Wednesday, December 16, 2009

Memohon keampunan dari semua.

Salam semua,
Ketika entry ini ku tulis aku sedang bersiap kemas apa yang patut untuk ku bawa ke Tanah Suci esok 17 Dis 2009. Perjalanan ini memang ada kelainan nya dengan perjalanan jauh yang pernah ku tempuhi sejauh benua kecil India malah ke kota London sekalipun. Tension dan dugaan nya sangat berlainan sekali. Ku kira ini merupakan pengalaman baru dalam siri pengembaraan ku di bumi Tuhan yang maha kaya ini. Kali ini aku menjadi tetamu nya bakal mengunjungi rumah suci yang menjadi kiblat setiap manusia yang berugama Islam di dunia ini Insyaallah.
Niat ini telah lama ku pendam.Namun benarlah kataorang kalau belum dapat jemputan kita tidak akan sampai ke sana. Jemputan istimewa untuk umat nya yang ku kira juga istimewa. Aku bermohon kepada Allah SWT agar aku menjadi tetamu nya yang istimewa. Yang sangat istimewa. Ya Allah terima lah kami sebagai tetamu mu yang istimewa dengan segala kemudahan dan jauhkan lah kami dari segala kepayahan sepanjang kami menjadi tetamu mu.Jangan lah engkau pesongkan niat suci kami untuk beribadat dan menyucikan jiwa kami. Jauhkan lah kami dari perasaan ingin bershoping dan malas sebalik nya sentiasa berperasaan cintakan rumah mu, dan memperbanyakkan waktu ku untuk mendekati mu. Beramal ibadat dan bermunajat kepada mu Ya Allah. Berilah aku tempat yang paling istimewa untuk ku pohon kan doa di Multazam, bersembahyang dihadapan Kaabah yang paling hampir dan mengucup Hajjar Aswad. Ya Allah berilah kesihatan kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu mu, berilah kekuatan fizikal, emosi dan mental kepada kami dan jauh kan lah kami dari berselisih faham diantara kami sebagai suami isteri dan jauh kan lah kami dari menyakiti orang lain sepanjang kami di tanah suci. Ya Allah ya Tuhan kami jauhkan lah kami dari perasaan riak dan membangga diri sebalik nya kami datang sebagai tetamu mu yang sangat daif yang menzalimi diri sendiri dan penuh dengan dosa Ya Allah permudahkan lah urusan perjalanan kami pergi dan kembali dengan selamat. Semoga perjalanan dan pengalaman ini dapat mengubah sempadan keimanan kami ya Allah .....Robbana Aatina Fiddunia Hasanah Wafil Aakhiroti Hasanah Wakina Aza Ban...Nar. Amin.
Kepada semua pembaca Blog ini kami memohon keampunan zahir dan batin doakan kami mendapat Umrah yang Mabrur.Insyaalah pengalaman ini akan ku kongsi bersama dalam entry akan datang sekembalinya kami dari Tanah Suci.
Amin.

Machang
Kelantan

1 comments:

kasuttanpastokin said...

mungkin kau sedang menikmati hidangan makan malam dalam suasana yg bergaya diatas tompokan awan.bukan semua orang memperolehi keistimawaan spt yg sedang kau terima. insyallah kami mengaminkan doa yg kau panjatkan kehadirat Ilahi itu.
aku telah 2 kali mendapat seruan tabung haji utk menunaikan haji. sewajarnya aku telah bergelar haji. haji kasuttanpastokin! tetapi bukan semua penganut dapat berziarah ketanah suci. ini menunjukkan aku masih kotor kerana aku masih cinta dunia dan menyenangi meterial. suria tentu senyum sinis.memang aku banyak membaca ilmu ketuhanan dan tahuku mengenainya, tetapi busoknya aku kerana kurang mengamalkan.
tentulah kau lebih baik dgn tahu sedikit tetapi kau amalkan. beban ku jauh lebih berat dan jalanku jauh lebih panjang.
doa sentiasa ku panjatkan semoa suatu waktu kelak ada keizinan utk ku ziarah. tempat yg sangat suci itu tentulah memerlukan jiwa yg sangat suci juga utk memasukinya.
bagaimanapun buah delima yg ku pesankan itu hanyalah satu motivsi agar kau tidak lupakan kami disini.
selamat beribadat dgn penuh khusyu'
wassalam

klg.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification