Sunday, May 9, 2010

Guangzhou Cina


Assalamualaikum kepada semua ahli persatuan
1Mei 2010 kami berkesempatan melawat Canton Fair 107th di Guangzhou China. Berlepas dari LCCT jam 4 15 petang dan tiba di Guangzhou jam 8 10 malam . Sa orang rakan kenalan menjadi tourist guide kami sudah menunggu di Baiyun International Airport - Kathy panggilan nama nya.
Boleh berbahasa Inggeris tapi dengan loghat Cina yang agak sukar difahami. Bahasa mandarin adalah bahasa rasmi dituturkan oleh semua rakyat China.
Pertama kali menjejakkan kaki di China bahasa merupakan masalah utama kepada para pengunjung luar seperti kami. Mereka tidak tahu berbahasa Inggeris. Apabila kita berkomunikasi banyak menggunakan isyarat dan pen serta kertas untuk di tulis secara roman atau di lukis secara lakaran. Namun bagi tujuan jual beli sudah ramai yang memahami bahasa asas Inggeris untuk berurusan.
Makanan halal juga merupakan suatu masalah kepada kita yang muslim. Walaupun ada banyak restoran Halal muslim kebanyakkan nya dari bangsa Uigur. mereka ini Islam dan kebanyakkan mereka membuka kedai makan berhampiran dengan hotel-hotel besar yang dikunjungi pelancong luar termasuk pelancong Islam. Kita perlu bertanya kepada pekerja hotel atau pemandu pelancong untuk mengetahui lokasi restoran tersebut. Alhamdulillah hotel-hotel yang kami duduki tidak jauh dari restoran tersebut. Menu.. ada nasi dan biasa nya mee. Saiz pinggan semua nya besar-besar..lauk daging kambing, lembu dan Kok..kok..kok (ayam). Kena buat bunyi baru mereka faham..
Guangzou adakah sebuah bandarraya yang sangat besar. Moden dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit untuk kediaman. Tak ada beza nya dengan Kuala Lumpur. bandar ini sangat sebok. pengankutan awam nya banyak dan efficient. Leboh raya nya bertingkat-tingkat.


Ada yang sampai 4 tingkat setinggi bangunan 10 tingkat. Penduduk nya sangat ramai dan sentiasa bergerak. Kita tidak akan jumpa anak-nak muda yang duduk lepak-lepak. Mat rempit langsung tiada kerana tak ada sebuah motorsikal pun dibenarkan melalui jalan raya. Hanya basikal sahaja dan kereta. Rata-rata mereka hanya berjalan kaki dan menaiki kenderaan awam seperti bas, teksi, trem bandar, keretapi dan underground train yang dipanggil metro.
Agak mengejutkan buat pertama kali sampai di sini bandaraya ini malah disemua bandar di China adalah bebas dari anjing dan haiwan peliharaan. kita tidak akan jumpa anjing dan tokong cina didepan rumah atau di tepi kedai. Kebanyakkan mereka tidak mengamalkan agama jadi takada bau colok yang terbakar dan memedihkan mata sepertimana rumah cina dan kawasan penempatan cina di negara kita. Mereka mengamalkan Ekonomi kapitalis, masih berfahaman komunis dan tidak mengamalkan agama. Bandar mereka bersih tetapi sesak untuk didiami.
Sebagai pelancong kita tidak merasa bimbang dan selamat untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Meskipun mereka masih berfahaman komunis tetapi mereka megamalkan nilai-nilai murni sejagat yang tinggi. Banyak perbezaan nya diantara Cina di negara China dengan Cina di Malaysia.

jumpa lagi.

4 comments:

k. ita said...

wah..wah...wah, world traveler, where will you go next time? tak lawat the great wall of china?

Paman nok said...

Itu di Beijing ..kena naik train ke sana dari Guangzhou 2 hari 1 malam lagi.. Insyaallah kalau ada peluang ke tempat lain kita pergi.jauh perjalanan luas pandangan banyak pengalaman..ia membuka perspektif yang lebih luas terhadap dunia dan kehidupan ini dan lebih memberi kefahaman kepada kita mengapa tuhan cipta dunia ini untuk didiami oleh manusia yang berbagai kaum, dan mengapa Islam menggalakkan kita berjalan kemerata tempat di bumi ini.

Nia-Ixara Studio said...

As salam paman,
wah...best2 merantau jauh...
nk tanye...smua g ke paman dgn arif je??
2 org je yg nmpk..

Paman N said...

Paman pegi dengan urusan kerja 2 orang dengan timbalan pengarah, 2 orang dari pihak industri dan 1 orang GM Yayasan Tuanku Nur Zahirah Trgganu.
Arif tumpang je ...saje bawak dia pergi tengok dunia luar..harap-harap dia dapat semangat baru dan pengalaman berguna untuk masa depan dia.
Insyaallah akan diceritakan dalam entry seterusnya. Cuma sekarang dah banyak kemudahan dan peluang untuk yang muda-muda macam engkorang ni untuk menjelajah dunia ini...so grab the opportunity..thinking out of the box dan adventures sikit. Kena ada keberanian...kita jangan masih seperti katak duduk bawah tempurung..Pengalaman engko ke pulau Mabul di semporna tu satu permulaan yang baik..paman pun sampai di Semporna je tak sampai ke pulau tu...plan yang dekat dulu negara asean.. boleh pergi..bleh balik..kira lulus lah... Kalu nak tip melancong ke luar negara boleh paman bagi..untuk jimat bajet dan sebagai nya..OK

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification