Sunday, March 28, 2010

BLOG KITA DAH TAK MENARIK?

Assalamualaikum
Agak lama blog ini tak diupdate dengan entry baru. Kesebokan diri telah membawa kita kepada penyelesaian masalah sendiri hingga membataskan keupayaan kita untuk berinteraksi sesama ahli melalui medium blog ini. Namun saya percaya blog ini masih dilayari dan dibuka oleh ahli-ahli dekat atau jauh termasuk keluarga yang menetap di Amerika.
Beberapa minggu yang lalu memang hari- hari yang memerlukan saya menyelesaikan berbagai tugasan yang diamanahkan. Bermula dengan jemputan Ceramah dan bengkel Aplikasi Komputer di IKBN Jitra sepanjang minggu bermula 14 - 19 mac dan ketika itu lah Majlis kahwin Kak Niah di adakan di Cini.Dan kami terlepas majlis yang meriah itu. Pada 24 -25 ke Pesta Buku di PWTC dan 26 temujanji dan perbincangan serta penghantaran laporan ke ECER di KLCC.
Saya percaya yang lain-lain pun demikian juga, sebok dengan tugas masing-masing, sebagai pelajar dengan tugas menimba ilmu, sebagai mahasiswa dan mahasiswi dengan tugasan dan peperiksaan semester yang semakin hampir. Sebagai guru dengan NKRA, sebagai Pengurus Besar dengan tanggungjawab BESAR nya bagi memenuhi KPI yang ditentukan, sebagai Businessman and Women tentu dengan BIZZINESS nya sebagai Accountant, Juruteknik IT, Juruwang / Bankers ,Engineer, Pensyarah, kerani, Maritime (tak tau lagi pangkat nya) dan sebagai nya....termasuk pesara dan bila disenaraikan ahli-ahli kita mempunyai latarbelakang kerjaya yang berbagai-bagai dan menarik.
Saya kira akan menjadi lebih menarik jika pengalaman mereka ini dapat dikongsi bersama, dicatatkan didalam blog sebagai suatu catatan yang menjadi bacaan ahli-ahli. Catatan itu tidak perlu panjang, memadai dengan komen atau pandangan atau pengalaman ringkas dan tak semesti nya sesuatu yang serius malah yang melucukan, santai dan bersahaja juga dialu-alukan.
Dahulu saya terfikir masalah hard ware mungkin membataskan kita untuk berkomunikasi dengan cara ini tetapi apabila diselidiki hampir setiap ahli mempunyai FB masing-masing dan sentiasa berinteraksi antara rakan FB yang lain. Ini menunjukkan setiap ahli boleh berinteraksi melalui medium ini cuma kurang berinteraksi melalui Blog persatuan kita. Adakah blog kita sudah kurang menarik? hilang daya tarikan, isu-isu nya tidak menepati citarasa golongan majoriti? golongan muda masakini?....
mungkin juga ada generation gap didalam persatuan kita.....jika kita sendiri tidak menyayangi keluarga kita siapa lagi yang kita boleh harapkan untuk menyayangi nya.
marilah kita fikir bersama dan menyumbangkan idea.. sesungguh nya musuh kita adalah sikap kita sendiri..

Wassalam
Menara Gading
Machang.

5 comments:

kts said...

assalamualaikum semua,
pada umumnya anak-cucu sakijan adalah individu yg reserved. kurang bergaul, kurang bercakap, kurang berdebat, mengalah, mudah jadi follower. itu sebab kita dan anak-anak kita tiada yg poyo dijaman sekolah dulu. maka setelah kita dewasa kita pun begitu juga. ini menyebabkan penyumbang kurang berbanding pembaca. ini juga sebab mereka tak nak bagi komen . sebenarnya ini cabaran . cabaran kepada kita utk membuat anjakan paradigma dlm lanskap famili ini. berbeda dgn fb, biog sangat formal dan berstruktur. bukan semua berupaya mengisinya. bagi mereka yg tidak menulis atau berdebat; adalah satu seksa dan kepayahan buat melaksanakannya. kerana itu masih ada yg terdampar diruang edit, sehingga kini not published. tanya suria mengapa beliau begitu lemah sekarang. ana lainlah.... sudah tua.
wassalam.

Suria said...

Salam..
hai saya juga yang kena....

Anonymous said...

as salam..
satu cadangan ape kata bukak je satu FB tuk persatuan kite??kat c2 kite link kn blog kite ni skali...maybe lbh baik...sape tau...

kts said...

sangat setuju.. sapa nak mulakan. sila melangkah kedepan

paman nok said...

Setuju
Idea yang baik.....

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification