dahulu kita begitu akrab
begitu tulus
begitu setia
lalu cinta daku tumpah dibibirmu
bibirmu nan basah
bibirmu nan ghairah.
kita sering terbuai
pada senja-senja mengasyekkan.
maka camar terbang ulang alek
cemburu kepada kasih kita.
setiap kali dunia bertindak ganas dan keras
melukai nadi dan jantung,
kepadamu daku datang
kekasih dan ibu.
pelukanmu begitu lembut dan menenangkan
belaianmu membuat ku lupa
betapa kejam dunia.
aduhai,
mengapa yang ingin terhalang
takdir berbeda,
memang kasih selalu diuji
sayang sering merana.
camar,
masihkah kau cemburu
ataukah simpati.
senja ini,
dihadapanmu jiwa ku bergetar
diwajahmu ada kaca
ada tangis
ada rindu.
dibibirmu ada keluhan
ada bisikan.
aduhai, betapa tulus, betapa setia.
betapa kejam daku
kepada kekasih, kepada ibu
dikejauhan
kasih sayang masih terpantul
pada bayang-bayang senja nan redup,
sedang camar terbang ulang alek
resah mengharap
pecahan duka bertaup
sebelum senja melabuh tabir.
disenja ini
dimata ku
laut membiru
camar memburu.
sg.hj.dorani
24 mei 2010
Friday, May 28, 2010
laut
1:37 AM
mohdnasir
8 comments
8 comments:
Seperti biasa, puitis dan mendalam. Ebal agak sukar untuk berbuat demikian. Sebab dah terbiasa buat lirik lagu yang x terlalu mendalam sebab takut org x paham. Akhirnya keindahan ayat itu kurang dan ebal biasa buat separuh atau sikit2 je lirik puitis...tapi ebal akan cuba gak pertingkatkan kepuitisan hasil ebal...
as salam,
ilham tidak mengenal waktu,
ianya adalah satu peluang.
if u not grab, it's will lost.
kebolehan ?
sebahagian besar boleh dipelajari
selebihnya bakat.
bukankah semua dari kita mempunyai potensi diri;
mengapa tidak dicari
digali dan digilap.
Bukannya tak dicari,
Bukannya tak nak dicari,
Tapi belum terjumpa...
Sajak ni dah boleh hantar kat surat khabar..Why not try...
Aku perlu banyak kali baca untuk memahami apa yang tersurat dan tersirat.. any way keep writing..
Apa kata kumpul semua sajak abah, pastu buat antologi?
ide bagus..
tapi tak tau macamne nk antar.
natolo buleh mula kumpul dari sekarang.
as salam.
sajak ini mudah saja.
ana ke pantai sg hj dorani.
terlihat laut dan camar [burung laut]
dulu kita dan laut = sinonim,
setelah sekian lama, ini ana kembali menatapnya.
disinilah ilham mengalir...
tetapi sajak ini boleh juga mewakili situasi ini:
kita punya org yg kita sayang,
kemudian berpisah, kerana takdir tak selalu menepati keinginan dan kasihsayang sering diuji dgn perpisahan.
yg menjadikan ia lain = susunan kata
dan limpahan emosi...
bagi yg mengerti.
ooo ok paham dah
Post a Comment