Friday, May 24, 2013

KONVOKESYEN OH KONVOKESYEN

Ahad yang lepas saya menghadiri Majlis Konvokesyen kali ke 78 Universiti dimana saya menjadi pelajar dan kini mengajar.
Seramai hampir 1800 bergelar graduan bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk Fakulti saya sahaja. 30 tahun dahulu ketika saya bergraduan junlah nya hanya sekitar 180 orang sahaja itu pun Majlis konvokesyen diadakan hanya setahun sekali tidak seperti sekarang setahun 2 kali.

Melihat wajah-wajah mereka yang bergraduan dari atas pentas utama, telah mengimbau waktu silam saya ketika sebaya mereka. Kami begitu gembira dan ceria menunggu giliran nama dipanggil dan menerima skrol dari Pro Cancelor. Gembira nya sukar diungkap dengan kata-kata sekaligus menghilangkan rasa kepenatan, kepayahan dan segala perkara yang menjadi halangan serta rintangan sepanjang tempoh menuntut ilmu.

Dibaris atas tingkat satu dan dua pula kelihatan ibu-bapa memenuhi ruangan yang telah disediakan untuk melihat secara terus anak masing-masing menerima ijazah dan diploma di atas pentas. Juga sudah pasti terpancar wajah-wajah yang ceria gembira disulami rasa bangga atas kejayaan anak-anak mereka. Saya juga pernah merasai nya sebagai saorang bapa.

Saya memerhatikan setiap mereka  yang dipanggil untuk menerima skrol masing -masing. Kebetulan saya duduk dibarisan hadapan dimana mereka akan melintas turun. Pelbagai gelagat dapat saya perhatikan namun jauh disudut hati saya membayangkan bagaimanakah masa hadapan mereka dialam pekerjaan selepas ini.

Sukar untuk saya bayangkan apakah mereka dapat bekerja dalam bidang kursus yang telah diikuti semasa di Universiti. Lebih sayu lagi apabila saya membayangkan bagaimana harapan ibu-bapa mereka yang duduk ditingkat atas Dewan Besar yang pasti nya mengharapkan anak mereka mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing dengan segera.

Secara purata nya Graduan yang dilahirkan sabah tahun melebihi 80 ribu orang. Ia adalah jumlah yang bukan sedikit dan mereka sudah pasti pula akan memasuki pasaran pekerjaan yang sangat terhad. Akibat nya mereka akan bersaing lagi sesama sendiri bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. Persaingan pun bermula....Mereka yang bernasib baik dan memenuhi kreteria tertentu akan berjaya. Hakikat nya ramai yang kecundang.

Akibat nya mereka yang tidak cukup kompetensi akan terus ketinggalan....menganggur untuk satu tempoh jangka masa yang tidak pasti..Harapan ibu-bapa yang ingin melihat anak-anak menjawat jawatan yang baik selepas tamat mula pudar secara beransur-ansur....Anak muda pula secara perlahan-lahan mengendurkan semangat untuk bekerja  dan mensebatikan diri dengan keadaan persekitaran tempat tinggal masing-masing.

Perlukah kita pasrah dengan keadaan ini. Wahai anak muda harapan bangsa bangun lah, nyalakan obor semangat anda sepertimana yang pernah anda lakukan semasa menuntut ilmu dahulu. Kami telah tunjukkan jalan dan rahsia ilmu. Anda hanya perlu semarakkan nya semula...Bangun lah untuk menjadi usahawan. Saorang usahawan adalah saorang yang mencipta pekerjaan. Gunakan lah ilmu pengetahuan, pengalaman dan daya kreativiti anda bagi mencari keperluan masyarakat...kemudian aturlah strategi untuk memenuhi keperluan tersebut dengan jalan Allah. Anda perlu berusaha untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Dalam hidup tiada kegagalan yang ada hanya lah keputusan. Kita yang menyebabkan keputusan samada keputusan nya berjaya atau sebalik nya. Ubah lah minda dan pandangan anda jangan lah mengharapkan pekerjaan yang makan gaji. Sesungguh nya pekerjaan makan gaji hanya meletakkan kita kedalam situasi Confort zone semata-mata. Cukup tarikh pergi lah ke ATM picit keybord dan semak gaji. Ia tiada pertambahan "Law of Increase"  kerana gaji kita telah ditetapkan sebalik nya menjadi usahawan dengan aturan yang betul anda boleh mempertingkatkan pendapatan dan ia tertakluk kepada kerja keras dan saha anda ia tidak tetap.

Bangunlah dan lihat lah secara realiti kehidupan ini. Sesungguh nya kita akan sentiasa berada didalam kerugian jika kita melengah-lengahkan masa, pembaziran masa tanpa melakukan apa-apa dan mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.  Ubah lah...buatlah Visi dan Misi perjalanan kehidupan anda..Apa yang anda akan capai dalam tempoh sebulan, setahun, 2 tahun  10 tahun dan seterus nya..
tetapkan matlamat....baca buku motivasi orang-orang yang berjaya....dan berdisiplin..berdoa kepada Allah kerana segala gala nya adalah dengan izin nya juga...Insyaallah anda akan berjaya mengubah kehidupan anda ........

Dan Konvokesyen akan menjadi lebih bermakna kepada diri sendiri ...pensyarah anda dan lebih utama keluarga anda....

Semoga berjaya..

Nota:
1. Ada penjual goreng pisang hanya ada satu gerai sahaja - pendapatan nya mencecah 10000 K sebulan .....bekerja dari selepas zohor hingga sebelum maghrib.
2. Ada pengusaha membuat dodol sahaja ...boleh memandu Mers milik sendiri...
3. Ada suri rumah berniaga secara internet..punya blog yang menjual produk kraf "felt"..mendapat sambutan yang sangat menggalakkan...

Renungkan lah...dan bertindaklah...
jumpa lagi.










Thursday, May 16, 2013

GURU OH GURU

 Assalamualaikum Cekgu,
Selamat Sejahtera cekgu,
Selamat pagi Cekgu,
Selamat tengahari cekgu,
Selamat petang cekgu...

Ucapan di atas menggambarkan betapa tinggi nya penghormatan kepada mereka yang bergelar cekgu...setiap masa dan ketika dimana sahaja akan sentiasa diberi ucapan agar cekgu sentiasa selamat...
Insan yang bergelar cekgu merupakan mereka yang terpilih untuk menunaikan amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik insan supaya menjadi manusia yang sempurna, jasmani, rohani ,intelek, dan emosi.

Saya memasuki alam persekolahan pada tahun 1969 -darjah 1C Sek Keb Pasir Panjang. Guru kelas masa itu ialah Cekgu Nazri Mat Wali. Ia datang ke sekolah dengan menaiki basikal dan tinggal disebelah rumah tok penghulu yang hanya terletak berhadapan seberang parit dengan sekolah menengah. Beliau saorang guru yang baik tetapi tegas. Seingat saya pada masa itu hanya beliau sahaja yang mengajar semua matapelajaran. Membaca, menulis dan mengira, senaman dan melukis. Itu sahaja pelajaran nya pun.

 Meskipun saya tak pernah memasuki kelas tadika atau pra sekolah(tak ada pun masa itu) Pergi ke sekolah adalah waktu yang menyeronokkan. Bangun pagi awal dan kena mandi di perigi belakang rumah dalam suasana gelap hanya bercahayakan pelita minyak tanah. Saya berjalan kaki menuju sekolah melalui jalan tepi masjid dan hadapan rumah DID. Bekal hanya sepuluh sen sudah cukup untuk membeli makanan sewaktu rehat dikantin sekolah yang diusahakan oleh Pak Suki.

Saya masih ingat setiap kali sebelum balik diwaktu akhir kami akan berbaris ditepi bilik darjah. Cekgu akan memberikan kuiz atau sefer darab..siapa yang dapat menjawab dengan betul atau mengeja dengan betul akan dibenarkan keluar dahulu dan pulang ke rumah. Dan kami berlumba-lumba untuk menjawab dengan betul agar dapat keluar dan balik dahulu....Akhir nya ramai diantara kami dapat menghafal sefer dharab 2 x2 hingga sefer 12 x 12.  Akhir nya naik kelas darjah 2 saya berjaya ditempatkan ke darjah 2 A setelah berjaya menmperolehi prestasi no 1 setiap pepereksaan penggal.

Alam persekolahan peringkat rendah pada masa itu sangat menyeronokkan. Saya memasuki persatuan Anak Serigala ...sebelum menjadi pengakap. Banyak aktiviti dijalankan seperti perkemahan hujung minggu, berkawad, menjelajah hutan bakau di tepi laut yang tak jauh dari sekolah. Dalam kegiatan sukan saya tidak menyerlah seperti KTS yang sangat aktif dan tersohor  nama nya pada masa itu. Saya juga masih ingat bagaimana Ustaz Mukapit memilih saya sebagai wakil Qari untuk Musabaqah Al Quran peringkat sekolah-sekolah. Beliau mengajar saya mengaji dan ketika musabaqah diadakan beliau datang kerumah dan mengambil saya dengan menaiki motorsikal ke tempat pertandingan. Keputusan nya seperti yang telah diduga saya telah tewas. Pada masa itu Cekgu sangat dihormati dan juga ditakuti. Guru besar Cekgu Mokri sangat garang. Beliau akan menaiki basikal keliling kampung melalui sawah dan saya pernah terserempak dengan beliau ketika kami berkubang diparit tepi sawah bersama rakan-rakan. Beliau akan berhenti dan memarahi budak-budak yang berkubang di tepi parit yang menyebabkan keruntuhan tebing yang menjadi jalan laluan utama. Kami sanggup menyorok dibalik pohon pisang atau semak berdekatan sehingga beliau berlalu pergi.

Guru dahulu seolah-olah mempunyai karisma atau roh nya yang tersendiri.  Murid dahulu tidak berani membantah atau melawan cakap guru. Mereka mendidik dengan sabar dan tekun serta penuh keikhlasan. Kami pula akan cuba mengembirakan guru-guru yang mengajar kami dengan berusaha untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Kerana suka dengan guru Bahasa Malaysia di tingkatan 2 saya pernah memenangi pertandingan menulis cerpin dan hadiah nya ialah sebuah novel "Biru Ombak " karya Khadijah Hashim. Guru sejarah saya Cekgu Fadhli mengajar dengan menulis cerita sejarah dengan tarikh dan fakta dipapan hitam mulai dari hujung kiri atas hingga ke hujung kanan bawah  tanpa henti dengan menggunakan kapur tulis yang bertukar ganti tanpa buku teks. Saya melihat nya pada masa itu cekgu Fadhli sangat hebat seumpama telah menghapal buku sejarah didalam kepala nya. Sedangkan kami mahu mengingat melaka ditawan portugis pun mengambil masa yang lama. Namun hakikat nya pada masa itu untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang sangat susah.

Alam persekolahan menegah diteruskan ke bandar Kelang. Sek Tengku Ampuan Rahimah dahulu agak berprestij juga yang mempunyai asrama dan harian. Disini saya sempat memasuki pertandingan syarahan  dengan galakkan guru Bahasa Melayu. Pengetua pada masa itu ialah Cekgu Sujak. Ia sangat garang. Saya pernah didenda mencabut misai semasa di tingkatan lima kerana kesalahan ejaan.

Tamat SPM saya ditawarkan ke tingkatan 6 disekolah yang sama. Sempat mengikuti kelas selam 3 bulan sebelum ditawarkan untuk memasuki ITM  pada masa itu. Sewaktu mengisi borang permohonan ITM saya telah berjumpa dengan Cekgu Mohd Radzi yang mengajar BM di tingkatan 3. Beliau lah yang membantu saya mengarang essei mengapa saya memohon kurus di ITM dalam Bahasa Inggeris.

Ketika menuntut di ITM pensyarah yang mengajar saya diperingkat awal ialah En Syukur Hashim. Beliau juga adalah Course tutor untuk Pre-Diploma ketika itu. Saya mula membina hubungan rapat dengan beliau namun memasuki semester ke dua beliau menyambung pelajaran keperingkat Master di Bermingham UK.
Tamat pengajian saya bertugas sebagai guru sambilan di Institut Akademik Bakti Sungai Limau Sungai Besar. Ia sebuah sekolah swasta untuk murid-murid yang ingin  mengambil peperiksaan SPM dan STPM . Sempatlah saya mengajar Bahasa Inggeris dan Seni lukis hampir 3 bulan.

Bertemu pensyarah lama En Syukur dan beliau menyarankan agar saya mengambil Diploma Pendidikan Seni. Pada tahun 1985 saya menamatakan pengajian dan diawal tahun 1986 saya ditugaskan ke Beaufort Sabah sebagai Guru Pendidikan Seni. Maka bermula lah kerjaya saya sebagai Pendidik @ Guru.

Didalam meniti tangga kejayaan banyak dipengaruhi oleh guru-guru yang mendidik saya. Peranan dan pengaruh mereka sangat besar. Saya pasti tidak mampu membalas jasa mereka dengan wang ringgit namun saya sentiasa mendoakan agar semua guru-guru yang mendidik saya diberkati oleh Allah SWT. Agar segala ilmu pengetahuan yang diajarkan kepada kita dapat kita gunakan kejalan yang di redhai Allah dan mereka akan kekal memperolehi kebaikan nya hingga ke alam akhirat.

Saya sebagai pendidik dan ramai dikalangan ahli kita juga menjadi pendidik ..marilah kita berazam untuk menjadi pendidik yang baik. Pendidik yang mempunyai Roh yang baik, ikhlas, sabar, amanah bertaqwa kepada Allah SWT agar anak didik kita juga menjadi insan yang kamil, berjaya didunia dan akhirat agar kita juga memperolehi menafaat nya juga di dunia dan diakhirat.

16 Mei 2013
SELAMAT HARI GURU.

Foto saya  semasa darjah 4A 1972- Carilah sendiri .











Friday, May 10, 2013

IBU - SELAMAT HARI IBU

Seluruh dunia meraikan nya.
Sangat bertuah bagi mereka yang masih mempunyai Ibu.
Sayangi dan cintailah mereka kerana kedudukan nya yang sangat tinggi selepas kita mencintai Allah dan Rasul.

Doakan lah kesejahteraan dan  kesehatan nya agar sentiasa dipelihara oleh Allah SWT.
Peliharalah ia dengan kasih sayang sebagaimana ia memelihara kita semasa kita kecil dahulu.
Ziarahilah ia sekerap mungkin agar kita sentiasa merasai kasih sayang nya.
Dengarlah nasehat nya dan jagalah hati nya.


Samaada masih punyai ibu atau sudah tiada ibu dan jika benar kita sayangkan mereka marilah kita menjadi anak yang baik, menjaga solat kita terutama berjemaah dimasjid, bangun 1/3 malam, membaca al - Quran, berpuasa sunat terutama masuk nya bulan Rajab ( mulai esok)..Syaaban dan Ramadhan yang sudah begitu hampir ketibaannya. Membuat perkara-perkara kebaikan yang melambangkan sebagai anak yang soleh dan solehah...dan jagalah aurat dengan sempurna...

Jumpa lagi.

MG

Thursday, May 2, 2013

1 MEI SELAMAT HARI PEKERJA

Semoga di rahmati Allah

Kelebihan Bekerja
Dari Abu Hurairah RA kata nya Rasulullah SAW bersabda mksud nya:

 Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari meminta - minta, 
dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya akan dibangkitkan 
oleh Allah pada hari kiamat dengan muka nya bagai bulan purnama, dan siapa yang
 mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong akan bertemu 
dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka pada nya.

           Hadis diriwayatkan oleh Abu Laith al-samarqandi didalam tanbih al-ghafilin bab 61.

Hadis ini menunjukkan bahawa bekerja merupakan perkara yang dituntut. Ini enunjukkan kita perlu berusaha dalam meneruskan kesinambungan hidup. Dengan modal insan pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dengan kreatif inovatif dan bermutu. Dengan tahap disiplin yang tinggi sudah tetntu dapat menghasilkan natijah dan perkhidmatan yang cemerlang.

Sesungguhnya Islam menentang keras budaya malas, ponteng kerja dan sikapacuh tak acuh atau sambil lewa dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan.. Dengan sikap seperti ini sudah pasti akan menghasilkan kegagalan dan kemunduran bahkan memberi kesan kepada negara untuk mencapai wawasan yang gemilang.

Kata pujangga: carilah rezeki yang halal dan jauhi rezeki yang haram. Hindarkan diri mu untuk mengemis kepada yang lain. Berdagang itu lebih baik daripada menjadi pegawai atau makan gaji. Gunakan wang mu untuk berdagang dan hiduplah dengan sederhana.


Sabda Rasulullah SAW daripada Al Miqdam bin Ma' dikarib al-Kindi RA maksud nya:

      Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang ialah hasil pekerjaannya sendiri.
      Dan sesungguhnya Nabi Allah Daud memakan hasil kerja nya sendiri.
                                                              Riwayat Al Bukhari dalam kitab al-Buyu (2072)

Abu laith al-Samarqndi meriwayatkan dengan sanadnya dari Nasir bin Yahya berkata: Bahawa Nabi Daud sering keluar dengan menyamar. lalu bertanya dengan seseorang tentang kelakuannya, maka pada suatu hari Malaikat Jibrail AS menyerupai diri sebagai anak Adam sehingga ditegur oleh Nabi Daud. Hai pemuda apakah pendapat mu tentang Daud?. Sebaik-baik hanya ada satu sifat yang kurang baik. Di tanya apakah itu?.  Jawabnya iamakan dari Baitulmal, padahal tiada saorang hamba yang lebih disayangi oleh Allah lebih daripada orang makan hasil tangannya sendiri.

Maka kembalilah Nabi Daud ke mehrabnya sambil menangis memohon kepada Allah: Ya Allah ajarkan kepada ku usaha yang dapat aku kerjakan sehingga aku tidak lagi mengambil belanja dari Baitulmal. Maka Allah mengajarkan kepada nya membuat pakaian perang dan membentuk besi ditangannya sehingga bagaikan adunan, maka bila telah selesai dari melayani hajat rakyat nya maka ia kembali ke rumah membuat baju besi dan dijual untuk belanja keluarga nya. Demikianlah firman Allah yang bermaksud:  Dan kami bentukkan besi untuk Daud dan kami ajarkan kepadanya pakaian perang dari besi untuk menjaga kamu dari senjata ketika perang.

Tahniah kepada yang bekerja sendiri.... anda lebih baik dari saya.....

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.

jumpa lagi.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification