Friday, October 23, 2009

MADAH UNTUK PANDUAN HIDUP

ADAH UNTUK SEKADAR RENUNGAN DIPAGI JUMAAT

Jika kamu memancing ikan..setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...


2 comments:

halimi sakijan said...

bilala pulak salah seorang wakil keluarga en.misbakhulmunir nak masukkan gambar raya terbaru mereka nie... tunggu jugak sbb cuma keluarga en.misbakhulmunir yang belum menghantar post hari raya yang lepas..
emph.. lagi satu keluarga en.yusof (maury) & kamisah from omaha?? maybe very bussy after hari raya. anyway hope everyone can contribute anything...
assalamualaikum.
* blh invite nurul huda tak kpd sesiapa yang tahu e-mail dia & ahli keluarga lain.

Iqbal said...

Wah...makin ramai pulak yg bermadah kata kat sini...ada darah sasterawan ke kita ni?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification