Wednesday, May 16, 2012

UCAPAN SELAMAT DI BULAN MEI

 Assalamualaikum, semoga di rahmati Allah.
Sudah agak lama terputus nya tanpa entry baru  menyebabkan blog ini kembali sepi. Terputus nya amalan menulis telah menimbulkan rasa malas, dan menjadi tugas yang sukar meskipun mencuba untuk menulis sebaris ayat akhir nya perasaan malas pun muncul.
Ia perlu bermula semula insyaallah kesungguhan akan menghilangkan rasa malas tersebut. Dan akhir nya memberikan rasa mudah dan selesa.

Jika kita perhatikan banyak sambutan yang diraikan sepanjang bulan Mei.

1Mei Selamat Menyambut Hari Pekerja.

Bermula seawal 1 Mei setiap tahun kita akan menyambut dan meraikan Hari Pekerja. Kebanyakkan ahli-ahli kita telah termasuk didalam golongan ini. Selamat Menyambut Hari Pekerja. Tak kira samaada kita bekerja makan gaji atau bekerja sendiri ia tetap diraikan.

Bekerja memberikan kita pendapatan atau upah. Kebanyakkan nya akan digunakan untuk keperluan kita seharian atau keperluan tanggungan kita didunia ini. Pendapatan atau upah tersebut membolehkan kita meneruskan kelangsungan hidup seharian kita. Bersyukur lah dengan rezeki yang telah Allah SWT berikan kepada kita. Jumlah pendapatan atau upah adalah berbentuk subjektif. Samaada banyak atau sedikit ia tidak memberi kesan signifikan yang banyak kepada keperluan hidup kita. Apa yang sering kita jadikan matlamat adalah kehendak kita. Kalau diikutkan memang seluruh isi dunia ini ingin kita miliki. Hakikat nya ia bukan keperluan untuk kehidupan kita. Rezeki atau pendapatan yang sempurna adalah yang membawa kita kearah kekayaan di akhirat kelak. Tidak salah malah sentiasa digalakkan untuk kita berusaha menambahkan pendapatan. Jika dengan menambahkan ilmu dan kelulusan dapat menambahkan pendapatan lakukan lah. Jika dengan bekerja keras dapat menambahkan pendapatan juga sangat digalakkan. Ingat malah saya sendiri cuba mengingatkan diri saya bahawa sebahagian dari apa yang kita perolehi adalah milik hak orang lain. Bersedekah dan berzakat bagi yang berkemampuan.

Namun sepanjang saya bekerja sudah hampir 26 tahun ini seingat saya tidak pernah mengenepikan upah untuk diri saya sendiri. Sebenar nya saya sendiri tak pernah merasa upah dari pendapatan yang saya perolehi. Semua nya dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Selebih nya saya simpan untuk simpanan. Dan simpanan sebenar nya bukan upah untuk kita bekerja sebalik nya ia bakal digunakan untuk keperluan yang tak dijangka. Sebagai saorang ketua keluarga lebih banyak bekorban untuk orang lain. Anda bagaimana....SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA. Bagi mereka yang bergelar majikan keuntungan bukan lah segala-gala nya. Kebajikan pekerja keselesaan bekerja dan hubungan yang baik diantara pekerja dan majikan adalah kunci kejayaan. Ia perlu dikongsi bersama.

Selamat Menyambut Hari Ibu

Mei juga bulan dimana diadakan sambutan hari ibu. Tidak pasti siapa yang memulakan untuk meraikan hari ibu ini. Meskipun sesetengah golongan seakan tidak berapa bersetuju untuk meraikan nya tetapi dari suatu sudut pandangan elok juga ia diraikan bagi tujuan menghargai jasa wanita yang bergelar ibu.
Ibu adalah insan yang sangat istimewa dan kedudukan nya sangat penting dan tinggi disisi Agama Islam kita. Mereka lah yang telah melahirkan kita kedunia ini dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan lelah melayan kerenah kita sewaktu kita kecil dahulu. Malah kita tidak boleh menderhaka kepada ibu dan syurga itu terletak ditapak kaki ibu (ibarat nya). Begitu tinggi martabat saorang yang bergelar ibu. Bagi yang masih mempunyai ibu hargailah ia. Setiap ibu tidak mengharapkan balasan anak-anak nya apabila dewasa namun apa yang diharapkan ialah anak-anak menjadi dewasa dan menjadi insan yang sempurna dan tidak melupai nya.
Semoga Arwah ibu dan bapa saya sentiasa dirahmati Allah SWT. Alfatihah buat mereka berdua.

Selamat Menyambut Hari Belia

Hari ini 15 Mei adalah sambutan hari belia. Mereka yang bergelar belia adalah yang berusia diantara 18 hingga 45 tahun. Tidak ramai diantara kita yang perasan mengenai sambutan nya. Walhal ramai diantara ahli kita juga berada didalam kelompok ini. Saya sedang melangkah keluar dan memasuki gerbang warga emas. Waktu belia saya dahulu berlalu tanpa banyak pengalaman menarik yang dapat dikongsi.

Sebagai golongan belia anda adalah harapan bangsa dan negara untuk masa hadapan. Sebagai ahli persatuan ini anda adalah belia belia yang bakal meneruskan kelangsungan persatuan ini dimasa hadapan. Jadilah belia yang baik, aktif dan berketerampilan. Belia juga mesti mempunyai wawasan dan visi masa hadapan. Anda sebagai belia harus mampu menyumbang buah fikiran dan berperanan membawa perubahan kearah kebaikan sejagat. Timba lah ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Bergaul lah dengan masyarakat umum dan baik juga jika boleh melibatkan diri dalam berpersatuan belia yang banyak ditubuhkan di negara kita. Banyak juga dana-dana yang diperuntukkan untuk belia menjalankan aktiviti yang berfaedah seperti bagi tujuan memulakan perniagaan, kursus kemahiran dan lain -lain.
 Saranan saya belia yang baik perlu ada semangat juang dan jati diri yang tinggi. ada matlamat hidup visi dan misi untuk mencapai nya. jauhkan diri dari aktiviti yang tidak berfaedah dan elakkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang songsang dan melanggar hukum agama dan undang-undang negara. Jadilah belia muslim yang benar-benar islam. jangan tinggal solat, patuh kepada ajaran islam sepenuh nya..dan jangan merokok serta jauhi diri dari dadah dan rempit. Hormati kedua ibu bapa dan orang tua. Dengar dan patuh lah nasihat mereka. Insyaallah anda menjadi belia yang cemerlang dunia dan akhirat. SELAMAT HARI BELIA.

Selamat Hari Guru.

16 Mei setiap tahun ia diraikan untuk mengucapkan penghargaan kepada mereka yang bergelar GURU. Kepada kita ia sangat signifikan. Tanpa mereka siapalah kita pada hari ini. Jasa guru kepada kita semua  memang tidak dapat dinafikan. Kita mengenal huruf dan seterus nya membaca, menulis dan mengira....dimulakan oleh guru-guru yang sangat dedikasi. tanpa mengenal jemu dengan segala pahit masin perlu di telan bagi memastikan kita boleh membaca, menulis dan mengira.

Guru tetap seorang guru, tetapi anak murid  hari ini menjadi orang yang mempunyai kedudukan, pangkat serta jawatan dan kerjaya yang berbagai-bagai. Malah ada yang kelulusan lebih tinggi dan kerjaya yang lebih hebat dan glamour dari guru nya.

Hari ini kerjaya saorang guru tidak segelamour zaman dahulu. Ia suatu cabaran yang perlu dihadapi dengan hati yang terbuka. Apa yang penting niat saorang guru jangan terpesong dari tujuan dan matlamat sebagai saorang pendidik - iaitu melahirkan insan insan kamil masa hadapan. Kejayaan saorang guru adalah apabila berjaya melahirkan insan yang bukan hanya diukur dengan berapa banyak A yang diperolehi dalam peperiksaan atau % kelulusan yang tinggi tetapi melahirkan insan yang mulia, berbudi pekerti, dan mampu membawa diri nya kearah kecemerlangan hidup didunia dan di akhirat walaupun mungkin tiada A yang diperolehi nya didalam peperiksaan. Anak murid saya yang paling nakal dahulu sering saya rotan dialah yang pertama datang berkunjung dan melawat bekas guru nya dengan membawa buah tangan. Saya merasa segala usaha saya seperti dihargai....Allohuakbar.

Ia bukan suatu tugas yang mudah tetapi juga bukan suatu tugas yang sukar. Ia adalah tanggungjawab. Laksanakan dengan ikhlas. Segala-gala nya kerana Allah. Mohon lah kepada NYA semoga tugas mendidik anak bangsa dipermudahkan. Anak-anak tetap anak-anak....mereka masih tidak mampu berfikiran seperti orang dewasa...mereka masih belum dapat melihat masa hadapan seperti mana kita telah lalui....seperti mana kita mampu melihat nya kerana kita sudah dewasa. Kita lah yang perlu membantu nya berulang kali..berulang ulang kali tanpa jemu umpama titisan air di permukaan batu setiap hari air dititik  dan akhir nya batu yang keras menjadi lekuk.....kita juga adalah cekgu  kita sebagai ibu bapa juga guru kepada anak-anak kita.....

SELAMAT HARI GURU kepada ahli persatuan ini yang bergelar guru......

- Cekgu Syamsiah
-Cekgu Saniah
-Cekgu Balqis
-Cekgu ShahruNizam
-Cekgu Huda
-Cekgu Anis
-Cekgu Liza

Sebakul mawar merah buat kalian Semoga  menjadi guru dan pendidik yang cemerlang....

Wassalam
Cekgu Danuri.





2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih cek gu.
Bulan mei yg sarat pristiwa
Dan penuh suspen menjelang pru13
Sudahkah di muktamatkan
Hati dan emosi
Semuga kejayaan di sebelah kita.
Insyallah.

DANURI SAKIJAN said...

dah semak ke nama.....hehehe

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification