Monday, October 31, 2011

Batu Pahat Johor

Sudah lama saya tak memandu jauh. Semalam saya ke majlis perkahwinan saudara sebelah isteri di Batu Pahat Johor. Dari Shah Alam say ke Jenjarum Banting untuk mengambil Kak Leha yang pergi sekali bersama kami. terus melalui Sungai manggis ke KLIA dan masuk ke lebuh raya utara Selatan melalui Nilai. Setelah memandu melaui lebuh raya selama 2 jam kami berhenti di Rehat dan Rawat hentian Pagoh. Di situ telah menunggu Abang Hafidz yang akan bertolak sekali bersama kami.

Setelah menguruskan diri dan berhenti rehat dengan secawan teh serta semangkuk soto kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Kami keluar lebuh raya melalui tol Yong Peng. Tol yang kami kena bayar dari Nilai sebanyak rm 25.60 sen. Dan kami sampai di rumah pengantin sekitar jam 12 tengahari.

Sebenar nya dah hampir 20 tahun lebih kami tidak pergi menziarahi saudara mara sebelah isteri di Batu Pahat. Ia merupakan suatu jangka masa yang lama. Kampung mereka dah banyak berubah. Apa yang sangat ketara perubahan nya ialah dari segi saiz rumah mereka kebanyakkan nya dah jadi gedi. Bukan itu sahaja ia cantik dan mempunyai suasana moden. Rumah yang dahulu tiang dan dinding nya kayu sudah menjadi rumah batu. Tiada lagi rumah bertiang tinggi dan mempunyai tangga serta serambi seperti dahulu. Jalan jalan kampung juga sudah berturap.

Mereka sangat ramah dan mengalu-alukan kedatangan kami dengan begitu mesra dan meriah. Adat sambutan mereka kepada kami masih seperti dahulu. Masing-masing mempelawa kami untuk kerumah mereka. Dengan rasa lapang kami menerima pelawaan mereka. kami berbual santai dan mesra dengan dihidangkan berbagai jenis minuman. panas dan sejuk. nasib baik kami dah makan di rumah pengantin jika tidak pasti kami dijamu dengan nasi disetiap rumah yang kami singgah.

Secara pandangan mata mereka hidup dengan aman dan tenteram. dengan bentuk rumah yang didiami ia menggambarkan kehidupan yang sederhana dan tenang. Ia berbeza ketika kami kunjungi 20 tahun yang lalu. Semak samun dan jalan tanah liat menghubungi satu rumah dengan rumah yang lain. Kini keadaan banyak berubah tapi alhamdulillah layanan mereka masih tetap seperti dulu. Kami bertolak pulang jam 3 petang dan sampai di jenjarum jam 6 30 petang. Insyaallah masih ada sedara mara lagi di negeri johor yang boleh di ziarahi.

Tuesday, October 25, 2011

Mahasiswa Sekarang

Hari ini kelas saya dijadualkan pada sebelah pagi. Seramai 26 pelajar saya yang mendaftar bagi kumpulan ini. Kursus Innovative and Contemporary Textile Design. Semester 4 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian.
Subjek ini memerlukan kefahaman pelajar untuk menghasilkan rekacorak dari subjek matter yang dipilih. Ia perlu diolah dan dikembangkan hingga menjadi suatu motif yang boleh dijadikan rekacorak yang menarik diatas fabrik. Para pelajar saya perlu memerah idea dan menggunakan daya kreativiti bagi mendapatkan hasil yang baik. Selain itu sudah diingatkan berkali-kali malah saban minggu untuk membuat penyelidikan terhadap rekacorak yang hendak dihasilkan.
Pada masa sekarang zaman limpahan maklumat melalui teknologi internet menghasilkan penyelidikan bukan lah suatu perkara yang merumitkan. Bagi memperolehi pencambahan idea pelbagai bahan rujukan sangat mudah tetapi perlu tahu teknik dan platform yang betul.
Tetapi anak-anak murid zaman sekarang agak terkebelakang dalam hal ini. Padahal segala-gala nya sudah terhidang didepan mata. hampir kesemua anak murid saya kebetulan semua nya wanita mempunyai laptop dan boleh mengakses internet walau dimana sahaja berada.
Kegairahan mereka menggunakan teknologi ini bagi menimba ilmu dan mencari maklumat sangat mendukacitakan. Akhir nya teknologi ini nampak nya sangat berjaya untuk dijadikan sebagai tool bersosial sahaja.

Mahasiswa Sekarang 2.0

En kami baru konvo minggu lepas. Tahniah saya membalas. Kami tak tau nak kerja apa. Sekarang tengah cari -cari kerja part time. Aduh terkelu saya sekejap tak tau apa nak dibalas dengan soalan tersebut. Saya percaya pertanyaan ini bukan datang dari saorang mahasiswa sahaja malah ia pasti dialami oleh beribu lagi mahasiswa yang lain yang telah bergaduan. Saya terkenangkan anak -anak saya yang masih menuntut di IPTA dan anak-anak sedara serta anak murid saya yang lain. Apakah pekerjaan mereka pada masa akan datang setelah bergelar graduan. Peluang pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan yang diperolehi sudah semakin sempit. Sesetengah sektor barangkali sudah tepu. Lantas pekerjaan apakah yang mereka boleh mohon apabila keadaan ini terjadi. kakitangan awam pula bakal diberi pilihan untuk berkhidmat sehingga umur 60 tahun. ?

Cara yang terbaik untuk memperolehi pendapatan ialah dengan bekerja sendiri. "Berniaga", kalau bunyi nya tak berapa sedap jadilah usahawan secara kecil-kecilan dahulu. Dalam kelas saya selalu menekankan peri perlu nya mereka menjadi usahawan. Tetapi biasa nya topik itu kurang mendapat sambutan kerana masing-masing belum celik dalam bidang perniagaan. Berniaga atau menjadi usahawan bukan lah suatu yang mudah..malah ia lebih sukar daripada menuntut ilmu di menara gading. Malah faktor yang paling utama sekali untuk menjadi usahawan atau berniaga ialah pengorbanan. Menjadi saorang usahawan banyak perkara yang perlu dikorbankan, antara nya kesenangan, masa, tenaga, harga diri, dan banyak lagi...disamping strategi, kaedah pemasaran, seni berniaga, modal, perhubungan dan lain-lain. Rata-rata mereka tidak bersedia untuk memasuki bidang ini setelah tamat belajar. Lantas apakah pilihan mereka ?

Monday, October 24, 2011

Hari Baru

Hari Isnin. Ia merupakan hari permulaan dalam minggu baru mengikut kebiasaan kita. Biasa nya bagi yang bekerja makan gaji hari ini merupakan hari yang agak malas untuk memulakan tugas. Ini disebabkan kita telah bercuti selama 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad yang disebut hujung minggu.
Kita faham rutin harian bermula seperti minggu-minggu sebelum nya. 2 hari berehat menyebabkan tempo waktu harian kita berubah. Terasa malas dan alangkah seronok nya kalau hari-hari seperti hari Sabtu dan Ahad. Ini boleh dirasai bila kita bersara kelak. Buat masa ini saya tak fikir kita dapat melakukan nya kerana faktor keperluan pendapatan dan tanggungan yang masih banyak. Hari ini saya mula menjadualkan aktiviti harian saya selama seminggu semoga saya berjaya mengikuti nya.

Antara Buku dan Bunga



Sabtu dan Ahad dihabiskan dengan duduk dirumah. Mengemas rumah dan menghias taman kecil dihadapan rumah. Membeli keperluan dapor untuk simpanan seminggu. Sabtu berkesempatan untuk ronda-ronda ke Sungai Buluh. Dengan harapan meninjau nurseri yang 11 tahun dulu banyak kedapatan ditepi jalan. Jalan-jalan telah berubah. Dahulu amat mudah untuk ke Sungai Buluh hingga ke Hospital Kusta. Kini jalan semakin besar dan digantikan dengan lebuh raya agak sukar untuk saya membiasakan diri sambil mengingati jalan lama 11 tahun dahulu. Perjalanan saya hanya setakat depan RRI sahaja belum berani untuk diteruskan kehadapan. kami berhenti di beberapa syarikat nurseri yang terleatak di tepi jalan. Tidak banyak pokok bunga disitu yang dijual tetapi banyak perusahaan peralatan lanskap seperti taman air berkolam ikan diperbuat dari sand stone. Sungguh cantik dan menawan harga nya 4 angka. Akhir nya kami hanya mencuci mata sambil mengumpul idea untuk taman kami di rumah.

Sebenar nya hobi saya antara nya ialah menghias rumah. Dalam istilah sekarang ialah hiasan dalaman dan hiasan laman 'interior decorator" and "Landscape decorator". Peluang menduduki semula rumah sendiri membuatkan saya teruja untuk mengaktifkan hobi ini. Perinsip nya saya perlu menggunakan kos yang paling murah dengan olahan sendiri untuk mendapatkan hasil yang diingini. Tenaga kerja nya ialah anak-anak. Mereka perlu dilibatkan supaya mereka dapat merasai keperluan dan hasil yang diperolehi.

Bagi saya Laman rumah perlu cantik dan mempunyai pandangan mata yang menarik. Ia merupakan "First Impression" bagi kita atau tetamu yang datang berkunjung kerumah kita. Secara tidak langsung ia dapat mencerminkan personaliti situan rumah. Ia juga dapat merehatkan minda kita dengan memandang laman rumah yang dihiasi dengan kehijauan pohon -pohon dan warna bunga yang kembang berseri. Secara tidak langsung ia menjadi terapi minda yang baik disamping menghayati anugerah ciptaan Tuhan. Ia juga memupuk sikap bertanggung jawab antara nya memelihara tumbuhan, menyiram air, membaja dan mengurus laman walaupun kecil. Daya kreativiti juga dapat disuburkan dimana ia amat perlu didalam menyusun atur tumbuhan dan memilih tumbuhan yang sesuai dengan konsep laman kita. laman yang baik adalah laman yang mempunyai karektor dan konsep yang tersendiri. Laman saya masih dalam proses pembikinan. Masih mencari konsep yang sesuai walaupun sudah mempunyai karaktor nya. Siapa yang berminat boleh lah kongsi idea disini.

Saya membeli sepasu bunga yang telah menjadi. Maksud nya ia telah membesar dan berbunga. Ia jenis kemboja berbunga putih. Tidak berbau harum kerana ia species dari jepun. Bunga nya cantik dan lebat serta berbunga sepanjang tahun. Di laman saya ia menjadi "Focal Point" bagi pandangan mata. Membeli nya memerlukan pertimbangan yang lama. Samaada beli buku atau bunga. Kedua-dua nya merupakan hobi saya. Dalam tahun ini saya telah mengeluarkan hampir 200 rm untuk buku saya. Untuk bunga belum pun separuh dari nya. Kedua dua nya baik. Buku memberikan kita ilmu dan bunga memberikan kita tanggungjawab.
Walau apa pun moga kedua-dua nya memberikan kebaikan kepada kediaman saya dan keluarga.

Friday, October 21, 2011

Seminggu Berlalu

Salam semua

Hari Jumaat
Hari ini Jumaat. Dalam Islam Jumaat adalah Penghulu segala hari. Ini bermakna ia merupakan hari yang paling istimewa dan penuh keberkatan. Sudah tentu amalan baik yang kita lakukan pada hari ini mendapat ganjaran yang banyak dari Allah SWT. Marilah kita rebut peluang menambahkan pahala dan saham kita di akhirat dengan memperbanyakkan amalan yang baik dan mendatangkan pahala. Perkara yang paling mudah ingatkan Allah..banyakkan berzikir semasa kita memandu adalah amalan yang ringkas dan bermenafaat.

Berlalu nya Seminggu.

Bagi kita yang bekerja hari Jumaat adalah hari pengakhiran kita bekerja pada minggu tersebut terutama yang bertugas sebagai kakitangan awam seperti saya. Sabtu dan Ahad adalah hari bercuti. Biasa nya mood kita sangat baik apabila tiba hari Jumaat kerana esok dan lusa kita tak payah pergi bekerja. Tetapi kita jarang memikirkan sepanjang hari yang telah berlalu apakah kejayaan yang telah kita capai yang boleh dibanggakan untuk diri kita sendiri. Adakah kita telah menjadi saorang pekerja yang baik...telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna..menjadi ayah dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anak nya..saorang suami yang baik terhadap isteri nya saorang isteri yang baik terhadap suami nya dengan jiran-jiran kita..dengan haiwan peliharaan kita dengan tumbuh-tumbuhan yang kita tanam dan yang paling penting hubungan kita dengan Allah SWT bertambah atau tidak amalan kita atau mendatar sahaja dan seminggu berlalu seperti minggu-minggu sebelum nya.

Dalam hal ini saya masih terlalu jauh tercorot kebelakang. Setiap minggu index kegagalan masih terlalu tinggi bila dibandingkan dengan index kejayaan. Namun saya tetap berazam dan berdoa untuk cuba melakukan perubahan dalam diri saya berubah dari satu tingkat kebaikan ketingkat kebaikan yang lebih baik saban minggu. marilah kita sama-sama berubah dan pengalaman dari sahabat yang telah berjaya mengubah diri kearah kejayaan hidup yang lebih baik dunia dan akhirat dapat dikongsi bersama.

Kita Perlu Merancang

Banyak buku motivasi mengenai kejayaan menekankan keperluan untuk merancang. Saya mengakui merancang amat mudah untuk dilakukan tetapi sangat susah untuk diikuti dan dilaksanakan. Banyak kali rancangan tinggal rancangan. Apa yang kita tulis cantik-cantik diatas kertas hanya tinggal tulisan. Apa yang diangan-angan akan tinggal angan-angan dan gambaran yang menarik dalam impian..hakikat nya kita tak kemana-mana dan tak berubah dari sehari kesehari dari minggu ke saban minggu - tetap sama. Saya mengutarakan hal ini untuk mengingatkan diri saya sendiri seperti khutbah setiap jumaat khatib sentiasa mengingatkan kita mengenai ketakwaan kepada Allah. lepas selesai solat kita pun bubar dan apa yang diingatkan oleh khatib tetap tinggal didalam masjid dan gagal untuk kita bawa keluar dan simpan didalam hati kita. Sehingga jumaat hadapan proses itu berulang lagi..Subhanallah saya pun begitu juga...nipis betul keimanan kita. Saya berazam untuk membuat perancangan kehidupan harian saya. Ia perlu dicatatkan didalam buku nota harian. Dan saya sangat berazam untuk cuba mengikuti perancangan selama seminggu saya dengan sempurna kalau tidak 100 peratus 80 peratus pun kira ada perubahan dalam kehidupan saya. ini termasuk untuk menulis saban hari atau paling tidak seminggu 3 kali didalam blog ini.Tak kesah lah samaada masih ada pengikut dalam blog ini yang membaca atau tidak sekurang-kurang nya ia dapat mendisiplinkan diri saya untuk menulis.Dengan cara ini momentum saya untuk menulis dapat dikekalkan dan cita - cita saya untuk menulis buku dapat dirialisasikan. Marilah kita sama-sama merancang apa yang terbaik yang hendak kita capai dalam hidup kita dunia dan akhirat

Thursday, October 20, 2011

Salam Dari Menara Gading

Salam semua semoga diberkati Allah kehidupan seharian kita. Solawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Ada waktu sedikit hari ini untuk diisi bagi menulis kedalam blog yang semakin sepi. Biasa lah kehidupan kita pun seumpama roda ada masa kita berada di atas dan ada ketika nya kita berada di bawah. Kebiasaan nya juga setiap yang baru itu memang menarik perhatian kita manakala sesuatu yang dah mula lama agak kurang diberi perhatian . Malah banyak perkara apabila ia menjadi lama ia tidak menjadi hirauan kita lagi.

Pejabat Baru.

Minggu lepas saya menerima kunci pejabat saya setelah hampir 11 bulan saya bertukar ke Shah Alam. Ia merupakan suatu tempoh yang lama untuk seorang Pensyarah yang baru berkhidmat di sini. Alasan nya ruang pejabat yang sangat terhad tidak mampu menampung jumlah kakitangan akademik yang ramai. Perkara ini memang benar kerana ramai pensyarah yang ditempatkan meja kerja nya secara kelompok seperti guru-guru di sekolah didalam satu bilik. Alhamdulillah saya diberi ruang kerja untuk satu orang yang agak selesa dan berprivisi mungkin kerana saya adalah pensyarah kanan di fakulti ini. kebetulan pensyarah yang sebelum ini mendiami pejabat tersebut telah melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Taiwan. Secara asas nya segala kemudahan telah tersedia.

Konvokesyen ke 75

Hari ini bermula Konvokesyen Universiti yang ke 75. Ia diadakan di dewan baru universiti yang diberi nama Dewan Agung Tuanku Canselor. Saya teringat waktu konvokesyen zaman saya dahulu. Ia diadakan di Dewan Sri Budiman. Dewan ini masih ada sehingga kini namun sudah tidak dapat menampung jumlah graduan yang semakin ramai. Saya merupakan graduan pertama dari persatuan keluarga sakijansaamah yang bergraduan pada tahun 1984. Pada masa itu institusi ini masih dikenali sebagai ITM. Kali kedua saya bergraduan pada 1986. Masa itu majlis diadakan sangat meriah. Ada pesta konvo sepanjang tempoh ia dijalankan. Tetapi sekarang keadaan nya kelihatan kurang meriah tidak seperti zaman saya dahulu. Walaubagaimanapun kegembiraan dan kebanggaan masih terasa dan pasti dirasai oleh semua graduan yang telah berjaya. Tahniah kepada semua anak bangsa yang telah menamatkan pengajian masing-masing dan bergelar Graduan. Bagi anak-anak yang masih belum menamatkan pengajian berusahalah dengan cemerlang dan sematkanlah cita-cita untuk menjadi graduan cemerlang dengan memperolehi anugerah dekan atau anugerah Naib Canselor. Bagi yang masih dibangku sekolah tanamkan lah azam untuk menimba ilmu hingga ke menara gading.

Khabar dari Tanah Suci

Petang Sabtu lepas Salbiah singgah ke rumah ditemani Farah dan Iqbal. kata nya dari Sun Way jalan-jalan. Ada khabar dari KTS dan Isteri yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Mereka dikhabarkan berada dalam keadaan baik sehat walafiat. Maktab tempat mereka tinggal agak jauh dari Masjidil Haram. Wah itu tentu berita yang sangat baik kerana sudah pasti pahala nya banyak untuk beliau berjalan kaki berulang alik dari maktab ke Masjidil Haram. Saya harap begitulah dan kalau boleh jangan dijadikan alasan untuk tidak berjemaah dan hanya solat di maktab sahaja. Kabar nya juga mereka berjaya tawaf berdekatan dengan Kaabah ....wah seronok nya tentu banyak pengalaman beliau sepanjang berada di sana kalau boleh dikongsi kepada kita semua apabila mereka balik kelak. Salbiah juga beritau kiriman airzam-zam dan korma sudah tiba di rumah nya tapi lupa nak bawak malahan dia belum tengok lagi isi nya. Beberapa hari lepas Tuan Hj Miskiran ada menelefon saya bertanyakan khabar KTS dan isteri. Kata nya senyap je tak ada khabar berita. Saya beritau mereka dalam keadaan sehat dan kini berada di Mekah. Beliau meminta no tel KTS di Mekah untuk beliau hubungi. Tidak dapat dipastikan samaada beliau berjaya menghubungi KTS atau tidak. Nampak nya rindu juga mereka kat sedara nya yang kini berada di Tanah Suci. apa pun mari kita sama-sama mendoakan agar mereka sentiasa sehat dan tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan sementara menunggu musim haji yang akan tiba 2 minggu lagi.

JUMPA LAGI WASSALAM.

Thursday, October 6, 2011

Tetamu Allah

Assalamualaikum Semoga dirahmati Allah.
Hari ini sudah kali kedua saya menerima mesej dari tetamu Allah yang kini berada di Madinah Al Munawwarah. Kali pertama tengahari semalam ketika saya masih di Kuala Terengganu. Mesej yang disampaikan ringkas sahaja bunyi nya. "Aku duduk hotel ko dulu.Hotel Saha minum pagi kat pk korma"... Tak sangka juga beliau berada di hotel yang sama pernah saya menginap semasa di Madinah. Hotel ini terletak disebelah pintu pagar Masjid Nabawi dan dihadapan hotel ini terletak nya gerai makan dan minum dikelilingi pohon kurma. Ia merupakan pot yang sangat menarik untuk makan dan minum kerana terletak di tepi pagar masjid.

Ah.. tiba tiba kenangan lama menerobos ingatan dan terbayang suasana madinah yang mendamaikan meskipun dikunjungi beribu ribu jemaah. Pasti nya suasana sekarang sangat meriah dan sebok dengan para tetamu Allah dan para peniaga.

Baru sebentar tadi jam 9 30 malam atau 2.30 petang waktu madinah saya menerima satu lagi mesej. Tulisan nya juga ringkas" Alhamdulillah dapat solt Asar dalam Raudah. ..Alhamdulillah rasa nya KTS telah memperolehi kemudahan kelas pertama kerana bukan senang untuk kita menunaikan solat wajib lima waktu didalam kawasan Raudah..lebih-lebih lagi dalam keadaan seperti sekarang. Saya dapat merasakan kepuasan beliau meskipun dengan menghantar mesej yang ringkas. Ahhh..tiada yang lebih puas dalam hidup ini jika berada di Madinah selain dapat menunaikan solat didalam Raudah lebih-lebih lagi solat wajib lima waktu...

Saya sangat gembira walaupun mesej nya ringkas saya tahu beliau telah cuba mengikuti segala tip dan saranan yang saya sampaikan dan akhir nya beliau benjaya melaksanakan nya. Saya berharap agar beliau beristikomah dalam menjalankan ibadat dan saya sempat membalas mesej beliau dan menyarankan supaya beliau sentiasa mencari saf hadapan dan gunakan waktu sebaik mungkin dengan beribadah dimasjid Nabawi.

Suria pasti makin terasa rindu membaca entry ini. Namun setiap mereka yang pernah berada di sana menempuh pengalaman yang berbeza beza. Tidak semua yang pernah berada disana menempuh pengalaman yang sama. Ia bergantung kepada niat kita. Selain dari itu kita perlu mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak mengenai agama terutama cara-cara beribadah, solat-solat sunat, kelebihan solat dan lain-lain ketika berada di madinah dan makkah. kelebihan berdoa mengetahui tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa dan yang paling manis ialah kebergantungan kita secara total kepada Allah SWT dalam semua perkara bermula dari niat dan doa....insyaallah itulah kemanisan nya dan itulah pengubah sempadan keimanan kita....

dan dugaan yang paling besar adalah setelah kembalinya semula kita ke tanah air serta mengekalkan momentum cara beribadah kita selama kita disana adakah kita berjaya mengekalkan nya sepanjang kehidupan kita selepas itu...disini....itulah dugaan sebenar nya..secara pribadi saya masih gagal untuk mengekalkan nya sebagaimana saya beribadah ketika disana...Ya Allah ampunkan lah aku hamba mu yang lemah dan zalim ini yang masih menzalimi diri sendiri..kuatkatlah iman ku..kuatkan lah semangat ku.dan bimbinglah aku untuk sentiasa rajin beribadah kepada mu....sebagaimana aku pernah berada di hadapan pintu rumah mu...

Walau apa pun marilah setiap kita menanam azam untuk sampai kesana suatu hari nanti. Merasai kemanisan beribadah disana, merasai ketenangan dan kesyahduan sebagai insan yang kerdil, memperbaiki diri, bermuhasabah dan membersihkan diri dari dosa-dosa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan kita....

Rancang lah...hidup ini perlu di rancang. kelemahan kita ialah tidak merancang dan kita membiarkan hidup kita berlalu saban hari begitu sahaja.
Rancang lah kewangan kita...menabung lah..dan letakkan matlamat yang nyata dan rialistik untuk dicapai...Insyaallah kita akan berjaya.

Kabar nya siapa yang mendaftar di tabung haji sekarang akan mendapat giliran 20 tahun akan datang untuk menunaikan haji.....pikir kan lah..dan rancangkan lah.

Jumpa lagi
wassalam....

Salam...
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad S.A.W

Setelah sekian lama tidak menulis dan tidak menjengah blok ini, hati ini bagai diruntun untuk menulis, walaupun mungkin tiada pembaca setia tetapi sekurang-kurangnya terluah apa yang terbuku dalam hati ini.

Sebagai manusia, tanggungjawab yang dipikul memang tidak terhitung lantaran amanah dan tugas yang perlu dilaksanakan sehinggakan terlupa tujuan Allah menjadikan kita di muka bumi ini. Urusan dunia sering diutamakan sehingga terlupa aku adalah hamba-Nya yang dijadikan hanya untuk menyembah-Nya. Ya Allah ampunkan diri ini kerana kelalaian ini. Ya Allah kuatkan hati ini, dan permudahkanlah segala urusanku.

Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk hadir dan merasai nikmatnya menjadi salah seorang ahli keluarga Sakijan. Aku bukan sahaja diterima dengan baik, malahan adakalanya aku terlupa aku adalah ipar bukannya adik-beradik asal dan adakalanya aku yang terlebih-lebih..barang kali sifat semulajadiku yang mudah mesra dan berbaik sangka. Maafnya abang-abang dan Kakak-kakak serta anak buah sekalian andainya tingkahku yang melebihi had. Suamiku pula memang seorang yang sangat sporting dan sangat menyokong apa jua keputusan yang aku cadangkan. sikapnya yang ringan tulang dan amat memahami sangat membuatkan aku bahagia sebagai seorang isteri. Walaupun kami memulakan rumah tangga dalam keadaan serba kekurangan, namun berkat usaha gigihnya, kami mampu merubah corak rumahtangga kami. Walaupun tidak semewah mana namun kami tidaklah pula menjadi perempat. Semoga kebahagian ini berkekalan dan bertambah manis...

Abang-abang iparku pula mempunyai keistimewaan masing-masing. Setiap seorang daripada mereka banyak mengajarku walaupun secara tidak langsung. Kang Misbahkhulmunir dalam lemah lembutnya mengajar aku agar bersabar dalam mendidik anak-anak dan bicaranya yang bersahaja sebenarnya sering mengingatkan aku agar mengutamakan pendidikan agama dalam kehidupan seharian. Kak Tie pula dalam bersahajanya sebenarnya mengajar kita agar tidak berkira dalam hubungan kekeluargaan. KTS, seorang abang ipar yang kukagumi.Sikap dan pendiriannya walaupun adakalanya menjengkelkan tetapi memberi maksud tersirat yang memberi pengajaran dan keinsafaan kepada sesiapa yang mengerti. Abang Danuri, kukira kini merupakan keluarga yang paling rapat setakat ini. Banyak ilmu dicurahkan, kalaupun bukan berkaitan ilmu untuk memperoleh pangkat dan kedudukan tetapi sejak akhir-akhir ini aku memperoleh keinsafan yang mendalam untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Aku berazam untuk menjadi lebih baik daripada semalam. Kalaupun tidak sempurna tetapi berusaha menjadi lebih baik setiap hari..maka dengan itu aku merindui suatu saat yang boleh menjadi sempadan untuk aku berubah, menjadi hamba-Nya yang lebih taat dan ikhlas....Abang Danuri...aku rindu dan amat mengimpikan ziarah ke tanah suci seperti yang pernah kau lalui...terima kasih bang atas segala pengalaman berhargamu itu....Akanku usahakan juga untuk mengikut jejakmu itu...kalaupun panggilan haji masih jauh, aku berharap sekurang-kurangnya aku mampu melaksanakan umrah...

Ah, banyak sebenarnya yang ingin kuluahkan, namun demi masa aku masih perlu bijak merancang...kepada suami yang kucintai, SELAMAT HARI LAHIR...semoga usia yang masih berbaki ini kita penuhi dengan kemanisan iman.....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification