Monday, July 14, 2014

SALAM RAMADHAN 1435 H

Assalamualaikum semoga semua ahli persatuan Sakijan Saamah sentiasa di Rahmati Allah.
Sudah 4 bulan blog ini tidak diisi dengan entry baru. Ia semakin ditinggalkan sepi oleh ahli-ahli nya. Begitu juga ana nampak nya hampir kecundang untuk menyumbang entry baru dimana kali terakhir nya adalah kesah perjalanan lawatan ke Sabah Negeri di Bawah Bayu pada Februari yang lalu. Itu pun kesah perjalanan tersebut tidak berjaya untuk ditamatkan.

Penyumbang entry lain juga sudah tidak tegar untuk menulis lagi disini. KTS yang dah bertukar identiti kini dikenali sebagi WI -Wak Ireng menerusi coment FB juga semakin hilang ditelan keirengan nya. Bait-bait tulisan beliau yang mempunyai kandungan yang puitis sering kali dirindui untuk dibaca kerana ada content sastera klasik yang sukar didapati sekarang juga kecundang.Cekgu Suria juga sudah tidak mampu menekan  aksara menjadi bait - bait tulisan yang prolifik serta menarik untuk dibaca juga sudah kecundang, sebagaimana tewas nya Argentina kepada German subuh tadi dalam kejohanan Bola Sepak Piala Dunia.

Tidak dapat dinafikan tuntutan tugas dan tanggung jawab kepada kerjaya banyak menyumbang kepada kegagalan kita untuk istiqomah menulis entry baru. Ana pun begitu. Juga kerana tiada idea atau isu-isu yang perlu dihighligh kan membuat kita rasa malas menekan aksara di keybord komputer. Tambahan lagi barangkali sudah ramai ahli kita yang lupa dengan PIN dan Password untuk mengakses blog kita ini.

Waktu berlalu cukup pantas. Salam Ramadhan tahun lepas masih belum luput dalam ingatan kini Ramadhan yang baru pula tiba. Sebenarnya pelbagai peristiwa telah berlaku dalam tempoh tersebut. Anak anak kita semakin membesar. Yang bersekolah telah tamat persekolahan dan kini memasuki era baru dalam menuntut ilmu. Termasuklah dalam keluarga ana -tahun ini tiada lagi yang masih bersekolah. Ini bermakna ana pun sudah memasuki fasa baru dalam kehidupan. Pening melayan kerenah anak bersekolah sudah berlalu dan kini keadaan telah berubah. Anak-anak menjadi remaja, dan semakin dewasa namun cabaran nya berbeza pula. Cabaran yang lebih besar sebagai ibu-bapa yang semakin banyak usia.

Alhamdulillah semakin berusia ini rumah ana masih ramai penghuni nya.  Biasa nya semakin berusia rumah pun semakin sepi dengan anak-anak meninggalkan kita mencari rezeki dan haluan masing-masing. Namun di rumah ana masih lagi ramai termasuk anak-anak sedara yang tinggal bersama. Tahniah kepada Khairul Naim yang telah mendapat pekerjaan di Damansara sebagai Juruteknik... Kak Oya menimba pengalaman berniaga di Bazar Ramadhan SS19 saban petang...Arina menuntut di Politek MARA Bangi dalam bidang Perniagaan, Muhammad Afiq mengikuti kursus Culinary Art ... Salbiah pula sedang melanjutkan pengajian PhD nya di UiTM...begirtulah perkembangan mereka yang di ketahui...

Sepanjang 4 bulan tiada entry baru juga banyak kesah perjalanan kehidupan yang telah dilalui oleh ahli-ahli persatuan kita ini..Emi dan Syamsiah telah mengunjungi Beijing di Cina ..ketika kejadian kehilangan MH 730 masih baru berlaku....begitu juga dengan lawatan mereka sekeluarga ke Sabah... KTS juga pernah membuat lawatan ke negeri dibawah bayu ini....Keluarga di Amerika pula melalui FB sedang melakukan pengembaraan ke Yellowstone....ia merupakan kesah-kesah pengembaraan yang menarik jika dapat di kongsi bersama....

Apa pun Ramadahan tetap datang dan kita bersyukur kerana masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk menyambutnya dan diberi peluang juga untuk mendapatkan kerahmatan nya. Beberapa orang saudara mara kita telah dipanggil untuk menemui pencipta nya terlebih dahulu. Arwah Paman Ngit ...Arwah Wak Onn Parit Baru sudah meninggalkan kita semua. Marilah kita mengambil peluang yang masih diberi oleh ALLAH ini dengan menggandakan amalan kita dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan niat hanya kerana Allah ...gandakan amalan kita..sedekah kita...doa kita moga kita mendapat pengampunan nya dan dijauhkan dari api neraka. Bersyukurlah kita kerana masih berada didalam keadaan aman sejahtera ..masih bebas beribadah tanpa ganguan tidak seperti saudara seagama kita seperti di Palestine, Syria, Mesir. Myanmar Iraq dan pelbagai negara lain yang ditindas dan dinafikan hak sebagai muslim, dibunuh dengan kejam tanpa prikemanusiaan dan sama-sama kita doakan agar merek tabah menghadapi dugaan dibulan Ramadhan ini.
Insyaallah marilah kita mencari malam lailatulqadar malam yang penuh keberkatan ganjaran nya 1000 bulan dimalam 10 terakhir.

Jumpa lagi.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification