Friday, March 8, 2013

SEBULAN BERLALU

Assalamualaikum semoga kita semua di rahmati Allah swt.

Masa bergerak sangat pantas. Sudah sebulan berlalu selepas entry terakhir di blog ini terdampar sepi. Tiada siapa diantara ahli kita yang berkesempatan untuk mengupdate entry-baru. Begitulah keadaan nya saya kira masing-masing dengan hal dan perkara masing-masing yang perlu diuruskan saban hari. Jadual harian yang sangat padat. Ketidak cukupan waktu untuk mencatatkan seayat dua bagi disampaikan kepada khalayak yang mengunjungi blog ini. Masyaallah aktiviti seharian kita telah memberi pengaruh yang sangat besar kepada kehidupan  seharian  dalam meladeni kehendak diri sendiri dan dan semua yang dibawah tanggungan kita. Ia saolah olah tidak akan bernoktah.Semoga apa yang kita lakukan saban hari perlu diiringi dengan keikhlasan dan hanya kerana Allah. Semata-mata kerana Allah dan tiada sekutu bagi nya.

Pelbagai peristiwa telah dilalui sepanjang bulan february yang lalu. Perjumpaan ketua-ketua keluarga yang menjadi tonggak mewakili keluarga-masing-masing dapat berkumpul di rumah kecil saya di SA. Secara kesimpulan nya ia merupakan perjumpaan santai yang dirancang dengan pantas oleh Suria sempena Majlis Walimatul Urus Anak Hajah Syaripah dan Hj Dollah Kudin Waris tua terdekat kita di SS 24 SA.
Ia merupakan suatu majlis perjumpaan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim disamping bertanya khabar dan perkembangan keluarga masing-masing.

Banyak perkembangan yang telah berlaku samaada dalam bentuk material, kehidupan masing-masing dan pertambahan ahli -ahli keluarga telah dilaporkan kepada pengerusi iaitu En Misbahkhul Munir.. Sempat juga membincangkan beberpa aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2013 ini. Diantara nya Mini hari keluarga, 2. Majlis Korban sempena Edul Adha 3. Majlis Tazkirah dirumah ahli-ahli yang terpilih dan yang paling penting Yuran. Saya pasti ia ada dicatatkan oleh SU persatuan kita iaitu Cekgu Suria. Ada baik nya minit itu diupdatekan dalam blog ini. Harapan nya agar ada respon dari ahli ahli bagi penambahbaikkan atau pemurnian lagi.

Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan sudah pasti memerlukan kewangan. Alhamdulillah ada berlaku kutipan yuran semasa majlis dijalankan tempohari. Elok juga jika laporan kewangan diupdatekan dan ahli-ahli boleh memberi sumbangan idea bagaimana untuk melicinkan lagi proses yuran bulanan ini dapat dipungut. Selain itu ahli-ahli juga diharap dapat memberi idea-idea bagaimana mahu manjana pendapatan selain dari pungutan yuran bulanan. Sekurang-kurang nya ada aktiviti penjanaan ekonomi dalam persatuan kita dan ia baik bagi mendidik ahli-ahli yang muda untuk berkecimpung didalam perniagaan dimasa hadapan. Kita perlu yakin bahawa 9/10 dari punca rezeki itu datang nya dari aktiviti perniagaan.Bahkan Allah sangat suka kepada hamba nya yang melakukan pekerjaan sendiri dalam mencari rezeki seperti Nabi Daud. Dikalangan ahli persatuan kita sudah ada beberapa orang yang menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Alhamdulillah khabar nya sudah ada yang berjaya hingga merentasi sempadan negara...dan ada yang sudah berkira-kira untuk membuka cawangan perniagaan ditempat lain...Ia sesuatu yang sangat membanggakan dan saya sangat berharap agar mereka-mereka ini suatu masa nanti dapat berkongsi pengalaman kepada kita semua mengenai jatuh bangun nya mereka didalam bidang perniagaan yang mereka ceburi sekaligus menjadi contoh ikutan kepada generasi kita yang masih muda. Saya ingin memberi pesanan  jalankanlah perniagaan itu mengikut sunnah dan syariat yang dituntut oleh agama agar ia selamat dunia dan akhirat disamping mendapat rezeki yang halal keuntungan di dunia juga sekaligus mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda di akhirat kelak. Ingat lah kita perlu mengutamakan Akhirat dan dunia hanya sebagai laluan.

Juga beberapa peristiwa besar berlaku sepanjang bulan yang lalu. Negara kita telah diceroboh oleh segolongan puak yang menuntut hak sebagai tanah air mereka sehingga mengorbankan nyawa pasokan keselamat kita dan dari kumpulan penceroboh di Lahad datu Sabah. Adalah sangat malang sekali peristiwa ini berlaku diantara kita yang seagama islam. Banyak iktibar yang dapat kita perolehi dari peristiwa ini. Namun ingin saya simpulkan iaitu inilah akibat apabila kita melupakan Masjid. Bermakna kita melupakan Allah SWT yang mencipta kita. Tidak mensyukuri apa yang telah kita perolehi. Kita hilang arah dan hilang punca. Hilang pertimbangan dan hilang kewarasan. Dan sentiasa lihat pada diri sendiri dan jangan lihat pada orang lain. Semoga ia dapat diatasi dengan baik dan kembali tenang seperti sediakala....perajurit yang gugur semoga roh mereka dirahmati Allah.Sekali lagi saya nyatakan dunia ini hanya laluan ..Akhirat yang perlu diutamakan.

Jumpa lagi Wassalam.
Menara Gading.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification