Wednesday, September 29, 2010

RAYA 2010

Dirakam didepan rumah Arwah Bik Nah Pasir Panjang. Syawal 2010

Hasrat kita nak bergambar semua ramai-ramai masih belum kesampaian..Bila agak nya dapat kompol semua dan merakamkan nya sebagai satu persatuan macam dulu.

Tuesday, September 28, 2010

hidup ini mengisi kehendak.

segala puji hanyalah kepada Allah.Dialah yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Memiliki, Maha Berkehendak dan Maha Lembut. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw. bagindalah yang menjadi panutan dan ikutan dalam kita menjalani kehidupan.
marilah kita memanjatkan kesyukuran kerana masih dihidupkan hingga ke hari ini, kerana nikmat hidup sangatlah besar makna dan tujuanya. disinilah kita mengumpulkan bekal buat menghuni tempat yg kekal abadi. akhirat. disana kita bakal ditempatkan mengikut bekal yg kita bawa. kebaikan bakal dibalas kebaikan. kejahatan dan kemungkaran akan dibalas dgn siksaan. ingatlah bahawa siksaan akhirat sangat berat dan pedih. didunia ini kalau dibunuh dan dibakar beritanya berminggu tidak habis dan simpatinya meluas diseluruh negara; diakhirat kesalahan akan dibalas dgn seksaan neraka yang kayu bakarnya dari batu dan manusia. bayangkan kalau batu sudah terbakar, seumpama lahar gunung berapi...disitu simungkar bakal dicampakkan... aduhai belum sampai sudah menjadi abu.
oleh itu jalanilah kehidupan kita dgn sebaik mungkin. kumpulah bekal akhirat sebagaimana yg dikehendaki syariat.
orang muda memandang dunia ini berbeda dgn orang tua. org muda memandang dunia ini seumpama padang hijau yg penuh bungga-bungga. harum berkembang dimana mereka sangat ingin untuk memetik dan menghidu semerbak wanginya sepuas-puas hati. sedang org tua melihat dunia ini sebagai ladang gandum yg telah dituai. esok lusa perlu ditanam semula. betapa jauh hasrat dan kehendak kita, anaku. semangat dan motivasi kita berbeda. tetapi kau mudah putusasa. org muda memang semangatnya meluap-luap, oleh itu ia gopoh dan tidak sabar. adalah diceritakan semasa nabi Adam as dimasukkan nyawa kebadanya, baginda sudah ingin melompat walaupun nyawa baru sampai kekerongkong. kerana itu kalian lebih mengikut dada dari mengikut kepala! lebih banyak mengikut emosi dari akal fikiran.
anaku,
hidup ini penuh dgn kehendak. diri kita penuh dgn keinginan dan cita-cita. memang kita dihidupkan begitu. kerana itu kita diberi semangat. orang yg tega mambunuh diri adalah seorang yg telah kehilangan semangat. fikiranya buntu dan bingung. keinginanya dan cita-citanya telah mati, telah terdelet dari komputer mindanya. kerana itulah para psychtrist yg cuba mengubatinya akan berusaha mengembalikan semula treck record kehidupanya serta memulangkan semula dia kepada keinginan dan cita-citanya. sekiranya cita-cita itu satu kegagalan, psyc akan mengubah dari sesuatu yg negatif kepada sesuatu yg positif. ini adalah satu kehidupan baru. dalam diri kita juga telah disediakan psyctrist. dan kita sentiasa boleh membina kehidupan baru. caranya adalah dengan kesangupan kita bermuhasabah diri. serahkanlah diri kita utk dinilai oleh fikiran positif kita dgn hati terbuka. sambil mengingat kekuasaan Allah swt.
seorang anak kecil berkehendak kepada barang permainan, maka ia merengek. seorang pelajar berkehendak kepada kejayaan, umpamanya kejayaan cemerlang pmr; maka ia berusaha sepenuh daya siang dan malam. seorang siswa/siswi berkehendak kepada segulong ijazah, maka ia bersengkang mata memerah fikiran lalu keluar sebagai seorang cendikiawan. ada yg berjaya ada yg gagal. disinilah kada' dan kadar memain peranan. tetapi konsep usha mesti dilaksanakan. kaedah dan cara pelaksanaan juga perlu diteliti. penambahbaikan perlu di buat.

seorang anak sebenarnya memenuhi kehendak ibubapanya. Nabi Junjungan mengatakan, seorang anak seperti kain putih, ibu-bapanya lah yg mencorakkan. ini syariat, anak memenuhi kehendak org tuanya. tiada org tua yg ingin melihat anaknya gagal dan susah. kerana itu apabila anaknya demam, si ibu juga tidak tidur malam kerana menjaga si anak. kerana itu bapa sanggup bekerja siang malam bagi menangung pelajaran anaknya. menghantar tusyen dan memenuhi keperluan anaknya sehingga baju tidak berganti dan rumah tidak bertambah. kepuasan org tua adalah semasa melihat kejayaan anak-anaknya, bukan kepuasan berpakaian baru atau rumah besar. sekali lagi kada' dan kadar. siapa tahu setelah anak-anak berjaya akan ada kelebihan buat itu semua.

seorang muslim /muslimat sebenarnya memenuhi kehendak syariat Islam. perkaranya 3. wajib, haram dan makruh. yg wajib mesti di ikuti seperti sembahyang, puasa, zakat dan taat ibubapa. haram mesti di jauhi seperti syirik, murtad atau melakukan dosa besar. manakala makruh wajar ditinggalkan. cara dan kaedahnya telah ditnyatakan dalam Al-quran dan diperjelaskan melalui hadith Nabi serta kupasan mengikut mazhab. disinilah peranan menuntut ilmu. oleh itu ilmu adalah satu disiplin wajib bagi setiap mukallaf. anaku, janganlah sekali-kali lari dari mendalami ilmu walau apa bidang sekalipun kecuali yg mendatangkan keburukan dan kerosakan. itupun masih sunat bagi menangkis keburukan dan kerosakan seperti mempelajari ilmu sihir.
seorang manusia diturunkan kedunia sebenarnya memenuhi 'kehendak' Allah. supaya menyembah Dia. inilah kemuncak kepada tujuan kehidupan kita didunia ini. walaupun kelihatan mudah sebenarnya sangatlah susah. banyak sekali halangan dan dugaanya. cuba ingatkan semasa kalian sembahyang, apa yg kalian ingatkan. mengenai perkara kerja, perancangan hari esok dan mencari barang hilang. begitu sukar sekali untuk khsyu'. kerana disekeliling kita ada para syaitan yg membisikkan perkara-perkara mungkar. perkara-perkara negatif. inilah yg menanduk-nanduk kita supaya lupa memenuhi kehendak pengeran.
anaku,
kita tidak boleh mengikut perasaan kita semata dalam mengharung hidup. ada banyak contoh dikeliling kita yg memang Allah tunjukkan sebagai panduan. anak durhaka dapat pembalasan. malas menyebabkan kecundang dan kegigihan membawa kejayaan walaupun ianya tidak disukai. semua ini sebagai panduan dan ikutan. perasaan atau emosi jangan diturut. bukankah telah dinyatakan awal lagi bahawa kita perlu positif. emosi memang sebahgian dari kita tetapi perlu dikawal, bukan emosi mengawal kita. emosi sangat penting kerana hidup ini perlu ada rasa. ianya seperti makanan perlu garam dan gula, baru kita dapat menikmati kesedapanya. tetapi ingat penyakit darah tinggi dan dibetis berpunca darinya. ah.... alangkah indah ciptaan Allah. segala sesuatu disukat mengikut aturanya.
memenuhi kehendak adalah satu tangungjawab. tangungjawab yg dilaksanakan akan dibalas dgn pahala. pahala pula adalah bekal akhirat. oleh itu jangan merasa terbeban dalam melaksanakan kehendak yg ditanggungkan dipundak kita. walaupun yg kita inginkan berbeda. penuhilah kehendak itu kerana ianya punya nilai dan hikmahnya sendiri. umpama seorang yg mempunyai pilihan pasanganya sendiri tetapi diminta berkahwin dgn pilihan org tuanya. ikutlah kehendak org tua, kerana setiap ilham terutama melalui org tua ada hikmahnya. hanya kedangkalan ilmu menyebabkan kita tidak memahami tujuan sebenar.
apa yg ku nyatakan adalah dari kefahaman ku. ikutlah dan jadikanlah panduan.
wassalam.
klang.

Friday, September 10, 2010

aidil-fitri 1431H

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI DI KLANG KEPADA SEMUA SAUDARA MARA JAUH DAN DEKAT.monggo mampir.
songkok lama ... baju seluar...tahun lepas....samping je tahun nie..

hai...... kitaorg dah siap.... lihat lah....pandang lah....


sejuk ke geram menanti diorang bersolek lama sangat.

Allah hu akbar.
Allah hu akbar..
Allah hu akbar...
segala puji bagi Allah, seru sekian alam. kepadaNya terpulang segala sanjungan. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha agung, Maha Gagah Perkasa. segala permintaan dan harapan, doa dan munajat Dialah pemberi. kepadaNyalah kita bergantung dan berharap.
selawat dan salam buat Nabi junjungan saw, semuga kita mendapat naungan dan kedekatan bersama baginda di akhirat nanti.
selamat hari raya aidil-fitri kepada adek-beradek, saudara mara jauh dan dekat yg bernaung dibawah bendera keluarga sakijan-saamah. maaf segala salah silap, kata,laku-perbuatan, makan minum dan wang ringgit yg tidak dinyatakan sebagai hutang. kita manusia lemah, pastinya berbuat salah dan silap.
pagi ini hujan. walaupun tidak lebat, sejuknya menyukarkan utk bangun subuh. dikejauhan dari menara masjid, sayup terdengar suara takbir. sedang surau dihadapan rumah sunyi dan gelap. selalunya ada solat sunat aidil-fitri dilaksanakan, tetapi mengapa sunyi.
seperti ada suasana muram raya ini... atau mungkin ana telah semakin tua. org tua sensitivitinya memang bertambah. memang puasa tahun ini ana rasa agak berat. lepas saja tengahari, perut berkeroncong dan berangin. mungkin ana ada penyakit, itulah kesannya. bagaimanapun kami tak pernah miss sahur. full 30 days. beberapa tahun lepas semasa ana di tk. intan, pernah sahur ayer sejuk je...dan petang itu, analah org pertama sampai masjid tk. intan menunggu juadah percuma dihidangkan.
menjadi kelaziman kami setelah solat raya akan bermaafan dan ana akan beri duit raya kepada anak-anak yg cukup puasa. cuma kali ini salbiah bertanya, abang nahar pun dapat duit raya? ana ingatkan dia nak tanya, dah beberapa tahun duit raya tak berubah nilai. bukankah sara hidup dah meningkat! memang nilainya belum ana ubah, sama macam tahun lepas dan tahun sebelumnya. jue pun dapat. dia lagi cukup sebulan walaupun dalam mabuk. setelah itu kami bergambar.
hari ini hari jumaat. beberapa hari lepas ada suara-suara nakal 'mengumumkan' raya jatuh hari khamis. tetapi penyimpan mohor besar kata hari jumaat. ini yg betul. beberapa perayaan tahun ini telah berlangsung pada hari jumaat. sebelum ini nuzul-quran hari jumaat. semasa ana kanak-kanak ada sekali raya hari jumaat. maka adalah diantara kawan ana yg menyebarkan khabar angin menyatakan betapa bahayanya raya hari jumaat. baca dua khutbah akan kiamat! dalam solat sunat raya tahun itu, ana berdoa supaya khatib tidak berkhutbah. tetapi beliau berkhutbah juga. maka tengahhari itu ana tak sembahyang jumaat. ana terus beraya kat rumah kawan yg agak jauh dan tidak mahu menjadi sebahagian dari penyebab kiamat. sebenarnya pada jaman nabi lagi baginda telah menyatakan bahawa kiamat telah hampir. ana tak hapal hadithnya, mungkin ebal tahu; tetapi apabila kita semakin dewasa dan setelah banyak ilmu kita cerap, kita akan sedar bahawa kiamat tidak perlu kita takuti. yg penting, kiamat ada tangungjawabnya. ada bekalnya. ada hartanya. inilah yg perlu kita kumpul lebih utama dari mengumpul harta dunia yg bakal kita tinggalkan malah akan dipersoalkan.
masa yg pendek hari ini telah menghadkan ziarah kami seputar kg. sementa sahaja. dapatlah kami bermaafan dgn nenek jemah, beliau paling tua dalam keluarga bibik sinah. setelah itu kami kerumah bibi-bibiknya. terasa lapang setelah menziarahi mereka dan esok belum ada perancangan. mulanya nak ke pp, tetapi pagi ini ada ana telepon kang mis pahang; katanya mereka balik hari minggu kerana baraan di bloknya akan diadakan esok. betullah tu. masyarakat sendiri perlu diberi perhatian.
malam ini kami tidak kemana-mana. berehat sambil menonton tv. banyak sangat program yg dapat mengikat kita terus keras didepannya. kawasan perumahan kami ini pun masih lengang. ramai penghuni balik kampong. terasa sunyi pula bila tiada yg bakar mercun. beberapa malam yg lepas begitu bising berdentum-dentum. terasa pula macam raya dah berakhir.
wassalam.
klang.
raya 1st.

Tuesday, September 7, 2010

selamat tinggal ramadan

asalamualaikum semua ahli keluarga sakijan saamah
marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadirat Allah swt diatas segala limpah kurnia Nya yg tidak terhitong. semuga kesyukuran ini akan diterima malah diganjari dgn kelebihan dari yg kita perolehi selama ini. marilah kita panjatkan doa agar kita ditambahi ilmu yg bermenafaat yg akan memandu kehidupan kita sentiasa dijalan lurus. selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw semuga kita mendapat kebaikan dan kedekatan bersama baginda di akhirat kelak.

lailatulkadar.
esok adalah hari ke 29 ramadan. lusa atau selewatnya tulat kita akan menyambut syawal. horey! aku bebas, merdeka.... beberapa malam yg lalu, penceramah tazkirah disurau hadapan rumah menyatakan pada jaman Rasulullah, apabila bulan ramadan semakin kepenghujung, para sahabat akan bersedih kerana bulan yg sarat dgn penggandaan pahala akan ditutup pintunya. kini kita bersorak dan tak sabar utk mengakhirinya. betapa jauh tahap keimanan kita berbanding para sababat. oleh kerana esok hari ke 29, malam ini adalah malam ke 29. dalam kelendar Islam, hari bermula pada malam sebelum hari berkenaan. dalam kelendar masehi adalah sebaliknya. adakah malam ini malam lailatulkadar! Nabi menyatakan dalam satu hadisnya carilah malam berkenaan pada 10 malam terakhir, terutama malam-malam ganjil. ada juga dinyatakan tanda-tandanya sebagai hari sebelum itu tenang dan tidak panas atau sebaliknya. ana telah mencatat hari-hari ramadan dari pertengahan bulan dimana sebahgiannya adalah panas terik. cuma pada hari isnin lepas hujan dan redup. manakala hari ini panas menyengat; dan malam isnin adalah malam ke 27 - malam ganjil.

shoping raya.
sudahkah bersoping, memborong kuih atau baju harga runtuh. ana pergi minggu lepas. kat shah alam je. plaza alam sentral. org punya ramai. parking kat underground bangunan pas dua kali pusing. mujur salbiah yg drive, kalau ana selepas pusingan pertama, pusingan ke 2 terus balik. ebal beli baju melayu colour kuning, samping dan T-shirt. kasut sepasang satu dgn saly. farah dan saly baju t-shirt dan jeans. ana hanya beli samping kerana beli 2 dapat potongan, bersekali dgn ebal dan kasut crock. dah lama cari kasut serupa itu tetapi tak jumpa size. malam tu ada- last. pukul 12 mlm baru kami balik. hari tu kami berbuka kat ani sup utara ditingkat bawah pas. ramai orang berbuka disitu hingga tak cukup tempat. satu perkara yg selama ini ana tak perasan bila kita menyediakan persiapan anak-anak utk lebaran adalah kegembiraan hati melihat mereka memilih pakaian utk dibeli. ana dah tua, pakaian baru atau beberapa tahun lepas sama sahaja. tetapi bagi mereka yg masih muda, keceriaan dgn pakaian baru memberikan semacam kepuasan emosi kepada ana. dgn rezeki yg Allah kurniakan, inilah bahagian mereka. dan inilah erti kegembiraan. sukar utk dinyatakan dgn kata-kata.... beberapa tahun lagi apabila mereka telah bekerja, pasti perasaan tersebut tidak akan ana rasakan lagi. malah menjadi satu nostalgia...

jalan jem.
mengapa jalan jem apabila setiap perayaan atau cuti. semasa soping minggu lepas, semua jalan ke pas dan kom. pkns jem terok. parking tidak cukup. ramai pemandu parking ditepi jalan. ini telah menyumbang kepada jem lagi parah kerana jalan dua lorong telah menjadi selorong. kalau dinegara luar mereka berusaha menghadkan jumlah kenderaan, di sini setiap orang berlumba menembah kenderaan. hanya sorang org muda dlm keluarga ini tidak berminat mempunyai kereta, yg lain malah bercita-cita mempunyai kenderaan berjenama. bayangkan kalau semua kenderaan keluar kejalan, panjang kenderaan adalah sama dgn panjang jalan yg ada. sudah pasti lah akan terjadi jem. ini ditambah pula ruang parking yg terhad. maka berpusinglah kita mencari kereta keluar parking supaya kita dapat keluar dari ruang jalan. sayang sekali resolusi bagi mengatasinya masih gagal. pengangkutan awam yg telah diberi peruntukan besar dan rebranding masih belum menampakkan kejayaan. sedangkan dinegara lain ianya telah begitu maju dan efektif.

jalan dipelahankan.
kalau kita sensitif kepada tanda kelajuan jalanraya, pasti kita akan sedar kini ianya telah diubah. kelajuan 90 km kini 80 km. kawasan penduduk kini 70 km /60 km. jalan telah dipelahankan. tetapi bagaimana kalian sebagai pemandu! dua hari ini ana telah menjadi pemandu 'baik' dgn mengikut kelajuan yg dikanunkan itu. percayalah, ianya begitu menyeksakan. sebahagian besar pemandu tidak mengikutinya. terutama jenis paman emi. sebenarnya ana lebih dahulu memandu berbanding emi. pastinya emi menjadi sedemikian kerana telah melihat abangnya memandu begitu. sapa lagi abangnya kalau bukan ana. bukankah anak cerminan ayah-bonda. sebagai kerajaan pastilah akan mencari akal supaya rakyat selamat dalam perjalanan. tetapi sikap kita sebenarnya yg merosakkan diri kita sendiri. sejauh manakah kita telah maju! minda dan emosi. masih boleh dipersoalkan. sepanjang raya ini ana nasihatkan kalian supaya berhati-hati dijalan raya. pandu cermat dan berhemah, atas kesadaran sendiri, bukan kerana ada polis dan peronda. ana ada satu saman ekor, saly minggu lepas dapat satu. ana juga yg kena settelkan. 300 ringgit boleh menggangu baget ebal sebulan. apa nak kata bal, makan sardin lagi la bulan ni nampaknya...

duit raya.
hari ini hari last ana kerja. mulai esok, cuti. hingga 19hb. waw... lama tu. raya sakan. percayalah sebahagiannya dihabiskan dgn tido... satu kegiatan yg tak produktif dan merugikan. kecualilah jika kita berzikir. mulanya memang begitu, akhirnya khayalan... jangan ikut. dalam kerja, ana adalah ketua pejabat. sebenarnya tak semua keadaan jadi ketua seronok. ada masanya kita merasa jadi tukang sapu lebih bahagia. sebagai ketua ana rasa ingin menyatakan penghargaan kepada anak buah. maka sebelum balik petang tadi ana beri setiap orang duit raya. tahun sudah ana bagi kepada staff wanita. kali ini ana bagi kepada semua. apa ni bos... ana jawab duit raya. tak banyak, 10 ringgit je. sebenarnya 20 ringgit. percayalah nilai tak penting, penghargaan lebih utama. melihat keceriaan diwajah mereka... sungguh bermakna. tetapi memang agak aneh kerana sebahagian dari mereka telah berumur 40 tahun dan bekeluarga!

ngapuro..
sempena hari baik bulan baik ini, ana menyusun jari sepuloh; memohon keampunan kepada semua sanak saudara. adek beradik, anak-anak sedara juga anak beranak ana. dalam blog ini analah yg paling produktif. maka sudah pastilah akan ada yg tersingung. sedikit pun tidak terniat utk menyakitkan hati dan perasaan kalian. sebahagian besar tanpa sengaja. yg lain atas tujuan memberi nasihat dan tauladan. sebahagian besar mungkin tidak pun menyedarinya lantaran sudah tidak melayari blog ini lagi. mereka lebih tertarik dgn medium lain seperti fb dan sebagainya. bagaimanapun sekali lagi ana njalok ngapuro seng kat'ah-ka'tah... mampir la kambek umah n'yong, pangan opo seng enek.... balik tak sangoni serenget..

wassalam.

klang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification