Thursday, May 13, 2010

kesedihan

salam semua.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw
kami dalam kesedihan
semalam pagi ikan dlam akuarium kami telah meninggal dunia.
lebih setahun ia bersama kami.

pagi ini
ruang terasa sepi.
hanya meja akuarium yg kaku
dingin dan beku.

tiada lagi
gerak tari sirip dan ekor
renung mata lembut
syukur menangkap rezeki.

memang aku telah bersalah dgn mu
membiarkan sendiri dlm ruang kecil;
maafkan daku
kerana aku juga seperti mu
terpenjara diruang kecil.

selamat jalan sahabat
kesudian mu menemani sepanjang hayat
menjadikan ku semakin sepi
semakin terpenjara.

13 may 2010
-buat sahabat yg telah pergi meninggalkan daku-

9 comments:

Anonymous said...

Salam
wah sedih nya Takziah lah ikan engko dah meninggal dunia. Rasa nya dah tiba masa dia tu untuk pergi selama nya.
Bela ikan baru je..

kts said...

tidak sama dgn yg lama

emi la said...

salam takziah buat kau sekeluarga.. bak kata pepatah.. patah tumbuh hilang berganti... beli jer yang baru @ kau bela ikan haruan pulak?? camana nanti aku belikan

Paman Nok said...

Assalamualaikum. Solawat dan Salam kepada Nabi Muhammad Nabi junjungan besar kita.
Itu lah kebesaran Allah SWT. Dia sentiasa menunjukkan kepada kita akan kekuasaan nya dan sentiasa memberi peringatan bahawa segala galanya yang wujud hidup dan mati atas ketentuannya. Kita perlu sentiasa mengambil peringatan tersebut kerana kita pun makhluk yang bernyawa seperti ikan engko tu jugak. Seharus nya ia sentiasa menjadi peringatan kita bahawa bahawan Allah itu maha Esa dia yang berkuasa keatas segala nya dan peristiwa ikan engko mati tu adalah peringatan kepada kita walaupun ia boleh diganti dengan ikan haruan atau toman malah ikan apa sekalipun tetapi kematian adalah pasti dan peristiwa kematian itu perlu dapat menambahkan ketakwaan kita kepada Maha Agung Allah Subhanahu Wataala dan persediaan kita.

Wallohualam.
Tazkirah pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini.

kts said...

salam,
emi,
belikan sekali haruan yg dah siap masak.
masak lemak cili padi tau...

Paman nok said...

HA Emi jangan lupa bawak ikan Talapia Hitam dalam 10 kilo untuk masak Asam pedas cili padi masa gathering Nahar nak nikah nanti ke Machang Ye. Kalau boleh bagi tau Kak tie tangkap Ikan toman sekali untuk panggang makan cicah dengan sambal asam jawa........Baru kelas.
Aku siapkan beras siam .. itu pun nak cari yang under ground punya..
Jangan lupa engko datang awal tau yang penting simpan semua resit untuk Claim kat KTS..
hahahaha jangan marah
SELAMAT HARI GURU.

k. ita said...

buat ikan bakar lah sedap, makan dengan sambal cili, ummph...makan 2-3 pinggan!

...NuRuL... said...

paman...tanam duri ikan tu kt dpn umh..t tmbuh pokok..(mcm dlm citer bwg putih dan bwg merah)...hehe

ayun said...

bkan duri la.tulang ikan..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification