Sunday, June 27, 2010

terima kasih

assalamualaikum kpd semua.
selawat dan salam buat Nabi Junjungan saw.

sudah masuk seminggu kenduri ana berlalu. ini pun lenguh dan tegang di belakang masih belum kebah. memang terasa lega segalanya telah selesai. inilah perasaan kang mis pahang dan kak ti semasa melaksanakan kenduri kak niah tempoh hari. bagaimana kalau ana mengunakan khidmat gejubos. mungkin dua kali ganda lenguh dan tegang urat belakang.

dikesempatan ini ana ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada saudara mara yang telah datang membantu. semasa bertandang ke kelantan, pertolongan nuri sangatlah banyak. ada sedikit tunai yang ditingalkan sebelum balik, tetapi ana percaya tidak sepadan dengan khidmat yg diberi. apakan daya bajet terhad. tetapi bajet rumah yg disewa ana beri penuh. kepada saudara mara yg turut menghantar, ana tak pun bekalkan wang pengangkutan. diharap mereka dapat menerima dgn hati terbuka dan dapat bekorban. ini hari ana, next time hari kalian pula. kalau kita ikhlas, insyallah akan dibalas dgn kebaikan juga.

pada kenduri diklang, ana tidak dapat berjumpa dgn ramai saudara mara yg dapat datang. nampaknya ramai jua yang hadir. terasa kemeriahannya. siap dgn bakar mercun. ini kejutan, memang emy penuh dgn kejutan pun. sekali lagi terima kasih kepada semua. kang mis pahang sempat sponser tapai pulut, kang mis PP pula tapai ubi kuning. semua habis malah pengantin tak dapat merasa. emy sempat bawak 3 kemah mini, pinjam kawan lagi katanya. sangat membantu. jasa baik kalian tidak terbalas dan akan dikenang sepanjang hayat. mengingatkan semua itu terasa sayu sangat dihati. semua ini membawa erti betapa sangat erat persaudaraan. bolehkah ini berkekalan dikalangan anak-anak kita kelak. kekadang ana optimis, kekadang sebaliknya. esok malam ana cadang nak open table. meraikan jiran yg sangat baik hati dan dgn ikhlas telah turut menyelesaikan kerja-kerja kenduri tempoh hari. maaflah kerana tak dapat jemput semua. insyallah next time.
berita sedih setelah kenduri ialah basikal emy yg dah antik tu telah dikebas orang. ana letakkan nya dibawah pokok depan rumah sehari sebelum kenduri supaya ruang depan dapat diguna sepenuhnya. bersamanya ana letakkan sekali basikal kecil nahar sewaktu kanak-kanak dulu. sehingga farah basikal itu telah berkhidmat. tetapi dgn basikal itupun diorang kebas. maaflah emy, ingatkan nak bagi balik supaya jadi koleksi bersama moto antiknya. rupanya tak kesampaian.

minggu ini sepatutnya ana ikut nuri di kedah. apakan daya masa tidak mengizinkan.
semuga jumpa lagi.

wassalam.

Thursday, June 17, 2010

~LaMa Xde KhaBar.. =)

salam satu keluarga..
lme tul xtulis pape kt sini... kdg sempat je bace.. tp xsempat nk komen... huhu..
ni pon cam de mase nk taip2 sbb tgh tggu subuh..sbb esok nak pose..huhu..
skrg ni kite tinggal lg 2 minggu kat training klia ni.. makin lame kat sini.. makin byk keje kne buat..
yg btol2 keje ngn assignment ngn projek tu xpe lg.. kdg2 yg bukan keje ktorg pon kene buat gak.. seb bek dpt elaun... haha... =)
*kepada naha n jue..selamat pengantin baru.. nk ikot g honeymoonnnn... haha~



Wednesday, June 16, 2010

Tuesday, June 15, 2010

selamat pengantin baru



Selamat Pengantin Baru
( buat nahar & jue pada hari perkahwinan mereka)


(i)
Kami menunggu dilapang mehrab
Tenang, sabar sehingga saatnya tiba
Segalanya sedang disediakan
Segalanya perlu jelas dan nyata.

Cahaya dari luar menguasai ruang
Cerah, kegembiraan bergantungan disetiap sudut
Denyut nadi berdetik, berirama ria
Sabar menanti saatnya tiba.

Wajah ayah bonda serta teman-teman
Menguntum mekar kelopak putih
Didada mereka ada taman
Taman wangi taman seribu bungga
Keharuman, ya begitu harum
Menyebar kesemesta maya.

Menara dan kubah masjid hijau
Menyaksikan imam berkhotbah
Khotbahnya berat, tegas, sempurna
Ingatan buat anak adam yg beralih alam.
Seperti datuk mu, kau tak betah sendiri
Biar sukar, kau ingin mencuba memang
kau dilahirkan untuk dicuba, untuk diperdaya.

Seketika, langit diam bumi pun diam
Apabila tangungjawab dipindahkan kepundak
lewat tapak tangan,
Lentera dilangit menyala
Para malaikat pun berpesta, bidadari menyanyi
Mereka menabur debu keberkahan
Diatas ubun-ubun anak adam yg berani
Memasuki taman wangi taman seribu bungga
Taman larangan seribu kurun.
Silalah, temui puterimu
Peluk erat kejap, kini kau
Raja menguasai.

(ii)
Selamat pengantin baru.
Diatas pelamin kau raja dan permaisuri
Dihias indah penuh wangian
Dikelilingi bungga mekar menguntum
Lagu-lagu merdu dan syair-syair bertingkah
Ah, betapa indah suasana,
Dilangit berpesta, dibumi berpesta.

Selamat melayari lautan hidup
Bahtera ini cantik dari dua kerajaan
Budaya besar paksi zaman.
Jadilah pelaut dan nakhoda penuh mentera
Kerana lautnya dan langitnya tak bias kau duga
Tenang bergelora, sepoi membadai
Tetaplah kau ditempat nakhoda
Bacalah mentera pelaut ampuh
Mentera sakti penolak penunggu laut
Biar bahtera selamat, kemudi tetap haluan
kompas tidak beralih arah.

Anakku, jadilah isteri yg baik
Rumah ini walau kecil adalah mahligai
Aturlah dgn citarasa sayang
Hiasi dinding dan langsiri dgn cinta
Pasti kau bahagia.
Hidup berdua dengan seorang lelaki, bukan mudah
Aduhai, kerenahnya banyak sekali.
Seperti ibumu yg lembut pasrah dan
Azimat didada bekalan tuhan langit
Kau tahu bagaimana menidurkan
Jiwa resah lelaki.
Semuga berbahagia
Sampai bila-bila.


nasirsakijan
r.panjang-machang-klang
12 jun io

Wednesday, June 9, 2010

Apa cerita..

Salam..
Sejak akhir-akhir ni saya jarang sangat melayari laman sesawang dan blog keluarga ini..biasalah banyak alasan..Kelihatannya blog agak lesu kerana komen dan penyertaan entry baru semakin kurang...Apa-pun syabas dan tahniah keapada yang terus menyumbang..dan kepada hli keluarga, teruskan memberi komen dan respon..jangan biarkan medium ini sepi..

Di kesempatan ini diucapkan Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin, Nahar dan Jue....Semoga pelayaran bahtera rumah tangga menemui destinasinya.. Bertanggungjawab, bertolak ansur serta saling bekerjasama adalah kunci untuk mengekalkan kasih sayang dan cinta dalam alam perkahwinan....

Buat Zana dan Saly..tahniah di atas hari graduasi tempoh hari...semoga ia menjadi pembakar semangat buat kalian dan ahli-ahli keluarga yang lain untuk terus mencari bekalan iaitu ilmu...

Buat KTS dan Kak Sinah..nampaknya hari untuk bergelar bapak dan Emak mertua semakin hampir...apapun jangan tensi..nanti darah naik...Semoga majlis berjalan lancar..

Oh ya saya ada cadangan...kalau dipersetujuila..dalam mesyuarat tempoh hari, kita bercadang untuk mengadakan hari keluarga (yang besar) pada Dis 2010, tapi dengar cerita ada ahli keluarga yang mungkin tak dapat ikut sama spt Ari & Balqis, Lan & Liza sebab masih dalam pantang... Mungkin MG pun sibuk menguruskan perpindahan dari Kltn ke Shah Alam..Apa kata kita tangguhkan sehingga Jan @ Feb 2011? Salah satu rasionalnya, antara tujuan kita berkumpul adalah untuk berkenalan dengan ahli keluarga baru ( Liza dan Balqis antaranya). Jadi kalau mereka tak ada kurang tercapailah objektif tersebut...apapun terpulang kepada keputusan ramai...

Esok saya akan menjalani peperiksaan PTK, doakan saya cemerlang..dan selamat berangkat ke Kelantan kepada rombongan menghantar pengantin Nahar dan Jeu....

Friday, June 4, 2010

konvo2010














Harapan
(pada hari graduasi adek)

Jalan ini jalan ilmu
Sudah beribu kali dilalui
Haus tapak kaki adek diatasnya
Gugur keringat adek diatasnya
Keringat anak bangsa yg ingin melihat
Bangsanya cemerlang, bangsanya dikenal dunia.
Empat tahun menghuni tempat ini
Berapa kali sakit dan demam
Malam-malamnya pendek, keburu mengejar siang
Sepanjangnya tidur tak betah, mimpi tak sudah.
Tidak, tempat ini tidak menyeksa adek
Tempat ini tebal kasih sayangnya, kuat hasratnya, besar inginnya
Ini tempat pokok ditanam, buahnya dituai, disebar keseluroh alam
Jatuh kedarat menjadi kota, jatuh kelaut menjadi pulau.


Hari ini jalan terbuka terbentang
Setiap yang lalu tersenyum girang
Ditepi jalan bunga-bunga menguntum harum
Harumnya asli menyebar mengisi emosi
Dan dilangit mentari bersinar cerah
wajah adek juga cerah.
Diruang taman budiman musik beralun
Gamelan bertingkah dengan suara merdu dendang suci
Wajah ayah-bonda, yg semalam keras disawah ladang
Hari ini putih bersih, bak bakawali disinar purnama
Bertahun menanti baru berkembang, beserta wangian
Lupa ayah-bonda, lupa kepayahan, lelah dan airmata.
Sukar seribu tahun lenyap sesaat.



Hari ini hari keramat
Hari buat orang-orang terpilih
Mengisi ruang, mengisi gelangang, tangkas dan garang.
Ingat adek, tanam dalam-dalam didalam kalbu, kalbu jernih dan bersih
Ruang ini kita, tanahnya airnya dan anginnya kita
Kita anak zaman, zaman gemilang penaklok dunia!
Selepas ini kembalilah kepada bumi, ibu yang mengandungkan
Berbaktilah sebagai anak yang telah diasuh lengkap, beradat berbudaya
Kami telah lelah berjalan, urat-urat kencang telah kendur
Kudrat gagah telah lemah, telah lesu, telah pasrah.
Jangan biar bumi kami lesu dan pasrah
Ditangan adek ia melompat gagah.

Nasirsakijan.
29 mei 2010
Uitm-dewan budiman.

Wednesday, June 2, 2010

My Graduation day..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification