu bakarnya dari batu dan manusia. bayangkan kalau batu sudah terbakar, seumpama lahar gunung berapi...disitu simungkar bakal dicampakkan... aduhai belum sampai sudah menjadi abu.
oleh itu jalanilah kehidupan kita dgn sebaik mungkin. kumpulah bekal akhirat sebagaimana yg dikehendaki syariat.
orang muda memandang dunia ini berbeda dgn orang tua. org muda memandang dunia ini seumpama padang hijau yg penuh bungga-bungga. harum berkembang dimana mereka sangat ingin untuk memetik dan menghidu semerbak wanginya sepuas-puas hati. sedang org tua melihat dunia ini sebagai ladang gandum yg telah dituai. esok lusa perlu ditanam semula. betapa jauh hasrat dan kehendak kita, anaku. semangat dan motivasi kita berbeda. tetapi kau mudah putusasa. org muda memang semangatnya meluap-luap, oleh itu ia gopoh dan tidak sabar. adalah diceritakan semasa nabi Adam as dimasukkan nyawa kebadanya, baginda sudah ingin melompat walaupun nyawa baru sampai kekerongkong. kerana itu kalian lebih mengikut dada dari mengikut kepala! lebih banyak mengikut emosi dari akal fikiran.
anaku,
hidup ini penuh dgn kehendak. diri kita penuh dgn keinginan dan cita-cita. memang kita dihidupkan begitu. kerana itu kita diberi semangat. orang yg tega mambunuh diri adalah seorang yg telah kehilangan semangat. fikiranya buntu dan bingung. keinginanya dan cita-citanya telah mati, telah terdelet dari komputer mindanya. kerana itulah para psychtrist yg cuba mengubatinya akan berusaha mengembalikan semula treck record kehidupanya serta memulangkan semula dia kepada keinginan dan cita-citanya. sekiranya cita-cita itu satu kegagalan, psyc akan mengubah dari sesuatu yg negatif kepada sesuatu yg positif. ini adalah satu kehidupan baru. dalam diri kita juga telah disediakan psyctrist. dan kita sentiasa boleh membina kehidupan baru. caranya adalah dengan kesangupan kita bermuhasabah diri. serahkanlah diri kita utk dinilai oleh fikiran positif kita dgn hati terbuka. sambil mengingat kekuasaan Allah swt.
seorang anak kecil berkehendak kepada barang permainan, maka ia merengek. seorang pelajar berkehendak kepada kejayaan, umpamanya kejayaan cemerlang pmr; maka ia berusaha sepenuh daya siang dan malam. seorang siswa/siswi berkehendak kepada segulong ijazah, maka ia bersengkang mata memerah fikiran lalu keluar sebagai seorang cendikiawan. ada yg berjaya ada yg gagal. disinilah kada' dan kadar memain peranan. tetapi konsep usha mesti dilaksanakan. kaedah dan cara pelaksanaan juga perlu diteliti. penambahbaikan perlu di buat.

seorang anak sebenarnya memenuhi kehendak ibubapanya. Nabi Junjungan mengatakan, seorang anak seperti kain putih, ibu-bapanya lah yg mencorakkan. ini syariat, anak memenuhi kehendak org tuanya. tiada org tua yg ingin melihat anaknya gagal dan susah. kerana itu apabila anaknya demam, si ibu juga tidak tidur malam kerana menjaga si anak. kerana itu bapa sanggup bekerja siang malam bagi menangung pelajaran anaknya. menghantar tusyen dan memenuhi keperluan anaknya sehingga baju tidak berganti dan rumah tidak bertambah. kepuasan org tua adalah semasa melihat kejayaan anak-anaknya, bukan kepuasan berpakaian baru atau rumah besar. sekali lagi kada' dan kadar. siapa tahu setelah anak-anak berjaya akan ada kelebihan buat itu semua.

seorang muslim /muslimat sebenarnya memenuhi kehendak syariat Islam. perkaranya 3. wajib, haram dan makruh. yg wajib mesti di ikuti seperti sembahyang, puasa, zakat dan taat ibubapa. haram mesti di jauhi seperti syirik, murtad atau melakukan dosa besar. manakala makruh wajar ditinggalkan. cara dan kaedahnya telah ditnyatakan dalam Al-quran dan diperjelaskan melalui hadith Nabi serta kupasan mengikut mazhab. disinilah peranan menuntut ilmu. oleh itu ilmu adalah satu disiplin wajib bagi setiap mukallaf. anaku, janganlah sekali-kali lari dari mendalami ilmu walau apa bidang sekalipun kecuali yg mendatangkan keburukan dan kerosakan. itupun masih sunat bagi menangkis keburukan dan kerosakan seperti mempelajari ilmu sihir.
seorang manusia diturunkan kedunia sebenarnya memenuhi 'kehendak' Allah. supaya menyembah Dia. inilah kemuncak kepada tujuan kehidupan kita didunia ini. walaupun kelihatan mudah sebenarnya sangatlah susah. banyak sekali halangan dan dugaanya. cuba ingatkan semasa kalian sembahyang, apa yg kalian ingatkan. mengenai perkara kerja, perancangan hari esok dan mencari barang hilang. begitu sukar sekali untuk khsyu'. kerana disekeliling kita ada para syaitan yg membisikkan perkara-perkara mungkar. perkara-perkara negatif. inilah yg menanduk-nanduk kita supaya lupa memenuhi kehendak pengeran.
anaku,
kita tidak boleh mengikut perasaan kita semata dalam mengharung hidup. ada banyak contoh dikeliling kita yg memang Allah tunjukkan sebagai panduan. anak durhaka dapat pembalasan. malas menyebabkan kecundang dan kegigihan membawa kejayaan walaupun ianya tidak disukai. semua ini sebagai panduan dan ikutan. perasaan atau emosi jangan diturut. bukankah telah dinyatakan awal lagi bahawa kita perlu positif. emosi memang sebahgian dari kita tetapi perlu dikawal, bukan emosi mengawal kita. emosi sangat penting kerana hidup ini perlu ada rasa. ianya seperti makanan perlu garam dan gula, baru kita dapat menikmati kesedapanya. tetapi ingat penyakit darah tinggi dan dibetis berpunca darinya. ah.... alangkah indah ciptaan Allah. segala sesuatu disukat mengikut aturanya.
memenuhi kehendak adalah satu tangungjawab. tangungjawab yg dilaksanakan akan dibalas dgn pahala. pahala pula adalah bekal akhirat. oleh itu jangan merasa terbeban dalam melaksanakan kehendak yg ditanggungkan dipundak kita. walaupun yg kita inginkan berbeda. penuhilah kehendak itu kerana ianya punya nilai dan hikmahnya sendiri. umpama seorang yg mempunyai pilihan pasanganya sendiri tetapi diminta berkahwin dgn pilihan org tuanya. ikutlah kehendak org tua, kerana setiap ilham terutama melalui org tua ada hikmahnya. hanya kedangkalan ilmu menyebabkan kita tidak memahami tujuan sebenar.
apa yg ku nyatakan adalah dari kefahaman ku. ikutlah dan jadikanlah panduan.
wassalam.
klang.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Semoga Dirahmati Allah SWT.
Entry ini sarat dengan Nasihat, banyak yang tersirat dari yang tersurat, Wahai anak-anak ku hayatilah ia dan jadikan pedoman untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Penulis entry memang punyai bakat menulis yang baik..kalau ada idea yang berterusan elok cuba di publishkan dalam ruangan media cetak...pasti impak nya berlainan, barangkali lebih luas penerimaan nya..belum cuba belum tahu..biasa nya kita sendiri tidak mengenali bakat yang ada pada diri kita sendiri semoga berjaya..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification