Wednesday, December 25, 2013

LANGKAH PERTAMA

Assalamualaikum
Semoga kita semua diberkati dan di Rahmati Allah.
Sudah sebulan lebih blog ini sepi tanpa  entry baru. Ia saolah terhenti seketika tanpa noktah. Sudah menjadi lumrah kehidupan dalam segala perkara ada ketika ia berada diatas dan sampai masa ia berada dibawah. Benarlah kata pujangga bahawa kehidupan ini umpama putaran roda. Jika kita bernasib baik apa yang pernah kita lalui masa silam kita dahulu akan berulang kembali saolah ditayangkan semula melalui pengalaman anak-anak kita......Masyaallah itu lah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT ...ia merupakan peringatan kepada kita semua sebagai makhluk Nya..supaya sentiasa mengingati Nya dan mengambil ikibar serta yang paling penting peringatan kepada perjalanan kita seterus nya ke alam akhirat alam yang kekal abadi dimana ia adalah tempat dan masa untuk kita diadili atas segala perkara yang kita lakukan semasa hidup di muka bumi ini.


Tahun Masihi 2013 sudah hampir sampai ke penghujung nya. Tidak sampai seminggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi 2014. Masa beredar begitu pantas. Sudah pasti peristiwa yang kita lalui sepanjang tahun ini malah tahun lepas juga masih segar dalam ingatan kita semua. Seperti lumrah nya ia kekal sebagai memori. Banyak perkara yang telah kita lakukan sepanjang perjalanan kehidupan kita di tahun 2013. Ada yang manis dan tidak kurang juga yang pahit bagai hempedu. Ada yang menggembirakan dan tidak kurang juga yang menyedihkan. Ada yang menyakitkan dan ada yang menyembuhkan. Ada cita-cita yang tercapai dan banyak yang tidak dicapai. Ada yang berjaya dan ramai juga yang gagal. Namun hakikat nya kehidupan perlu diteruskan. Apa yang telah kita lalui samaada tercapai cita - cita atau tidak yang pasti usia kita semakin meningkat. Cita-cita dan azam tidak semesti nya pada setiap awal tahun baru sahaja untuk diperbaharui. Ia hanya sebagai kayu pengukur terhadap pencapaian kita bagi satu tahun yang telah kita lalui.

LANGKAH PERTAMA
Benar sekali akan kata-kata bahawa setiap kejayaan yang ingin kita capai perlu di mulai dengan langkah pertama. Langkah pertama adalah sangat penting. Ia merupakan langkah yang menentukan samaada kita akan berjaya atau sebalik nya. Memulakan langkah pertama amatlah sukar. Ramai diantara kita yang lebih selesa untuk tidak melangkah sebalik nya hanya berbaring malas dengan mengharapkan segala gala nya hadir dihadapan mata. Ramai diantara kita yang sentiasa was-was untuk memulakan langkah pertama. Ramai juga yang tidak pasti arah mana hendak memulakan langkah pertama agar langkahan seterus nya bukan membawa kepada jalan yang menyesatkan.

Langkah pertama memang sukar ditelah kemana kesudahan langkah kita seterusnya. Ramai yang tidak berani untuk melangkah setelah menerima pelbagai nasehat serta contoh-contoh negatif dari rakan sekeliling. Akhir nya ramai yang masih berdiri ditempat yang sama dimana ia belajar berdiri dahulu sambil memerhati dan melihat orang lain bertatih, berjalan jatuh bangun dan melihat orang lain berlari secara perlahan- lari-lari anak kata orang dan yang lebih mengguris hati melihat rakan yang sama bangun berdiri telah berlari dengan pantas serta penuh keyakinan malah beribu langkah meninggalkan kita......dan kita terus berdiri ...sehingga bongkok dan akhir nya rebah kebumi....
Ambil lah langkah pertama dengan betul. Memulakan langkah pertama perlu ada bekalan serta berilmu. Selain keyakinan diri yang tinggi, bermotivasi, berdisiplin serta semangat dan kegairahan untuk berusaha dan jangan sekali-kali ditinggalkan kebergantungan kita kepada yang Maha Pencipta  Allah SWT kerana tanpa izin nya juga segala-gala nya pasti tidak akan berjaya. Insyaallah lakukan dengan taktik dan prinsip yang betul. Belajar dari pengalaman mereka yang telah berjaya, buangkan rasa malu dan jemu bena lah imej kejayaan serta sentiasa membayangkan kejayaan yang bakal dicapai ..... ulanglah setiap hari insyaallah ia bakal hadir dalam diri semakin hari semakin membesar..membesar dan semakin dekat kepada kita .....

Ia bermula dengan langkah pertama. Seribu langkah bermula dengan langkah pertama....jika kita tidak berani melangkah kita tidak akan kemana-mana....

TAHNIAH KEPADA KAK OYA

Semalam merupakan langkah pertama beliau untuk menceburi bidang perniagaan..Dengan produk COCONUT JELLY dan KEK TIRAMISU...beliau mengorak langkah pertama memperkenalkan kepada orang ramai. Di tepi jalan masuk Taman Saujana Putra dibawah payung pinjam paman emi dengan ditemani Nur Arina sabar menanti pelanggan. Alhamdulillah beberpa cawan jelly kelapa dan tiramisu berjaya dijual....ia suatu permulaan yang baik..
Dan yang lebih mahal ialah beliau berjaya mengatasi segala kelemahan dalam diri sendiri memecah tembok perasaan malas, malu  rendah diri serta tidak berkeyakinan dan seribu macam perasaan lain ..yang menjadi halangan utama kepada faktor kegagalan saorang usahawan. Ketika entry ini di tulis beliau sedang berjaja dihadapan market basah SS 16....meneruskan semangat dan menambahkan pengalaman...
Marilah kita sama sama menyokong serta mendoakan agar usaha beliau berjaya dan meningkat dari semasa kesemasa, dimudahkan oleh ALLAH SWT jalan kejayaan nya, dibukakan pintu rezeki nya, dan semoga beliau lebih bertakwa dan membawa kebaikan kepada agama nya, agar rezeki beliau kelak boleh disumbangkan kepada zakat serta bantuan kepada golongan yang memerlukan. Amin.

                          INGIN MEMBUAT TEMPAHAN -HUBUNGI 010-3613217 (SYIKIN)

Anda boleh juga mencari nya di MUDAH .COM Kelapa Jely. Harga boleh dirunding untuk tempahan yang banyak...

Ia bermula disini......
 Malah sejarah perniagaan keluarga Sakijan bermula lebih awal lagi..
Saya terlibat dengan nya seawal saya disekolah rendah dahulu dengan menjual ais krim..Semangat nya masih membara.....legasi ini perlu diteruskan...

Jumpa lagi..
Wasalam



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification