Salam..
Kami balik dari rumah Kak Tie pada hari Selasa lebih kurang pukul 1 petang. Kami singgah di Cherating,Adam dan adik-adiknya beriya-iya mahu mandi di kolam renang hotel jadi kami bermalam satu malam di sana. Sampai di Bandar Saujana Putra esoknya (hari Rabu) lebih kurang pukul 5 petang. Letih juga..yelah Emy suruh saya yang memandu dari Maran sampai rumah. Katanya dia letih dan mengantuk. Sampai di rumah kain baju kotor ada 3 plastik perlu dicuci beb! Itu belum masuk bab Adam dan adik-adiknya mendesak minta dibuatkan air milo saat itu juga..Iman pula demam..jadi rengeknya berpanjangan..adui..nak mengeluhla ni..tapi sabar..sabar...
Majlis perkahwinan Niah sudah selamat..alhamdulillah...tahniahlah buat Kak Tie dan Kang Mis dapat menantu yang kedua, begitu juga kak Oya, Ayun, Naim dan Aman..dapat abang ipar baru...semoga bertambah meriahlah keluarga mereka...
Okey saya cerita dari sudut pandangan saya...Kami sampai di rumah Kak Tie hari Sabtu petang, Kang Mis sedang sibuk bagi arahan untuk memasang bangsal memasak kepada ahli kejobos, Kak Tis sedang memantau orang bloknya buat inti kuih koci, Aman dan Ayun pun tak kurang sibuknya membantu mana yang patut. Bakal pengantin sibuk buat bunga manggar. Lepas Mangrib Abang Nasir dan Kak Sinah sampai bersama Kak Oya. Kak Oya membawa bersama muffin, kerepek dan seaneka jajan untuk bontrot kondangan. Penuhlah suzuki Swiff nya itu. malam itu Kang Mis dan Kak Tie sempat lagi pergi kenduri nikah rumah orang lain..begitulah mereka, tak sanggup menghampakan jemputan orang lain walaupun dalam keadaan sibuk dan letih. Lepas Isyak, Kak Oya, bakal pengantin, dibantu oleh Adam, Balqis, Abang Nasir, kak Sinah dan juga saya mula menyiapkan bungkusan untuk jemputan..ada banyak kasta kata abang Nasir.. yelah ada tetamu istimewa, kurang istimewa dan biasa-biasa saja..isinya gula-gula, muffin, kerepek dan telur...sambil-sambil tu kami bersembang-sembang...oh ya lupa nak cerita pelamin dan bilik tidur pengantin juga dah siap dihias pada malam itu...Kami tidur agak lewat malam itu lebih kurang jam 3 pagi...
Pagi Ahad dah mula memasak...sama ada untuk persiapan kenduri mahupun untuk makan kejobos. Apa yang saya perhatikan , bagusnya masyarakat blok Chini 5 ni mereka saling bermuafakat melakukan kerja-kerja kenduri..sumbangan bukan setakat membantu meringankan kerja-kerja kenduri, malahan juga keperluan kenduri seperti beras, gula, minyak, telur, kuih-muih dan pelbagai lagi..mereka juga cekap dalam memasak sehingga lauk untuk hidangan pengantin pun telah ditetapkan siapa yang akan menyiapkannya. Jadi kami suku sakat Kak Tie senyum ajelah..he..he..he.. halau nak harapkan kami agaknya pengantin makan lauk yang sama dengan tetamu yang lain ajelah...
Kakang dan Kak Mah sampai petang Ahad dalam pukul 6 petang. Yang ikut hanya Ijah, Anis, Huda dan Lan. Itupun Lan tidak membawa bersama isterinya. Isteri Lan sedang 'mabuk' jadi tak dapat nak berjalan jauh, katanya. Malam itu pula majlis akad nikah diadakan..Niah berbaju rona emas..tentu sahaja dia kelihatan berseri apatah lagi itulah detik-detik terakhir bergelar anak dara, lepas itu Niah jadi isteri orang..Alhamdulillah Kang Mis berjaya menikahkan anaknya tanpa masalah dan semuanya berjalan lancar...lepas majlis kad nikah ada pula marhaban....
Hari Isnin, majlis sebenar berlangsung..Temanya ungu, kami juga cuba memenuhi tema itu..Aman antara orang kuat Kak Tie dan Kang Mis, bayangkan kalau dia tak ada, tentu Kak Tie dan Kang Mis patah tangan..dialah yang disuruh ke sana dan ke sini..Aman pegi situ..Aman, ambil itu...sabar ajelah Man, besar pahalanya..Ayun tak kurang juga pentingnya, dia juga dapat mengembangkan bakatnya sebagai jurufoto..apabila saya cuba mengambil gambar menggunakan kameranya saya faham kenapa orang boleh jatuh cinta dengan kerjaya sebagai jurufoto dan atau jatuh cinta dengan kamera..memang boleh menimbulkan keasyikan dan kepuasan...Naim pula kerja (praktikal) jadi dia balikpun hari Ahad dan pagi-pagi Selasa dah ke Kuantan semula. Anak dara yang segan mandi tu (siapa ya) tak kurang juga pentingnya..dialah penyeri dan tukang sibuk keluarga Kak Tie.
Dalam pukul 3 petang, tetamu mulai surut..Lupa nak cakap saudara sebelah Kak Tie yang datang antaranya, Paman Ngit sekeluarga,lagi (saya tak tau namanya) dan saudara Kang Mis pula satu bas beb!Katanya semuanya datang lebih kurang 50 orang...kamipun bertungkus-lumus menyiapkan bontrot untuk saudara mara..yelah tak kan nak bagi gula-gula dengan kerepek aje..kena bagi X-tra ,nasi dan lauk berkat...Apabila tetamu mulai surut..eh..eh..orang kejobos pun surut..cam mana ni ? pinggan mangkuk banyak tak basuh lagi, periuk belanga bersepah, lauk pauk di sana-sini, lalat dah mula datang...siapa nak buat semua ni.....Kami pun mula basuh pinggan..Syukur..lepas asar orang blok datang semula, rupa-rupanya mereka balik rehat, mandi dan sembahyang dulu..itu yang bagus orang blok ni...akhirnya kerja berat-berat semuanya selesai...tinggal mengemas dan menyimpan sahaja..wah banyak barang lebih, gula, telur, beras dan adalah beberapa barang lain...
Kakang dan keluarganya balik petang itu juga, jadi agenda dan rancangan untuk bermesyuarat keluarga malam itu tertangguh...tak cukup korum..dan lebih terasa kekurangannya apabila saudara di Machang tiada bersama....
Oh ya memang saya nak upload gambar tapi maaflah 2/3 hari ni emi sibuk kerja, balikpun dah malam...jadi saya tak sempat nak pinjam laptop dia nak upload gambar. (gambar-gambar disave dalam laptopnya)..Itulah cerita serba sedikit tentang majlis Niah..mungkin orang lain boleh cerita dari sudut yang lain pula..
Saturday, March 20, 2010
Majlis Niah
3:54 PM
suria
1 comment
1 comments:
Salam
Tahniah akhir nya cekgu jugak yang dapat menceritakan peristiwa penting di cini tu. Maklum lah kenduri mantu yang pertama. Dari entry ini dapat lah dibayangkan suasana nya meskipun kami tak dapat menghadiri nya tapi pasti kalian terasa ketidak hadiran kami...apakan daya kata KTS rakyat didahulukan hehehhe.
Begitulah selalu nya aku selalu terlepas peristiwa yang pertama. Dulu masa kakang misbah buat kenduri mantu sahari pun kami tak dapat bersama. Ni kang Mis dan kak tie pun sama kami missing lagi...aku risau nanti kenduri KTS pun silap hari bulan aku missing jugak....hahahaha
sebab dia pun kenduri yang pertama...
Memang gambaran nya sungguh meriah apa pun tahniah kerana semua ahli keluarga kecuali aku dapat hadir dalam majlis tu. Majlis pun dah selamat dan pengantin juga dah selamat. Kita sama - sama doakan Semoga pengantin dipanjangkan jodoh nya dimurahkan rezeki dipanjangkan umur diberi kesihatan hingga ke anak cucu.
Wassalam.
machang
kelantan.
Post a Comment