Saturday, December 4, 2010

semakin jauh








assalamualaikum



bismillah-irrahman-irrahi
selawat dan salam buat Rasulullah saw


sejak sampai melaka ana telah menanam semangat untuk berjogging pada waktu petang dan pagi seperti selalu. basikal kenalah dilupakan selama 2 hari ini. ana menginap di seri costa. berhampiran menara taming sari. menara itu kami kunjungi dgn berjalan kaki pada petang itu. mulanya kami nak menaikinya sekeluarga, tetapi apabila mengetahui tiketnya rm20.00; kami membatalkan. 20 ringgit utk seorang dalam jangkamasa 7 minit, terasa tidak berbaloi. kami terus ke dataran pahlawan bersebelahan. ianya kelihatan modern dan tidak tinggi. semasa balik kami sedar diatas bumbungnya terdapat padang berumput. esok ana akan berjogging disitu. begitu azam ana.

semalam meeting berakhir agak cepat. cuaca juga agak baik. setelah balik kebilik, ana bersiap dgn seluar treck; mengajak farah dan bibik sinah kesana. waw... ana berjogging disana. diatas padang dataran pahlawan. melaka lagi. bulan sudah di pantai pd. sekarang di melaka. yg akan datang ? ramai dikalangan kita yg telah sampai ke melaka, tetapi berapa orang yg telah berjogging disana. ana percaya ana seorang saja. dulupun kalau ana kemana-mana ana hanya duduk dalam bilik sahaja. sejak akhir-akhir ini sahaja baru ana berexcercise. dulupun ana macam kalian juga.

sebenarnya bukan senang kita nak menghadapi suasana keliling dan tekanan emosi semasa kita berjoging ditempat orang. nak keluar rumah dan melakukan perkara jarang seperti mencabut rumput atau menyapu laman pun kita selalu concern terhadap penampilan, inikan lagi nak berjogging dalam keadaan naif. sebenarnya tahukah kalian mereka yg berada disekeliling kita tidah kisah pun mengenai kita. segalanya hanya perasaan sahaja. musuh kita sebenarnya diri kita. bukan orang lain.
malam itu sekali lagi kami ke menara tamingsari. kalaupun tiket 20 ringgit, ana fikir farah dan emaknya patut merasai. ana bila-bila lagi ada peluang ke melaka dan menaikinya. sementara ana menanti dikerusi panjang sambil memerhatikan beca yg dihias cantik, farah telepon bagitahu tiket setengah harga. 10 ringgit sahaja. apa lagi, ana pun terus meluru masuk. untung tak naik semalam. pemandangan malam melalui pletform berpusing memang mengasyikkan. tak berenti-renti ana ambik gambar. satu yg diatas tu adalah gambar hotel yg ana menginap. ana ambil kerana salbiah tak ikut sama. dia hanya melambaikan tangan dari tingkap sahaja. walaupun tidak lama ana rasa ianya satu pengalaman yg agak menarik juga. memang negeri ini sudah semakin maju sekarang. memang pelancungan telah dapat diexploit dgn sangat baik oleh pemerentahnya.
pagi ini kami bertolak ke kelang. semuga jumpa lagi. wassalam.
seri costa.


Friday, December 3, 2010

kemarok

assalamualaikum

bismillah-irrohman-irrohim
selawat dan salam buat Rasulullah saw
semuga kebahgiaan buat kita semua.

petang isnin menjelang senja ana sudah memiliki basikal baru. rupanya mountain bike. ingatkan basikal biasa seperti basikal lama kami. ianya walaupun agak kecil, prestasinya tidak mengecewakan. ironinya semasa berkayuh balik ke rumah, ana telah terserempak dgn doktor yg nak kekedai minum setelah berkayuh keliling taman bkt. raja. ana pun duduk sekali minum. ada beberapa perkara telah diberitahu kepada ana supaya berkayuh dgn betul. umpamanya ketinggian seat hendaklah diselaraskan sehingga apabila kita duduk diatas seat, hanya jari-jari kaki mencecah bumi; bukan tapak kaki. begitu juga kalau kita berkayuh, letakkan hujung kaki di atas pedal. bukan pertengahan tapak kaki. sebaiknya guna gear pertengahan, gear 2 hadapan dan 5 dibelakang. ini tidak berat dan tidak terlalu longgar. easy cycling.

malam itu setelah makan malam, ana dapati cuaca agak baik. masa dekat nak maghrib tadi telah turun rintik-rintik, maka basikal itu telah ana rantaikan dgn grill pintu bagi menjamin keselamatannya. menyedari waktu masih awal, keinginan untuk berkayuh timbul semula. apa lagi ana pun berkayuh malam-malam itu dari lorong depan rumah kebelakang dan pusing taman ana. sekali, dua kali dan tiga kali. tenang, mudah dan tidak memenatkan. kalau tidak kerana esok ana ada kena beri ceramah di kelana jaya, pasti ana pusing dua rounds lagi.

esoknya, ana balik lewat. ada meeting di pejabat umno kuala selangor. sampai rumah telah maghrib. selepas maghrib ana kayuh lagi. kali ini lima round straight. ianya mengambil masa hampir satu jam. kali ini ana ikatkan touchlight pada handlenya supaya kenderaan yg datang dari hadapan boleh alert. sudah dua malam berturut-turut ana berkayuh. ini kemaruk namanya. kemaruk adalah apabila kita menghadapi satu situasi dimana kita sentiasa ingin melakukan sesuatu disebabkan ianya baharu kita perolehi atau rasai.

malah pagi semalam, sebelum ana ke melaka; ana telah berkayuh agak jauh. melepasi taman seberang. taman bukit raja. taman berkenaan dihubungkan dengan sebuah jembatan kayu melintasi longkang besar disebelah sekolah. taman tersebut masih lagi dalam pembangunan. oleh itu suasananya masih tenang dan sunyi. dua jam lebih ana berkayuh disana. seronok, tenang dan aman. nampaknya jogging dalam rumah telah berkurang. kini ana rasa lebih mudah berkayuh. kata doktor, aktiviti berkayuh akan lebih seronok jika dapat berkawan. sayang dikawasan ana duduk tiada kawan yg boleh dijadikan teman buat aktiviti yg dinyatakan.

apa yg ana perolehi semasa beberapa hari berkayuh adalah, mereka yg berbangsa cina lebih banyak melakukan excercise berbanding bangsa lain. pagi-pagi nyonya-nyonya berjalan keliling taman sambil berbual-bual. bangsa lain sama macam ana. boleh dibilang dgn jari. ini menunjukkan betapa mereka sangat concern terhadap kesihatan. ana juga pada akhir-akhir ini lah baharu nak excercise. setelah sakit dan terpaksa mengamalkan ubat secara regular. dalam keadaan sakit, baru kita tahu betapa nikmat kesihatan. bagi yg masih sehat, tentu lupa dan berasa sangat berat untuk excercise.

ana harap semangat untuk beriadah akan berkekalan dalam diri ana dimasa hadapan. bukan pada fasa kemaruk sahaja. semuga ana akan istikamah dalam melaksanakannya pada hari ini dan hari-hari mendatang. wassalam.




seri costa htl- melaka.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification